+ epilogue

344 40 31
                                    

[ pencil | epilogue ]

+two years later

Dua tahun sudah berlalu sejak kali terakhir Yoonji bersedih meratapi lukisan yang tidak akan muncul kembali. Kini, gadis itu mampu menerima hakikat akan pemergian peneman hidupnya.

Yang sudah pergi, usah dikenang semula. Apa yang penting, hidup masih perlu diteruskan.

Sekarang, Min Yoonji tidak lagi selapang masa yang lalu. Hidupnya kini hanya dipenuhi dengan timbunan papan canvas bersaiz besar. Syukur, impiannya untuk membuka satu galeri akhirnya sudah tercapai.

Minggu depan merupakan hari yang amat dinanti-nantikan nya. Iaitu hari pembukaan galeri miliknya yang bernama 'the Tae's art'

Naik tersengguk kepala gadis itu menyiapkan timbunan lukisan yang harus dipamerkan minggu depan. Sakit kepala turut menguasai diri. Namun, apakan daya jikalau itu sudah menjadi kerjanya?

+one weeks later

Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan oleh gadis bernama Min Yoonji hadir dalam tidak sedar. Min Yoonji tersenyum manis melihat semua hasil tangannya tergantung cantik di segenap ruang dinding.

Jam di tangan dipandang sekilas sebelum gadis itu bergerak ke pintu utama galeri. Ternyata, terdapat ribuan orang ramai sedang beratur panjang di luar kawasan galeri miliknya. Masing-masing menanti galeri itu untuk dibuka.

Hanya rasa kesyukuran yang mampu dirasai Yoonji di saat itu. Jam berdetik, saat demi saat, minit demi minit berlalu sebelum jam menunjukkan angka 10 tepat. Tepat pada waktu itu, pintu galeri dibuka luas oleh dua orang penjaga lelaki.

Masing-masing berebut untuk masuk ke dalam seolah terdapat jualan promosi terhad.

Derapan tapak kasut milik seseorang jelas kedengaran di segenap ruang galeri dek kerana suasana yang terlalu sunyi. Ternyata, lelaki itu juga turut hadir untuk melihat hasil titik peluh Yoonji.

Satu senyuman terukir di bibir lelaki itu saat dirinya sedang melihat karya pertama Min Yoonji yang tergantung elok pada dinding. Apa lagi kalau bukan lukisan figura Kim Taehyung yang sentiasa menjadi dambaan hati Min Yoonji?

Tidak pernah walau sesaat pun gadis itu melupakan jejaka yang sudah dua tahun pergi meninggalkan nya.

Dari jauh, Yoonji memerhati lelaki itu sambil mulut tidak henti-henti memberi penerangan tentang karyanya kepada sepasang kekasih. Sejurus habis memberi penerangan, gadis itu meminta diri untuk beredar dengan senyuman manis yang terselit di bibir.

Yoonji bergerak mendampingi lelaki yang sudah menarik perhatian nya sedari tadi. Dengan penuh kesopanan, Yoonji enegur lelaki itu.

"Encik, boleh saya bantu?"

Suara manis milik Yoonji yang menyapa gegendang telinga lelaki itu membuatkan lelaki itu pantas berpaling kepala.

Melihat Yoonji yang kini berada di hadapannya cukup membuatkan lelaki itu tersenyum manis. Manakala Yoonji pula sudah keras membatu tatkala melihat wajah lelaki itu.

Kim Taehyung.

Iya, lelaki yang amat dirindui nya kini berada di hadapan matanya seolah-olah itu semua mimpi.

"Kim Taehyung?"

Yoonji bertindak menyoal sebelum membuat apa-apa bertindak. Dia cuma tidak mahu memberi harapan palsu kepada hatinya. Manalah tahu jejaka itu sekadar pelanduk dua serupa? Nanti dia sendiri yang menyesal pula.

Tanpa membalas apa-apa, lelaki itu mengeluarkan tangan yang diseluk pada poket baju lantasan dilebarkan ke sisi seolah menanti pelukan daripada Yoonji.

Yoonji tersenyum manis dalam tangisan tatkala sedar bahawa itu sememangnya orang yang dirindui nya. Entah sejak bila air matanya mengalir, dia sendiri juga tidak sedar.

Akhirnya, tanpa berfikir panjang, pantas gadis itu memeluk erat Taehyung yang berada di hadapannya. Taehyung turut membalas pelukan tersebut. Pelukan bertambah erat saat lelaki itu turut menghadiahkan sebuah kucupan pada ubun-ubun rambut Yoonji.

Hanya Tuhan tahu betapa bahagia nya mereka ketika itu.

"Macam mana awak boleh ada dekat sini?"

Soal Yoonji sejurus pelukan dileraikan. Taehyung tersenyum manis. Rambut Yoonji yang hampir menutupi separuh wajah Yoonji, Taehyung cuba selitkan di belakang telinga gadis itu.

"Tiada apa yang mampu menghalang cinta kita. Mahu mimpi sekalipun. Panahan cinta awak terlalu kuat, sayang. Ucapan maaf awak meleraikan satu-persatu kuasa saya, sayang. Disebabkan itulah saya mampu muncul kembali dan berani berjanji bahawa saya tidak akan meninggalkan awak lagi melainkan ajal yang memisahkan kita"

Yoonji tersenyum manis dengan kata-kata Taehyung sebelum kembali memeluk erat lelaki itu.

Kalau sudah namanya cinta, letaklah penghadang di antara mereka sekalipun tiada apa yang mampu memisahkan mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kalau sudah namanya cinta, letaklah penghadang di antara mereka sekalipun tiada apa yang mampu memisahkan mereka.

Lihatlah, betapa kuatnya panahan rasa cinta itu.

── t h e e n d ─

❛✓❜ pencil | 김태형Where stories live. Discover now