+ 03

309 46 16
                                    

[pencil | Chapter three]

Sinaran cahaya matahari yang menerangi di pagi hari menembusi masuk ke dalam bilik Yoonji. Kening Yoonji bersatu dan kedutan terhasil pada wajah Yoonji tatkala mata terasa silau disinari cahaya.

Yoonji bangun dari baringnya secara terpaksa dek kerana cahaya tersebut. Dia menggeliat untuk membetulkan urat badan dengan mata yang masih rapat terpejam.

Sejurus puas meregangkan badan, mata yang sukar dibuka, digosok dengan jari telunjuk tangan kanan. Yoonji menguap kecil sebelum berpaling tubuh ke kanan untuk turun dari katil.

Namun, tidak sempat gadis itu ingin melangkah turun dari katil, satu jeritan kecil keluar dari mulutnya tatkala matanya tertacap pada satu figura yang sedang leka merenungnya.

Kepala lelaki itu terteleng ke kanan sambil melihat Yoonji dengan reaksi yang sukar ditafsir. Dia langsung tidak memberikan sebarang reaksi terhadap jeritan gadis itu.

Yoonji cuba menenangkan fikirannya. Segala fikiran negatif cuba diusir nya sejauh yang mungkin.

"Ini cuma mimpi. Ini hanya mimpi, Min Yoonji, " Yoonji mengulang ayat yang sama berulang kali bersama satu tamparan lembut di pipinya sendiri

"Woi perempuan, kau buat apa itu? "

Lelaki itu cuba bertanya. Pelik mengapa perempuan itu secara tiba memukul diri sendiri dengan segala kata-kata yang pelik.

"Kk--kau siapa?, " Soal Yoonji ketakutan

"Aku? Manusia ciptaan imaginasi engkau lah. Yang engkau lukis semalam? "

"Mm--macam mana kau boleh ada dekat sini?"

"Dah kalau lukisannya pun di sini, sudah tentulah aku akan turut ada di sini. Tak akan di hutan pula? "

Yoonji memandang lelaki itu pelik.

Dumbfounded, bisik hati kecil Yoonji.

"Jadi, macam mana engkau boleh wujud? Ada magik ke apa? "

" Mimpi engkau mengatakan aku wujud. Jadi, disebabkan itu aku wujud. Aku cuma mengikut kata mimpi engkau sahaja. Dan aku dapat tahu yang engkau terlalu menginginkan peneman hati, bukan? "

Yoonji mengangguk kecil. Macam tahu-tahu sahaja lelaki ini.

"Jadi, aku ada masa 10 hari untuk bahagia kan engkau. Gunakan masa ini untuk engkau bahagia sebelum aku lesap menjadi lukisan semula"

10 hari? Cukup kah untuk dia melakukan semuanya dalam masa 10 hari? Semua itu terlalu singkat baginya.

"Apa akan jadi setelah tamat tempoh engkau berkhidmat? "

"Itu aku tidak tahu. Kewujudan aku hanya mimpi engkau sahaja mampu tentukan. Sama ada kekal buat selamanya mahu pun lesap seperti abu setelah hari ke-10"

❛✓❜ pencil | 김태형Where stories live. Discover now