🏫

408 58 2
                                    

      "REMEMBER when I told you no matter where I go, I never leave your side you'll never be alone-"

"Even when we go through changers, even when we're old-"

"Remember when I told you I'll find my way back home"

"Tenene nene nene nee nene nene nene~"

One fact I told ya--

Aku, Kiah dan Ton suka menyanyi. Jadi kalau tiba-tiba terdengar suara gagak dekat speaker sekolah, semua tu kerja kitorang bertiga harap maklum.

"Weh donde-donde tudung saji, balik nanti singgah makmal komputer jom"

"Buat apa?" soal Kiah sambil mengorek-ngorek balang potato chips yang dia beli kat koop waktu BM tadi.

Ceitt dah habis. Nak kena suruh abang Jay pergi beli lain la pulak. Dia tu dah la macam roti empat segi. Time ada diketepikan, time tak ada tercari-cari sebab nak cicah milo.

"Aku perlukan ketenangan" Ton membetulkan rambut yang ikatannya macam shiell guna getah rambut jenama Ityck.

"Kat sini tak tenang ke?"

Tanpa Kiah sedarii... Soalannya memakan dirii.. (Nyanyi macam lagu raya tu)

"Kau ingat aku boleh tenang ke dalam kelas yang penuh dengan budak lelaki yang muka macam stok ika- maksud aku, instfamous ni? Hell, nak bernafas pun tersemput-semput tau. Dengan satu geng tengah workout kat belakang acah sado, satu geng lagi tengah buat konsert sehati sejiwa, yang balance pulak bergaya macam fashion show. Duhh.. Am I in heaven or what?!" Panjang Ton berceloteh kalah biskut bertih beras yang dijual sepeket dua ringgit kat kedai Ah Seng jalan belakang masjid.

Aku dan Kiah terangguk-angguk bersetuju. Lahanat mana la yang gatal pergi suggest kat cikgu suruh buat kelas macam ni??

Maksud aku, 20 orang satu kelas tu memang biasa. BUT WEHH!! 5 orang perempuan, and 15 lelaki?? Nasib baik Kiah dengan Ton kena gam gajah dengan aku. Kalau tak, dengan cikgu tu aku buat stok ayam.

Well, selain tiga orang kami, ada jugak si Farina gedik yang terpisah dengan geng vavinya dan Wan Anisa, half- nerd, half-diva. Dengar kata dia ada split profile? Hah entah lah. Apa nama penyakit tu?

Oh split personality.

But bila pikir balik, aku jadi macam.. Cikgu tu hisap ganja ke apa sila?!

Ceitt. Typo pulak. Harap maaf insuran mulut dah tamat tiga bulan lepas. Nak renew macam tak ada guna. Nanti tamat balik atas sebab yang sama.

Tak, aku marah bukan apa. Criminal Classroom ni cuma akan terjadi bila lebih dari 10 orang datang mengadu kat pejabat sebab tak puas hati dengan susunan pelajar dalam kelas. Mungkin sebab tak sekelas dengan crush or whatever tapi kali ni, sampai 23 orang datang mengadu selama 3 hari berturut-turut. Nak taknak, cikgu kena ikut la cakap diorang. Kalau tak nanti parents report kat pihak atasan, mampus macamtu je. Tak pepasal aku sekolah tepi longkang.

"Kalau camtu, lepas bunyi loceng, aku nak pergi vending kejap then terus pergi makmal" Kiah berkata sambil mengemas segala alat tulis dia yang berpuluh-puluh jenis tu.

"Beli apa?"

"F&N Blackcurrant dalam tin. Bila minum, warna air dia macam liptint. Pink pink gitu. So aku akan nampak lawa dari kebiasaan. Takde la pucat macam Yaya kelas sebelah tu" Kiah mengflip rambutnya yang berkilat. Mentang-mentang pergi salon setiap minggu.

Tunglah mak selalu kat rumah and selalu ajak keluar cantikkan diri. Aku ni? Terperap je kat rumah dengan along and angah tu. Dahtu pulak, kerja diorang tau suruh aku pilih warna boxer untuk pakai esok je. Cam tak ada benda lain.

Suasana dalam kelas tiba-tiba senyap tanpa sebab. Ton terus sambung buat kerja seni yang dah menyebabkan dia kena jalan itik satu kelas tadi. Kiah sibuk kilatkan kuku. Aku pulak berangan kawin dengan anak dato.

Biasalah, orang single @ lonely memang macamni. Boleh usya siapa je yang dia nak tanpa larangan atau pergaduhan.

"Weh, Aisya!"

Hemm jodoh aku panggil ke? Baru je sebut-sebut tadi dah muncul ek?

Kepala aku toleh ke tepi mencari pemilik hati dinda-

Ohhh no, no. Lelaki ni bukan pemilik hati dinda. Dia ni pemilik kilang tebu. Tak payah cari pun dah ada kat sebelah. Tadi kemain pusing satu kelas. Cari apa entah. Dah setengah jam baru nak balik tempat sendiri.

"Nak apa?"

"Hati awak"

"Pork meat ada la. Nak?"

Zafhan terkedu. Ganashnye Cah Noob sekarang. Tak boleh buat main. Ingatkan dia akan cair tahap takat didih macam budak yang Ilman mengorat tadi. Apa namanya entah. Fariha? Faiza?

Kejap, Faiza tu beras.

"Zaf, kerja Geo dah siap belum? Pinjam" Afril di seberang sana menghulurkan tangan. Terus Zafhan pandang dia kecik besar kecik besar.

Dia ni kan.. Sibuk je kacau orang nak mengorat.

"Kau ni, sejak-sejak masuk tahun baru ni rajin tahap petola tengkujuh. Mak kau bagi makan apa waktu cuti haritu sebenarnya?" Zafhan menyoal sambil betulkan rambutnya yang dah sedia kemas. Cuma raup sikit sikit untuk lebih kehenseman lah.

"Pembetulan, petala ketujuh bukan petola tengkujuh kang aku cakap bodoh kau marah sebab kau budak top 10. Mak aku bagi makan Yusof Taiyoob dah meh buku" tangannya dikembang kuncupkan bak lubang hidung Iwan.

Yusuf di sebelah mengangkat kepala. Muka penuh innocent tu pernah buatkan beberapa orang senior pernah cuba untuk meraba dia depan toilet.

Ya. Senior lelaki.

Risau do.

"Bukan kau, Yusuf Al-Zaryn" Afril menepuk kepala Yusuf perlahan suruh tunduk dan sambung main chess dengan Furqan kat belakang.

"Ada tak buku?" Dia memandang Zafhan kembali. Terus lelaki tu menggeleng.

"Masalahnya kerja tu cikgu baru bagi 10 minit lepas laknet. Kau ingat aku ada masa nak siapkan? Bau minyak wangi dia pun tak hilang lagi tau?"

Afril memuncung sedepa sebelum mengambil sesuatu di dalam laci mejanya.

Nak majuk ngan Zafhan. Tak kira!

"Ehhh kau series laa?? Mana dapat?!" Furqan menjerit bila nampak benda kat tangan Afril.

"Ada budak form berapa entah bagi aku depan tandas tadi" Afril menggoyangkan Cadburry Durian di tangannya. Limited weiihh!!

"Tung ahh ada fans"

Afril menyimpan semula coklat tersebut tanpa sempat Ilman nak rampas dari belakang. Terus lelaki tu mencebik sebelum ditenangkan Yusuf.

"Tapi dia lelaki"

"Aaa kau jadi gay, aku report kat mak kau" Furqan tuding jari di depan batang hidung Afril. Gerak sikit, jadi la pengorek.

Apa-apa pun, disini Zafhan nak cakap sikit. Dia baru perasan hidung Afril mancung. Muka pun have have gitu. Mata kemain menawan kalah pompuan!

Tapi tulah, perangai tak hensem. Macam firaun. Tahi betul.

Yourself ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt