🍛

205 29 6
                                    

[ Dalam ni banyak gila. Banyak gila citer pasal Harry Potter jadi kalau tak nak ambik tau sila skip sekian tima kasih ]

       SUASANA yang sepatutnya tenang dan sunyi, bertukar sebaliknya bila Kiah decided nak bergaduh dengan pramugara yang masih berdiri dengan muka pasrahnya.

"Saya cakap untuk kali kelima, saya NAK NASIK KUAH KARI. BUKAN MAC AND CHEESE" amuk si Kiah lagi sebelum nafas dihela kasar.

Susah betul la cakap dengan dia ni. Tau la mata biru, tapi dah lama duduk Malaysia, takkan tak paham-paham lagi?

"I'm truly sorry, miss. We don't have rice and curry here. There's only mac and cheese, and spaghetti carbonara are available" pramugara tu nampak teragak-agak untuk berkata. Takut Kiah tiba-tiba melompat dari kapal terbang ni. Mau merempat dia tepi jalan kalau apa-apa jadi kat perempuan ni.

"Eeii.. Balik nanti aku nak cakap kat bapak aku suruh available kan nasi dalam kapal terbang ni. Huh!" Kiah membebel bersendirian sebelum duduk memandang luar tingkap dengan tangan disilangkan di dada.

Pramugara tadi disuruh pergi dari sini. Maka dia pun berlalu sepantas yang boleh. Tacod le tu.

Ton yang fokus tengok Harry Potter lepas dihasut oleh aku di belakang dipandang sekilas. Wuii meja dia dah penuh dengan plastik jajan dengan gula-gula. Agaknya dah sampai episod mana tu?

Jap.

Kening aku berkerut teruk. Begitu banyak kerutannya sehingga tak boleh dikira bila memikirkan yang filem ni tak sepatutnya dipanggil episod. Dan juga tak dipanggil musim.

Jadi..?

Ton tekan pause sebelum pandang aku yang tengah menggeleng bagai anjing mendapat tulang. Bahu aku dicucuk perlahan.

"Nab. Help mehh"

"What?" aku angkat sebelah kening dengan penuh bergaya.

"Tell me facts bout Harriey Pottah please"

Amboih minah ni. Terus cakap British accent bakhangg..

Tampaq sedaih, teqaboq gigi.

"Kau dah sampai mana?" soal aku sambil cuba menjenguk skrin Macbook yang dia guna untuk tengok perjalanan hidup the boy who lived tu tapi malangnya tak nampak. Hem malang betul.

"Emm.. Half Blood Prince?"

Aku angguk perlahan. Pandangan Kiah yang tak paham apa-apa sebab tak pernah tengok Harry Potter aku abaikan. Siapa suruh taknak terhasut sekali. Kan dah kena palau.

"Aku rasa kau kena tengok bagi habis dulu baru aku boleh explain, but tak apa lah. Buat-buat paham je yer?" Aku minum air kosong dalam gelas atas meja sebelum menyambung. Tau sangat budak ni dah boring lama-lama dalam flight macam orang kemurungan.

"Its about The Black Sisters"

"Ada kaitan dengan Sirius Black ke?"

"Tak. Cerita dia camni la. Kau tau Bellatrix Lestrange kan? One of the Death Eaters tu"

"Yang rambut kembang tu?"

Aku angguk. Bijak! Macam ni la anak didik aku. Baru suruh start tengok harini, dah dapat hadam semuanya.

Yourself ✔Where stories live. Discover now