🐬

193 33 1
                                    

     "WEEIII Nab!!"

Aku yang berada di dapur terus berlari keluar. Diingatkan bahawa kami masih di atas kapal ya.

Bukan lagi kapal terbang tapi atas kapal private milik aku. Terasa bangga bila makcik makcik yang nak pergi bercuti tu tengok kami masa nak naik tadi.

Makcik ada? Tak ada kan? Hem tak apa nanti anak makcik belikan. Buat masa sekarang, makcik bayar la dulu tiket tu.

"Pedia?! Siot ahh kau ni! Aku baru nak sapu jem berlapis-lapis!" aku menjerit dari depan pintu.

"Tuu!!" Kiah sedaya upaya tunjuk sesuatu di tengah-tengah laut guna jari telunjuk yang dibengkokkan.

Tulah aku dah cakap, Arman Tilapia tu cuma main-main pasal tunjuk benda pakai jari telunjuk nanti boleh kudung tu..

Tak.. Dia percaya jugak.. Tengok apa dah jadi? Kan dah terima ajaran sesat.

"Tengok la tu!" Kiah tolak muka aku suruh tengok tengah-tengah laut. Taguna dia ni. Aku dah la baru apply sunscreen tadi.

"Apa?!"

"Tu! Dolphin tu buat taik dengan aku!" tunjuk Kiah lagi dan dengan itu baru aku perasan dua tiga ekor Dolphin yang tengah berenang kat situ. Masalahnya, apa yang minah ni tak puas hati dengan diorang? Elok je aku tengok. Tak ada masalah pun.

"Eh babuntut la kau ni!  Apa salah dolphin tu?"

"Salah dia sebab dia tak makan makanan aku bagi tadi!"

Ya Allah minah ni.. Mesti dia buat hal lagi. Yelah, dia kan tak pernah normal pun.

"Kau bagi apa?" aku cuba bertanya dengan penuh sabar, tapi kalau jawapan dia tak menepati kehendak aku, memang meletup la kapal ni nanti.

"Ni" Kiah tunjuk satu plastik sebesar helmet motor Kawasaki. Aku tunduk baca label yang tertulis kat situ.

Marina : Cat Food

Haihh.. Kan.. Aku dah cakap..

"Kiah"

"Apa?"

"KALAU TAK TAU, TAK PAYAH BUAT PALATAO"

"Palatao tu apa?"

"Laa kau tak tau ke?" Ton yang baru datang dari arah depan kapal a.k.a tempat Jack dan Rose berpeluk tu mencelah.

"Palatao tu kan game? Yang boleh main ramai-ramai tu. Haritu abang Danny ajak aku main pastu dia kalah hohoho padan muka"

"Tu Plato, bengong. Palatao tu salah satu planet kat angkasa lepas"

"Tu Pluto anat" aku cuba sabarkan diri dari hempuk kepala dua ekor memerang ni kat dinding kapal. Nasib baik kawan.

"Dah ahh! Aku nak seafood!" kata Kiah sebelum hentak kaki masuk ke dalam kapal. Sejak-sejak tak dapat nasik lauk kari tadi, angin dia lain macam. Angin kus-kus.

Dan sejak tu la dia mula nak makan benda pelik-pelik. Baru tadi je dia mintak roti canai. Atas kapal yang bergerak tengah-tengah laut ni.

Gila apa? Ingat kat sini ada mamak yang akan goyang pinggul sambil tebar roti canai untuk kau?

         SELEPAS tiga jam kat udara, dan dua jam atas air, akhirnya kami sampai kat pulau private bapak aku. Tanah pulau ni dibeli sejak zaman moyang aku 9 keturunan yang lalu. Pastu sekarang, dapat kat bapak aku.

Ingatkan nanti akan dapat kat aku pulak. Tapi aku lupa, yang aku ada dua ketul badak air kat rumah tu. Haihh melepas.

Dan dari pulau yang kosong, terus dibina beberapa chalet dan kedai-kedai untuk ahli keluarga yang datang. Selalunya hari keluarga, penuh la pulau ni dengan anak cucu Syarifah Zaleha hujung kampung yang terkenal dengan gelang-gelang ditangannya tu.

Yourself ✔Where stories live. Discover now