🐈

236 40 1
                                    

       "THANKS" aku senyum dan keluar dari kereta. Pintu kereta ditutup sebelum aku hela nafas berat.

Tak, asalnya aku nak senyum kat abang driver tapi aku tau dia takkan nampak jadi aku terpaksa senyum kat Zafhan. Jangan dia cop aku minat kat dia sudah.

Lepas babai sikit-sikit, aku berjalan ke arah pagar yang berdiri megah bagai syarikat bapak aku.

Pintu pagar yang terbuka secara automatik tu memudahkan perjalanan aku untuk halaman masuk rumah yang dipenuhi rumput palsu untuk angah bergolek setiap petang.

Tapi kan, kenapa senyap je rumah aku sekarang ni? Selalunya waktu-waktu macam ni, angah akan bukak lagu dj soda sampai jiran sebelah pun boleh dengar. Rumah aku pun nampak kosong.

Where is everybody??

"Hyee everythingg" suara kepit yang kedengaran dari arah tangga buatkan aku alihkan pandangan.

What the bab-

"Angah.." Kata-kata aku terhenti bila melihat lelaki tu berada dalam keadaan yang sangat menjijikkan. Tak sanggup nak menyambung tapi aku terpaksa teruskan.

"Kalau kau suka dengan orang sejenis pun, tolong jangan rosakkan maruah keluarga kita! Aku tak rela tengok kau pakai baju ni! Apa semua ni, ngah?!"

"Heii! Apa angah-angah? I ni pereka fesyen terkenal kat US sana tauuu.. Nama I Erika. You can call me Dahlia Sinclair"

Bana dia Dahlia Sinclair.

"Aku tak sangka kau jadi macam ni angah. Biarlah aku pergi dari sini dari melihat semua perkara dusta yang kau lakukan" aku tekup muka dan terus berlari keluar dari rumah berkaki ayam.

"Oh tidak! Bella! Jangan tinggalkan abang!"

"Sebelum aku hempuk kepala dua-dua, baik korang berhenti"

Aku melangkah masuk ke dalam rumah semula dengan muka cemberut. Along yang tengah gosok perut Puri atas sofa mama dipandang.

Aku harap bulu binatang tu nak melekat kat situ atau mama akan halau along untuk kali ketiga.

"Tak rilek la along ni. Adik along ni berbakat kot! Besar nanti boleh menang Oscar rasanya" aku duduk atas sofa dan bukak tv. Angah dengan baju kelawar pink mama turut duduk sebelah aku. Siap ada tali pinggang lagi.

Aku tak tau lah sama ada memang dah tak ada baju elok sikit dalam tiga buah almari dalam bilik dia tu, ataupun dia sengaja nak pakai macam tu. Cuma, bayangkan kalau awek dia tiba-tiba video call. Tak ke terkejut pompuan tu nanti?

"Kau balik dengan siapa?" Soalan mengejutkan yang aku jangkakan tadi betul-betul keluar dari mulut along.

Patut tak aku jujur? Tipu kang dosa pulak. Kalau terkantoi ni, basak aku.

"Umm.. Zaf"

"Zafira anak pakcik Wahab yang jual brownies online tu ke?" soal angah sambil bermain dengan kepala tali pinggang yang berbentuk rama-rama tu.

Dah.. Ni Zaf mana pulak? Ahh bantai angguk jelah. Ni namanya separa jujur. Ataupun tipu sunat.

"Ada number dia tak?"

"Ngah nak ngorat dia pulak ke?"

"Eee manade. Nak beli brownies la pe gi. Craving ni. Along kau la, malas masak. Dari pagi tak makan ni. Kalau ada brownies tu boleh la lapik perut sikit" angah gosok perut di sebalik baju kelawar tu.

Tiba-tiba rasa macam nak tampar muka suci dia tu. Aku tak tau la kalau angah buat-buat bengap atau memang bengap harini. Dia tak tau beza ke antara craving dengan starving? Tu namanya lapar. Kebulur. Starving tu kebulur. Craving tu mengidam. Heii susah betul ada abang camni.

Yourself ✔Where stories live. Discover now