🍚

211 32 2
                                    

        SERIUS hari aku tak tenang bila dipaksa Fakhrul untuk tengok performance diorang kat lobi dan wajib bagi tepukan yang paling gemuruh kalau tak diorang jual nombor aku kat dak dak WeChat.

Jadi aku terpaksa buat walaupun tak ikhlas. Kiah dan Ton pun, dari pandangan mata kasar, diorang nampak berbangga dengan persembahan dari lelaki-lelaki taktau malu ni, tapi kalau dilihat dari pandangan lembut selembut hati aku ni, nampak sangat diorang pun terseksa. Tambah-tambah si Kiah. Dia sepatutnya ada appoinment untuk meni pedi kuku dia setengah jam yang lalu tapi terpaksa dibatalkan. Memang haruan.

"Nab" Ton kat sebelah aku berbisik. Terus telinga aku dekatkan untuk mendengar segala caci maki dia.

"Betul kan, esok diorang balik dah?"

Bila aku angguk, muka Ton berubah jadi lega yang teramat sangat. Jauh di sudut hati paling kanan dia, dia takut kalau Fakhrul dan Rian tiba-tiba batalkan niat diorang nak balik esok.

Mana boleh siott!! Esok diorang nak menyelam usya family Dory dan Nemo sekali dengan batu-batu karang yang dijaga rapi oleh abang Jackson bagai menatang bayi di pangkuan.

Dah la jarang sekali binatang-binatang tak ada kaki tu nak keluar. Semua penakut macam taik cicak.

"Kalau macam tu, esok sebelum kita bertolak, aku nak gi meni pedi" Kiah yang tengah pegang sebiji buah kelapa dengan payung kat atas, menyampuk. Rasanya tu air kelapa ke tiga dia minum sejak dua jam kami duduk kat sini.

"Haa nais nais. Nak balik pukul berapa ni?"

"Tak sure la. 12 boleh?"

"Aku on jerp"

"Me to! Me to!"

"Woi korang dengar ke tak ni?" Fakhrul yang menghentikan nyanyiannya bercekak pinggang pandang kami bertiga. Terus conversation kami terhenti di situ.

Lahnet la jantan sekor ni. Dah la memaksa, nak sembang pun tak boleh ke? Ingat suara korang sedap, muka korang helok, kitorang akan cair la??

Kasi puiii seketul! Zafhan aku hensem lagi.


Tak- maksud aku, abah aku. Abah aku hensem lagi haa.

*blushing*

*bodow*

"Dengar ahh. Dah sampai part Jonah Marais kan.."

"Ehh ko dengar ke?" Terkejut aku dengar ayat Kiah yang bersahaja tu. Dia pakai aura bomoh ke ni? Tak nampak pulak bilik dia berasap semalam. Atau bunyi tarakucha tarakuchaa cha!! Series tak ada.

"Aku kan ada dua telinga. Satu aku buat dengar perbincangan kita, satu lagi buat dengar diorang nyanyi"

"Abis telinga kitorang satu lagi ni tak berguna la? Atau kitorang ni lalai sebab guna dua-dua telinga untuk mengonion?" Ton berkata dengan nada sedih. Koyak bhai kawan aku. Macam budak tadika kena marah sebab berak dalam seluar.

"Oh come on, guys. Seriously?" Muka Rian nampak fed up. Biarkan. Aku memang nak dia fed up supaya aku boleh balik bilik dan habiskan kerja aku iaitu warna Paint By Number.

What? Bendalah tu best kot. Tak salah kalau aku cuba benda baru selain stalk IG Zafhan.

Wait tak maksud aku-

"Dah, dah. Habiskan lagu ni then korang balik bilik. Lepasni kitorang ada photoshoot" Fakhrul lap gitar dia yang haram tak berhabuk pun sebelum dipetik sekali. Testing.

"Aye aye, captain!" aku dan Ton letak tangan di dahi, macam tanda hormat askar tu.

"I can't hear youu!!" Kiah menyambung dengan tangan yang diangkat ke atas.

Yourself ✔Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz