BAB 4

9.3K 68 5
                                    

Aku sudah nekad. Nampaknya aku perlu mengambil tindakan drastik. Sikap Encik Harzymeen yang telah mencabul kehormatan diriku sebentar tadi memang amat melampau. Ingin sahaja aku melaporkan hal tadi pada pihak atasan, namun malangnya aku tidak mempunyai sebarang bukti untuk mendakwa Encik Harzymeen. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menghubungi rakan baikku, Siti Nazirah untuk menjayakan rancanganku ini.

Raihan  :  Hello Siti, assalamualaikum. Aku perlukan bantuan kau sikitlah...

Siti Nazirah  :  Waalaikummussalam. Ishhh kau ni. Tiba-tiba je kau nak mintak bantuan aku ni. Mesti ada apa-apa ni. Kau nak mintak bantuan camner tu?

Raihan  :  Kau ada lagi tak video yang kau rakam kat pantai bulan lepas?

Siti Nazirah  :  Video yang aku rakam Boss kau buat projek tu ke? Kalau video tu aku ada simpan lagi. Apasal? Kau nak video tu ke?

Raihan  :  Yup. Boleh kau hantar kat aku tak video tu? Aku ada projek sikit nak guna video tu.

Siti Nazirah  :  Boleh je. Takder hal punya. Kejap lagi aku hantar dekat kau. Kau nak buat apa dengan video tu?

Aku menceritakan segala hal yang telah berlaku terhadap aku. Bermula dengan kejadian Fatinisya ditampar oleh Encik Harzymeen, kemudian aku telah memberitahu Fatinisya tentang sikap sebenar Encik Harzymeen, seterusnya kisah aku difitnah. Dan terakhirnya, kisah aku dicabul oleh lelaki tak berguna itu.

Siti Nazirah  :  Perangai diorang berdua tur memang dah kurang ajar sangat. Kau kena ajar diorang sikit. Memang dah melampau sangat-sangat.

Raihan  :  Memang betul tu. Aku memang nak ajar sikit diorang tu. Aku tak kisah sangat kalau diorang nak fitnah aku macam-macam. Tapi kalau sampai dah sentuh badan aku camtu, memang dah melampau sangat-sangat.

●   ●   ●   ●   ●

Selepas aku memperolehi video daripada Siti Nazirah, secara diam-diam aku telah menyebarkannya video tersebut di kalangan rakan baikku. Pada mulanya memang aku merasa amat bersalah untuk melakukannya, di samping itu juga aku merasa amat risau sekiranya aku boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak majikanku mahupun oleh pihak polis, kerana aku telah menyebarkan video yang boleh mengaibkan serta memalukan orang lain.

Namun setelah mengenangkan sikap Encik Harzymeen yang telah melampaui batas dengan mencabul kehormatanku, aku telah nekad untuk menyebarkan video itu. Aku sudah tidak peduli lagi dengan apa jua perkara yang bakal terjadi selepas ini.

Selepas aku menyebarkan video itu, beberapa hari kemudiannya, aku mendapat khabar yang Fatinisya telah berhenti kerja di sini. Cara dia berhenti kerja juga agak tergesa-gesa, hanya melalui telefon sahaja. Abang kandung Fatinisya menghantar surat perletakan jawatannya dua hari kemudian kepada pihak pengurusan hotel.

Keadaan Encik Harzymeen juga bagaikan tidak terurus. Dia kerap tidak datang bekerja. Kalau datang pun, hanya beberapa jam sahaja. Dia juga lebih kerap berdiam diri dan menyendiri.

Kesemua pekerja di hotel ini berbicara tentang hal video itu, walaupun secara tidak terbuka. Walaupun dia dalam video itu tidak tertera nama si pelaku, namun dari raut wajah dan nombor plat kereta yang kelihatan, semua orang pasti tahu siapakah yang empunya tubuh itu.

Aku amat berpuas hati kerana dapat membalas dendam di atas perlakuan jahanam Encik Harzymeen ke atas diriku, namun dalam masa yang sama, terdetik juga perasaan yang amat bersalah di dalam sanubariku. Namun yang amat menghairankanku, Bahagian Sumber Manusia hotel kami ini tidak mengambil sebarang tindakan tatatertib ke atas Encik Harzymeen meskipun prestasi kerjanya amat buruk.

●   ●   ●   ●   ●

Hari ini adalah hari yang besar dan amat bermakna bagi aku. Aku bersama Encik Harzymeen akan mengetuai kumpulan memasak masing-masing di dalam pertandingan kulinari untuk hotel-hotel yang terdapat di Negeri Kelantan. Sebanyak 16 buah hotel telah menyertai pertandingan ini, kebanyakan mereka mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun di dalam bidang ini, aku mengenali hampir kesemua peserta yang menyertai pertandingan ini.

Setulus Kasihmu Si ManggisWhere stories live. Discover now