BAB 15

6K 90 28
                                    

Setelah hampir satu setengah tahun Abang Zye mendiami hospital yang telah menjadi tempat tinggal utamanya, akhirnya Doktor telah membenarkan dia untuk keluar dari hospital itu setelah kesihatan Abang Zye menunjukkan perkembangan yang amat positif. Abang Zye memberitahu kepadaku berita gembira itu apabila aku tiba di biliknya pada pagi itu.

Harzymeen  :  Raihan... Abang ada 1 berita gembira nak bagitahu kat Raihan ni. Raihan nak tahu tak?

Raihan  :  Mestilah Raihan nak tahu. Cepatlah bagitahu Raihan. Berita gembira apa tu? Raihan dah tak sabar nak tahu ni hihihi...

Harzymeen  :  Abang dah boleh keluar hospital esok ni hehehe...

Raihan  :  Yeke ni Abang Zye. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Raihan tak sangka sangat-sangat Abang Zye dapat keluar dari hospital ni sihat walafiat. Masa mula-mula Abang Zye masuk sini, ramai orang kata Abang memang takder peluang. Doktor sendiri pun kata yang harapan Abang Zye nak sembuh agak tipis. Tapi Raihan betul-betul tak sangka. Abang Zye boleh keluar dari hospital ni dengan sihat walafiat macam ni.

Harzymeen  :  Semua ni berkat usaha Raihan menolong Abang. Kalau tak kerana Raihan yang tak pernah putus asa bagi semangat pada Abang, mungkin Abang keluar dari hospital ni dengan berbungkus kain kafan. Raihan dah 3 kali menyelamatkan nyawa Abang.

Raihan  :  Tiga kali?...

Harzymeen  :  Yalah. Pertama, Raihan selamatkan Abang masa kemalangan motosikal hari tur. Kedua, Raihan bacakan Surah Yassin semasa Abang koma. Ketiga dan yang paling berharga, Raihan ajarkan Abang pasal Agama Islam.

Raihan  :  Alah... semua tur perkara kecil jer. Sapa-sapa pun yang berada kat tempat Raihan pasti akan buat perkara yang sama jugak. Raihan hanya membantu setakat yang termampu jer. Janganlah Abang Zye sebut lagi perkara itu. Anggaplah semua tur sedekah dari Raihan untuk Abang Zye.

Harzymeen  :  Mungkin kecil bagi Raihan tapi semua tur teramat besar bagi Abang. Sampai kiamat pun Abang takkan mampu balas semua tur.

Raihan  :  Takpelah, kita lupakan semua tur yer. Jangan kita sebut lagi dah. Hmmm... lepas ni Abang Zye nak buat apa lepas keluar dari sini? Maksud Zye nak kerja apa yer?

Harzymeen  :  Entahlah... Abang pun tak terfikir lagi nak buat apa. Abang tak berapa kisah sangat bab kerja ni. Lagipun income yang Abang dapat dari syer hotel-hotel Abang tur dah lebih dari cukup untuk keperluan seharian Abang. Abang cadang nak berehat dulu dalam beberapa bulan, sambil tur Abang nak dekatkan diri dengan Allah. Abang nak belajar agama dengan lebih dalam. Hmmm... Abang jugak ada satu impian yang Abang nak sangat penuhi. Abang berharap sangat-sangat impian Abang tur dapat dipenuhi.

Raihan  :  Wahhh... baguslah macam tur kalau Abang Zye nak dalami ilmu agama. Impian apa tur yang Abang Zye nak penuhi. Boleh tak kalau Raihan nak tahu hihihi...

Harzymeen  :  Kalau Abang bagitahu, Raihan jangan pulak terkejut tau.

Raihan  :  Ishhh takdernya Raihan nak terkejut pun. Raihan akan sedaya-upaya bantu Abang Zye untuk penuhi impian tur. Cepatlah bagitahu Raihan. Dah tak sabar sangat nak tahu ni.

Harzymeen  :  Hmmm... camner yer nak bagitahu. Abang sebenarnya dah jatuh hati dengan Raihan, Abang amat sayangkan Raihan, Abang cintakan Raihan. Abang perlukan Raihan di sisi Abang selalu. Sudikah Raihan menerima lamaran Abang untuk jadikan Raihan sebagai seorang isteri yang sah untuk Abang.

Aku amat terkejut dengan kata-kata Abang Zye sebentar tadi. Aku langsung tidak mempercayai yang ayat itu boleh terpancul keluar dari mulut Abang Zye. Aku berundur beberapa langkah ke belakang menjauhi tubuh Abang Zye. Tangan kiriku menutup mulutku sendiri kerana terlalu terkejut. Airmata mula menggenangi pinggir mataku.

Setulus Kasihmu Si ManggisWhere stories live. Discover now