BAB 16

5.7K 93 37
                                    

Keberadaan Abang Zye di Masjid kawasan kami ini diterima baik oleh anak-anak kariahnya. Sudah lebih 2 bulan dia mendiami masjid itu. Kata Ayah, Abang Zye telah tinggal di setor masjid itu, setor yang sudah tidak digunakan lebih 3 tahun kerana pelbagai barangan rosak dan usang telah memenuhi setiap ruang setor itu. Hampir seminggu Abang Zye berkeseorangan mengemas setor itu sehinggalah setor itu telah diubah menjadi sebuah bilik tetamu yang bersih dan kemas.

Abang Zye telah menjual kesemua barangan setor yang mempunyai nilai kepada Pembeli Barangan Lusuh. Manakala barangan yang tidak mempunyai nilai, ada yang dibakar dan ada juga yang ditanam. Duit yang diperolehinya pula, diberikan kepada Pihak Pengurusan Masjid. Kelengkapan dan perabot baru yang ingin diletakkan di dalam setor untuk menjadi bilik tetamu, telah dibeli menggunakan wang Abang Zye sendiri.

Pada mulanya, aku amat terkejut apabila diberitahu Mak tentang lelaki yang tinggal di masjid kawasan kami itu adalah Abang Zye. Emak juga beritahu yang Abang Zye telah 2 kali datang ke rumah ini untuk menikmati makan tengahari setelah dijemput oleh Ayah. Nasib baiklah Abang Zye tidak bercerita apa-apa tentang hubungan kami secara peribadi ataupun kerjaya. Jikalau diceritanya, pasti akan ada banyak soalan yang ditanyakan oleh Mak dan Ayah kepadaku.

Sejak aku mengetahui Abang Zye mendiami di masjid, aku sedaya upaya mengelakkan diri untuk melalui lorong berhampiran masjid itu. Aku tidak mahu bertembung dengannya. Aku lebih sanggup menggunakan lorong yang lebih jauh meskipun rumahku di kampung itu tidaklah jauh dengan masjid. Namun aku akui, terdapat banyak perubahan telah berlaku terutamanya pada keceriaan masjid.

Dinding-dinding dan pagar yang lusuh telah bercat baru, pokok-pokok bunga yang baru telah ditanam, kawasan sekeliling masjid telah dibersihkan dengan baik, dan lampu-lampu yang tidak menyala telah digantikan dengan mentol yang baru. Kesemua perbelanjaan untuk kerja-kerja itu menggunakan wang ringgit milik Abang Zye sendiri.

Suatu petang, sedang aku dan Mak sedang menyediakan hidangan makan malam di dapur, aku telah terdengar azan Maghrib berkumandang. Namun suara muazin yang mengalunkan azan Maghrib tidak pernah aku dengari sebelum ini. Suara muazin itu merdu, jelas dan agak mengasyikkan. Aku bertanyakan Mak tentang si empunya suara yang mengalunkan azan itu.

Raihan : Emak... suara siapa yang azan tur yer? Tak pernah dengar pun sebelum ni. Tur bukannya suara Haji Dollah atau Haji Khamis kan?

Mak : Ohhh... tur suara si Zymeen. Dah dekat seminggu dia yang azankan kat masjid tur. Haji Khamis beri tugas kat dia. Diorang suruh si Zymeen tur azankan sembahyang Maghrib dan Isyak. Lain-lain waktu, Haji Dollah dan Haji Khamis yang akan azankan. Diorang kata suara Zymeen ni sedap. Nafas dia pun panjang.

Raihan : Hmmm... betul tur. Boleh tahan sedap yer suara si Zymeen tur yer. Lepas ni mudahlah kerja Haji Dollah dan Haji Khamis.

Mak : Betul tur. Ada jugak pengganti untuk diorang berdua tur. Diorang berdua tur bukannya sihat sangat. Masing-masing dah berumur lebih 70 tahun. Diorang pun dah tak berapa nak larat lagi dah.

Aku hanya mengiyakan kata-kata Mak tadi. Sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga, kami akan makan malam bersama-sama apabila Ayah pulang dari masjid setelah menunaikan solat berjemaah di sana. Setelah kami semua selesai menunaikan solat Isyak, aku dan adik perempuanku sedang menyiapkan hidangan makan malam di atas meja makan. Emak pula sedang menyediakan air kopi panas.

Lebih kurang 15 minit kemudian, terdengar suara seseorang telah memberi salam. Sudah pasti itu suara Ayah yang baru sahaja pulang dari masjid. Aku berjalan menuju ke hadapan rumah untuk membuka pintu. Apabila aku membuka pintu, aku dapati ayah dan adik lelakiku turut bersama dengan tetamu lain. Dan tetamu itu adalah... Abang Zye...

● ● ● ● ●

Pada malam itu, aku hanya menundukkan kepalaku dan tidak berkata apa-apa ketika menikmati makan malam. Aku perasan yang sekali-sekala Abang Zye akan memerhatikan dan merenungku. Perbuatannya itu membuatkan aku berasa tidak selesa dan rimas. Ayah memulakan bicara.

Setulus Kasihmu Si ManggisWhere stories live. Discover now