BAB 14

6.8K 104 17
                                    

Pagi itu, seperti biasa aku tiba di bilik Encik Harzymeen. Dia kelihatan amat gembira apabila melihat keberadaanku di situ, matanya bersinar-sinar di samping mulutnya menguntumkan senyuman yang amat manis. Ketika itu dia sedang menikmati sarapan pagi iaitu sekeping roti bakar, bersama sekaya dan juga sebiji telur separuh masak. Dia sudah mampu untuk makan sendiri, cumanya dia masih belum mampu untuk menggerakkan kedua kakinya dengan sempurna. Sekiranya dia ingin bergerak ke mana-mana, dia terpaksa menggunakan kerusi roda.

Raihan : Assalamualaikum Encik Zymeen. Amboi berselera betul makan roti tu.

Harzymeen : Waalaikummussalam... awak ni... berapa kali saya dah bagitahu. Saya tak nak awak panggil saya encik. Panggil je nama saya. Saya tak berapa sukalah.

Raihan : OKlah saya minta maaf banyak-banyak ye. Kalau saya nak panggil Abang Zymeen boleh tak?

Harzymeen : Hmmm... OK jugak panggilan camtu. Bunyi macam lebih mesra. Tapi panjang sangatlah. Apa kata kalau awak panggil je Abang Zye. Pndek sikit.

Raihan : OKlah saya ikut je. Hmmm... Habis tu Abang Zye nak panggil apa pulak kat saya ni.

Harzymeen : Abang lebih suka kalau guna nama sebenar awak... Raihan... Nama tu sedap je dengar. Manis, sopan, berakhlak, beradap, beriman. Abang suka sangat dengar nama tu.

Raihan : Amboi Abang Zye ni. Puji Raihan lebih-lebih pulak hihihi... Raihan ni biasa jer orangnya. Takdelah cantik macam perempuan lain pun. Raihan ni gemuk, hitam, hodoh...

Harzymeen : Raihan... awak janganlah suka menghina diri sendiri. Demi Allah, Raihanlah wanita paling cantik yang pernah Abang kenali selepas arwah emak Abang. Hati nurani dan keperibadian Raihan cukup sempurna.

Tiba-tiba Abang Zye terdiam. Wajah yang tadinya ceria dan gembira, dengan sekelip mata sahaja berubah menjadi sugul dan muram. Suasana di dalam bilik itu menjadi hening seketika. Aku dapat melihat mata Abang Zye telah digenangi dengan airmatanya sendiri. Aku bertanyakan dia, mengapa tiba-tiba wajahnya bertukar muram.

Raihan : Apasal tiba-tiba je Abang Zye sedih ni. Raihan ada silap cakap ke?Raihan minta maaf kalau dah sakitkan hati Abang Zye.

Harzymeen : Raihan langsung tak pernah buat silap dengan Abang. Sebaliknya Abang yang banyak buat silap dengan Raihan. Abang betul-betul nak minta maaf pada Raihan. Abang banyak sangat berdosa dengan Raihan. Raihan nak tahu tak. Sebab apa Abang boleh terbabas motosikal sampai terjatuh dari jambatan malam tu.

Raihan : Yalah, betul tu. Camner Abang Zye boleh terbabas sampai jatuh dari jambatan? Sedangkan masa tu Abang Zye tak berlanggar dengan apa-apa pun.

Harzymeen : Lepas Abang sepak Raihan sampai terjatuh motosikal malam tu. Abang terus pecut. Tapi bila sampai kat jambatan tu... Abang nampak... Abang nampak...

Raihan : Abang nampak apa?...

Dengan airmata yang telah jatuh ke pipinya, di samping suara Abang Zye yang sedikit tersedu-sedan, dia kembali menyambung ceritanya. Mataku juga sudah digenangi dengan airmata.

Harzymeen : Sob... sob... Abang ternampak arwah ayah, emak dengan adik-adik Abang kat tengah jalan tu. Diorang semua pakai pakaian putih. Wajah diorang semua kelihatan sedih sangat. Abang terkejut lalu Abang pun elak motosikal daripada terlanggar diorang. Sebab tulah Abang terbabas hingga jatuh dari jambatan.

Aku amat terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Abang Zye. Tangis Abang Zye semakin menderas. Dia menutup wajahnya dengan kedua telapak tangannya. Aku dapat melihat airmata Abang Zye berjuraian mengalir menuruni dari celah-celah jarinya lalu turun ke lengan sehinggalah ke siku. Abang Zye menangis teresak-esak bagaikan seorang kanak-kanak yang kehilangan ibunya. Aku turut sama-sama meratapi kesedihan yang dirasai oleh Abang Zye, aku juga menangis.

Setulus Kasihmu Si ManggisWhere stories live. Discover now