BAB 18

5.8K 85 17
                                    

Di dalam tempoh masa pertunangan kami selama 5 bulan ini, kami gunakan dengan sebaiknya untuk urusan perkahwinan kami seperti pendaftaran pernikahan, jemputan majlis, katering, hiasan pelamin dan sebagainya. Memang agak melelahkan kerana banyak perkara yang perlu dirancang dan difikirkan. Namun apa yang aku banggakan adalah perubahan 100% sikap Abang Zye. Kalau dahulu, sikapnya seperti acuh tak acuh dan suka lepas tangan.

Tetapi kini, Abang Zye lebih bertanggungjawab dan teliti terhadap apa jua perkara yang dihadapi. Dia tidak mengambil mudah untuk selesaikan suatu permasalahan itu. Apa jua permasalahan yang timbul di perancangan majlis perkahwinan kami, dia pasti akan berbincang denganku terlebih dahulu. Akhirnya kami berdua mencapai kata sepakat, majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan, akan diadakan pada akhir bulan November, dan ianya diadakan di perkarangan masjid kampungku. Manakala majlis perkahwinan di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu, diadakan di hotel tempat kami aku bekerja.

Kesemua rakan-rakanku, terutamanya rakan baikku seperti Siti Nazirah, Rafidah dan Zaleha. Mereka amat teruja dan terkejut apabila mendapat tahu yang aku tidak lama lagi akan menamatkan zaman daraku bersama seorang lelaki yang dahulunya menjadi seteru kuatku. Mereka amat menyukai kisah-kisah yang aku sampaikan berkenaan awal perkenalan kami berdua dan juga cara aku mengubah sikap Abang Zye menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.

Suatu petang, aku dan Abang Zye telah singgah di sebuah restoran di tengah-tengah bandaraya Kota Bharu setelah kami selesai membeli beberapa jenis barangan untuk persiapan majlis perkahwinan kami nanti. Aku dan Abang Zye masing-masing memesan ABC untuk kami membasahkan tekak.

Harzymeen  :  Hmmm... Raihan. Abang nak tanya? Apa cita-cita Raihan?

Raihan  :  Sebenarnya, hampir kesemua cita-cita Raihan dan pun tercapai. Jadi Ketua Chef walaupun umur Raihan masih muda lagi. Dapat bantu Mak Ayah dengan gaji yang Raihan dapat. Dan paling penting, akan menbina rumahtangga dengan seorang lelaki yang kacak, bertanggungjawab dan budiman hihihi...

Harzymeen  :  Amboiii... puji melambung kat Abang yer. Kembang hidung Abang ni hehehe. Lepas tur, ada lagi tak cita-cita Raihan yang masih belum tercapai?

Raihan  :  Kalau yang tak tercapai lagi tur... mestilah nak anak-anak yang comel, sihat dan ramai. Mahu perkahwinan kita ni bahagia dan kekal sampai bila-bila. Raihan pun teringin jugak nak buka bisnes sendiri, nak buka kedai makan.

Harzymeen  :  Buka bisnes kedai makan? Apasal Raihan tak buka jer kedai makan? Raihan kan ada kemahiran dan pengalaman.

Raihan  :  Raihan tak cukup modal lagi nak buka bisnes tur. Kalau boleh Raihan tak naklah buat pinjaman bank sebab Raihan nak buka kedai makan kecil-kecilan jer.

Harzymeen  :  Raihan janganlah risau. Rasanya tak lama lagi segala cita-cita Raihan semuanya akan tercapai. Cuma satu jer cita-cita Raihan yang perlukan usaha lebih sikit dari yang lain-lain.

Raihan  :  Cita-cita yang mana satu tur?...

Harzymeen  :  Nak dapat anak comel, sihat dan ramai. Nak capai cita-cita tur, kita berdua kenalah berusaha keras tiap-tiap malam. Paling kurang pun, setiap malam kenalah 30 hingga 45 minit hehehe...

Raihan  :  Amboiii... nakalnya dia. Bakal suami siapalah nih yang nakal sangat ni hihihi...

●   ●   ●   ●   ●

Setulus Kasihmu Si ManggisWhere stories live. Discover now