BAB 13

6.9K 101 11
                                    

Pagi itu, lebih dari sejam aku dan Encik Mazlan, berbual dengan Dato' Azmi di bilik pejabat GM. Banyak maklumat yang telah mengejutkan aku, yang sebelum ini aku langsung tidak mengetahuinya.

Rupanya, terdapat 3 orang pemegang syer untuk rangkaian hotel ini. Pemegang syer majoriti iaitu Dato' Azmi, kedua adalah kerabat Sultan Kelantan, ketiga adalah Encik Harzymeen. Semasa awal penubuhan rangkaian hotel ini, Pemegang syer majoriti adalah bapa Encik Harzymeen. Namun, seminggu sebelum kejadian malang menimpa keluarga Encik Harzymeen, bapanya telah menukar nama pemegang syer itu kepada nama Encik Harzymeen.

Keseluruhan keluarga Encik Harzymeen iaitu Ibu, Bapa dan dua orang adiknya telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya ketika mereka dalam perjalanan ke lapangan terbang, untuk menghadiri majlis konvokesyen Encik Harzymeen di Peranchis. Peristiwa itu benar-benar telah memberi tamparan besar kepada Encik Harzymeen, sehingga menjadikan dia seorang yang suka berfoya-foya dan malas untuk bekerja.

Encik Harzymeen ingin menjual kesemua syernya kepada bapa saudaranya, Dato' Azmi kerana dia ingin menggunakan kesemua wang itu untuk berfoya-foya. Tetapi Dato' Azmi mempunyai perancangan yang lebih baik untuk dia. Dato' Azmi hanya membeli sebilangan syer sahaja dari Encik Harzymeen untuk menjadikan dia sebagai pemegang majoriti syer. Sebahagian syer yang masih berada di tangan Encik Harzymeen itu adalah untuk memastikan dia mendapat pendapatan setiap bulan. Dato' Azmi tidak mahu melihat anak saudaranya itu mati  kelaparan sekiranya dia tidak memperolehi sebarang pendapatan tetap bulanan.

Tidak dapat aku nafikan, manusia yang paling aku benci dan aku inginkan dia mati adalah Encik Harzymeen. Sikapnya yang telah dia lakukan kepadaku sememangnya amat melampau. Sesuatu yang amat sukar untuk diterima oleh insan yang berfikiran normal dan bermaruah. Namun jauh di sudut hatiku, terdetik perasaan simpati kepada nasib yang telah menimpa Encik Harzymeen.

●   ●   ●   ●   ●

Suatu pagi yang hening, aku dan Encik Mazlan telah bertembung di tempat parkir kenderaan. Aku baru saja tiba di situ, Encik Mazlan pula baru saja menaiki keretanya, untuk menghadiri satu mesyuarat di sebuah jabatan kerajaan. Dia memanggilku, seperti dia ingin memberitahuku sesuatu.

Mazlan  :  Raihan, awak ada pergi melawat tak Encik Zymeen kat hospital?

Raihan  :  Takder pulak Encik Mazlan. Saya melawat dia pun masa mula-mula dia masuk hospital dulu. Lepas tur langsung saya dah tak pernah melawat dia sampai ler sekarang ni.

Mazlan  :  Saya rasa elok awak pergi melawat dia. Untuk beri penghormatan terakhir kat dia. Manalah tahu kalau hayat Zymeen...

Kata-kata Encik Mazlan terhenti setakat itu sahaja. Aku amat terkejut apabila mendengar ayat itu.

Raihan  :  Apasal Encik Mazlan cakap macam tur? Camne dengan keadaan Encik Zymeen sekarang ni?

Mazlan  :  Entahlah, susah saya nak cakap. Keadaan Zymeen sekarang ni pun makin ktitikal. Degup jantung dia pun makin lemah. Doktor kata harapan untuk dia sembuh makin tipis. Hanya 50-50 saja. Semalam saya pergi melawat Zymeen kat hospital. Tengok keadaan dia memang sedih sangat-sangat, macam dah takder... hmmm... takpelah Raihan. Saya nak gerak dulu. Saya pun dah lewat ni.

Aku hanya melihat kereta Encik Mazlan berlalu pergi dan menjauh dari pandanganku. Akan tetapi kata-katanya tadi benar-benar menyentuh hati nuraniku. Meskipun Encik Harzymeen tidak aku anggap sebagai seorang insan, kerana sikapnya seumpama seekor haiwan. Namun dia juga seorang manusia, patut diberi penghormatan yag terbaik sebelum dia meninggalkan alam yang fana ini buat selama-lamanya.

●   ●   ●   ●   ●

Aku tiba di hospital sudah lewat petang. Aku datang di sini hanya berkeseorangan dengan kesanggupanku sendiri. Hari ini shift kerja aku tamat pada jam 5.00 petang. Aku terus menuju ke arah bilik yang menempatkan tubuh badan Encik Harzymeen, beliau telah dipindahkan ke bilik khas rawatan rapi kerana kondisi kesihatannya yang semakin merudum. Daripada maklumat yang aku perolehi dari Encik Mazlan, aku tercari-cari bilik itu. Akhirnya aku terjumpa juga.

Setulus Kasihmu Si ManggisWhere stories live. Discover now