BAB 17

5.8K 97 16
                                    

Setelah aku menerima sepucuk surat dari Abang Zye, aku hanya berdiam diri tanpa memberi sebarang makluman. Aku tidak membalas kembali surat itu. Aku telah bertanyakan pandangan Siti Nazirah berkenaan hal itu. Adakah aku perlu memberi sebarang jawapan ataupun hanya berdiam diri sahaja dan melihat apa reaksi Abang Zye seterusnya?

Siti Nazirah : Aku rasalah kan, semua ni terpulang pada kau samada nak bagi jawapan atau nak diam jer. Tapi pada pandangan akulah kan, lebih baik kau buat solat Istiqarah. Minta petunjuk dari Allah untuk tahu samada kau perlu terima lamaran dia ataupun tidak. Itu yang paling terbaik. Tapi kalau kau tanya Mak dan Ayah kau, confirm diorang akan terima Abang Zye sebagai menantu punya. Confirm 100% hihihi...

Apa yang dicadangkan Siti Nazirah ada betulnya. Aku amat bersetuju dan mengikuti cadangannya itu. Bermula dari hari itu, sesudah aku menunaikan Solat Isyak, pasti aku akan melakukan Solat Istiqarah. Aku memohon kepada Allah SWT semoga diberikan petunjuk samada aku perlu menerima lamaran Abang Zye ataupun tidak.

Sudah hampir 2 minggu berlalu, jawapan yang aku harapkan masih juga belum kutemui. Namun suatu pagi, jawapan itu mungkin telah terjawab dengan sendirinya. Suatu pagi, sedang aku sibuk bertugas di bahagian dapur bersama rakan-rakanku, adik lelakiku Haniff telah menghubungiku melalui telefon.

Haniff : Hello Assalamualaikum... ni Kak Han ker? Ni Haniff yang bercakap ni?

Raihan : Waalaikummussalam... apasal Haniff? Sekarang ni Akak tengah sibuk buat kerja ni. Haniff ada apa-apa problem ker?

Haniff : Haniff takder apa-apa problem pun. Cuma nak minta tolong Kak Han tolong belikan Al-Quran ataupun buku-buku agama yang elok sikit. Haniff nak hadiahkan kat seseorang.

Raihan : Ooo boleh jer. Nanti Akak belikan yer. Haniff nak bagi hadiah tur pada siapa? Nak bagi pada cikgu yer...

Haniff : Taklah... Haniff nak hadiahkan pada Abang Zye.

Raihan : Abang Zye? Sebab apa Haniff nak bagi pada Abang Zye?

Haniff : Abang Zye nak pindah dari masjid kita ni minggu depan. Dia kata nak pergi merantau ke Indonesia pulak, nak belajar kat sekolah pondok kat sana.

Aku begitu terpana dan terkesima mendengarkan kata-kata dari Haniff. Tiba-tiba aku merasakan begitu sebak sehingga mencengkam dadaku. Kini aku dapat merasakan yang aku bagaikan kehilangan seseorang yang amat kukasihi dan jiwaku menjadi amat kosong. Mataku mulai digenangi dengan airmataku sendiri. Aku sedaya-upaya untuk mengawal sebakku supaya ianya tidak didengari oleh Haniff. Aku terdiam seketika, selepas itu mengambil nafas panjang, dan apabila aku memperolehi sedikit kekuatan, baharulah aku kembali menyambung perbualan di telefon.

Raihan : Oklah Haniff, nanti Akak belikan benda yang Haniff nak tur. Takpelah, Akak ada banyak kerja ni. Bye. Assalamualaikum...

Selepas mematikan panggilan telefon, aku terus bergegas pergi ke tandas. Di dalam tandas, aku tidak lagi mampu mengawal sebakku. Aku menangis semahu-mahunya, airmata telah membasahi seluruh wajahku. Baharulah aku tahu akan jawapan di atas persoalanku ini, sebenarnya aku amat menyintai Abang Zye. Perubahan diri positif yang wujud pada Abang Zye telah membuatkan aku terpikat padanya, namun aku ego pada hatiku sendiri selama ini. Aku amat malu untuk mengakui betapa aku juga amat menyintai Abang Zye, sepertimana dia juga menyintai diriku.

● ● ● ● ●

Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mataku. Memori pada paginya tadi telah melekat kemas di benak fikiranku. Kata-kata dari mulut adikku itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Sebaknya masih terasa dan masih pedih. Nampaknya aku perlu bertindak sesuatu yang pantas untuk mengakhirinya, tidak hanya menyerahkan pada nasib semata-mata. Aku mengambil sebatang pen dan sekeping kertas lalu mencoretnya, aku akan meluahkan segala yang terbuku dihatiku selama ini...

Setulus Kasihmu Si ManggisWhere stories live. Discover now