Prolog

221 4 0
                                    

Hi! Okay first of all this is my first story ever dekat wattpad ni. Hehee Daisy bukan someone yang selalu share dia punya story. Kalau dia writing pun just for fun. Plus, this novel I was created for my bestfriend's birthday. Dah lama sangat novel ni. Tahun 2014 lagi so waktu tu Daisy still dekat sekolah saat2 genting nak exam. Hahaaa so yeah! Daisy harap u olls boleh agak la cite ni macam mana. Huhu. Daisy baca balik pun rasa cringe sangat. Have fun guys!

ps/ please komen gentle2 sikit huhuu..

.

Ikatan hubungan ini wujud bukan diatas kerelaannya. Itulah sahaja ayat yang boleh dia bariskan untuk menggambarkan perasaan hatinya semasa menerima seorang lelaki yang tidak dikenalinya menjadi tunangannya sebulan yang lepas. Bagi dia cinta itu langsung tidak wujud apabila buat pertama kalinya dia menatap wajah tunangnya itu. Cukup sekadar dia memberikan satu senyuman yang langsung tidak mampu menghapuskan rasa sedihnya itu apabila dipaksa menerima cadangan orang tua dia untuk menyatukannya dengan lelaki tersebut. Malah dia masih belum buta untuk melihat riak wajah lelaki tersebut. Dia mengeluh apabila mengenangkan nasibnya itu.

"Amboi, jauh betul kawan aku sorang ni termenung. Ingatkan buah hati ke?" Usik Eleeya sambil mencuit bahu Farah. Dia tersenggih apabila melihat jelingan yang diberikan oleh Farah.

"Banyaklah kau punya buah hati," balas Farah sambil membuang pandangan kearah sekumpulan lelaki yang sedang rancak bermain bola sepak dipadang sekolah mereka. Eleeya melabuhkan duduk disebelah Farah. Dia tersenyum nakal.

"Oh lupa pula aku yang kau ni tak ada buah hati. Kalau macam tu, aci tak kalau aku kata yang kau ni tengah teringatkan tunang kau tu?"

"Ish budak ni memang nak kena betulah!" marah Farah sambil mencubit peha Eleeya. Eleeya ketawa senang kerana dapat mengenakan sahabatnya itu.

"Alah, betul apa yang aku cakap!"

Farah melepaskan keluhan berat. Dia memandang Eleeya sekilas sebelum memandang kasutnya. Dia memuncung.

"Kau janganlah buat aku macam ni. Kau cakap kuat-kuat macam tu, nanti kalau ada orang dengar kan? Nahas aku!" balas Farah. Eleeya menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenggih. Farah yang melihat senggihan Eleeya mencebik.

"Okay. Aku minta maaf. Aku just nak bergurau jelah. By the way Farah, kau tak rasa nak beritahu kat member-member kita yang lain ke? Aku cuma takut nanti kalau mereka tahu daripada orang lainlah. Apa kata kalau kau cakap kat diorang?"

"Maksud kau beritahu pada Efa, Era dengan Nabil ke?" tanya Farah. Eleeya senyum sambil menganggukkan kepalanya.

"Aku bukan tak nak beritahu dekat mereka but I'm not ready for it. You know right? This is not my decision. Aku takutlah Leeya. Aku tak kenal pun lelaki tu tapi tiba-tiba dia jadi tunang aku. Lagipun, umur kita memang jauh gila kot beza. Aku still belajar. Lepas tu, masih di sekolah menengah pulak. Kau rasa dia boleh terima ke?? I don't think so." Balas Farah sambil memandang Eleeya. Eleeya hanya mendiamkan diri.

"Lee, apa yang patut aku buat??" soal Farah memecah kesunyian di antara mereka. Pandangannya masih tertumpu kepada Eleeya yang turut memandangnya sebelum mereka sama-sama membuang padangan kearah pelajar-pelajar lelaki yang masih rancak bermain di padang.

"Kau beritahu member-member kita yang lain. Aku sokong kau dari belakang," akhirnya Eleeya memberikan kata putus. Pandangannya masih belum beralih. Farah hanya mengangguk perlahan. Akur dengan cadangan yang diberikan oleh sahabatnya itu. Walaupun dia masih ragu-ragu dengan apa yang bakal dia perkatakan kepada kawan-kawan yang lain tapi dia akan cuba lakukannya. Dia bersyukur kerana Eleeya masih menyimpan rahsianya itu daripada pengetahuan kawan-kawannya yang lain. Bukan dia tidak ingin berkongsi masalahnya itu pada mereka bertiga tetapi dia tidak betah. Dia masih terasa seperti berada diawang-awangan dengan apa yang berlaku pada dirinya sebulan yang lepas. Dia masih ingat permintaan ibu dan abahnya yang meminta dia bertunang dengan lelaki pilihan mereka. Malah dia langsung tidak diberikan masa untuk berfikir. Pada waktu itu, dia teringatkan Eleeya yang rapat dengannya berbanding sahabatnya yang lain lalu terus menelefon Eleeya untuk mengkhabarkan berita tersebut.

"Lee, kau kena tolong aku, Lee. Please. I really need you right now!" Farah menerjah Eleeya tanpa memberi salam terlebih dahulu.

"Laa kau ni kenapa pulak? Dengan salam tak diberinya terus terjah aku ni, asal? Kau ada masalah apa ni?" Soal Eleeya. Dia pelik dengan tingkah laku temannya itu. Biasanya bukan main dia menegur kita supaya bagi salam dulu. Ini, dia pulak yang pakat terus main langgar lampu trafik. Eleeya mengerutkan dahinya apabila terdengar bunyi esakan.

"Wei kau kenapa? Kau ada masalah ke??" soal Eleeya.

"Lee, aku...."

Farah masih teringat reaksi Eleeya sewaktu dia menceritakan hal tersebut padanya. Walaupun pada waktu itu mereka berbual melalui telefon tapi dia masih boleh membayangkan wajah temannya itu. Dan pada keesokkan harinya Eleeya datang ke rumahnya dan menemaninya sepanjang majlis pertunangannya berlangsung. Dan dia masih ingat dengan bisikan sahabatnya sewaktu dia melihat 'tunang ekspress' nya itu.

"Beb, sekarang aku rasakan, kaulah gadis yang paling bertuah kau tahu? Hensem gila kot tunang ekspress kau tu!"

Dia langsung tidak menghiraukan bicara temannya itu malah dia semakin menundukkan kepalanya kerana tidak ingin melihat wajah lelaki tersebut yang turut masuk kedalam biliknya untuk melihatnya bersama-sama beberapa orang wanita yang sudah agak berumur. Dia hanya mengangkat kepalanya apabila ditegur oleh suara seorang wanita yang meminta dia mengangkat kepalanya. Wanita itu pada tekaannya mungkin ibu kepada tunangnya itu kerana dialah yang menyarungkan cincin di jari manisnya. Pada saat itulah dia terpandangkan seorang lelaki yang memakai kemeja merah berpetak hitam yang berada di sebelah wanita yang menyarungkan cincin di jari manisnya dan disaat itulah dia terpana dan tanpa sedar memberikan senyuman kepada lelaki itu yang turut memandang kearahnya dengan pandangan yang sukar dia baca.

Sekali lagi dia melepaskan keluhannya apabila teringatkan peristiwa yang telah berlaku dalam hidupnya sebulan yang lepas. Dia memandang seorang pelajar lelaki yang leka bermain di padang yang sedang tersenyum memandang kearah dirinya. Dia membalas senyuman tersebut dengan perasaan yang berbelah-bagi. Akif Naufal, nampaknya takdir tidak menyebelahi kita! Apabila lelaki itu meyambung permainannya, dia memegang cincin tunangnya yang disakutkan pada rantai yang berada dilehernya disebalik tudung sekolah yang berada kemas dikepalanya. Kali ini dia terpaksa akur dengan takdir buat dirinya. Mungkin terdapat satu hikmah disebaliknya. Siapa tahu, bukan? Farah bangun dari tempat duduknya lalu mengajak Eleeya beredar dari situ. Eleeya yang pelik dengan tingkah laku temannya itu hanya menurut manakala Akif yang masih berada di pandang memandang kearah Farah dengan dahi yang berkerut. Tidak faham dengan sikap gadis tersebut.

"Kenapa dengan awak ni, Farah?" bisik Akif perlahan.




BammmBammMMM!! huhuuu Thanks for reading guys!

Yakin Dengan CintaWhere stories live. Discover now