BAB 8

27 3 0
                                    

Welcome to the cliche drama! Haha :D

~~


Farah mengambil telefon Samsung miliknya yang berada di atas meja solek lalu mendail nombor Eleeya untuk bertanyakan soalan Pengajian Am yang tidak difahaminya. Malam itu dia berada keseorangan di rumahnya lantaran ibu dan abahnya pergi ke rumah rakan baik abahnya manakala adik-adiknya turut mengikut kedua-dua orang tuanya itu. Hampir sejam mereka berbual di telefon akhirnya Farah menamatkan perbualan mereka apabila mata Farah mula rasa mengantuk. Farah menutup lampu biliknya sebelum membaringkan badannya di atas katilnya itu.

"Ya Allah.. letih betul rasa hari ni," bisik Farah perlahan. Dia menarik selimut dikakinya sehinggga ke paras dadanya. Matanya yang mula terpejam dibuka kembali apabila dia terdengar sesuatu. Dia bangun dari katilnya bila bunyi tersebut makin jelas. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Tidak mungkin itu orang tuanya kerana dia yakin yang mereka akan pulang lewat malam ini. Farah tersetak bila kedengaran sesuatu jatuh diatas lantai. Tanpa berfikir panjang Farah mencapai telefonnya lalu menelefon seseorang yang berada di fikirannya itu.

"Awak, tolonglah angkat.. tolonglah.." rayu Farah perlahan. Dia menyandarkan badannya di almari yang terdapat disebelahnya itu. Badannya mula berasa mengeletar.

"Awak! Tolong saya awak. Tolong saya. Tolong.. " Bisik Farah. Dia mula teresak bila memikirkan sesuatu yang buruk akan berlaku padanya saat itu apabila bunyi tersebut semakin jelas di telinganya. Emil yang berada di talian mengerutkan keningnya.

"Kenapa ni, Lisya?? Lisya ada kat mana sekarang??" Soal Emil bila dia mendengar tangisan Farah.

"..Ada.. ada orang masuk rumah Lisya. Ibu dengan abah tak ada. Lisya duk sorang. Abang, tolong Lisya.. Lisya takut.."

"Lisya.. hello, Lisya..Lisya jawab abang Lisya. Lisya? Hello?? ELISYA??!" Emil memanggil Farah bertalu-talu. Sepanjang perjalanannya menuju ke rumah Farah, dia tidak mematikan talian mereka. Saat itu, jantungnya seperti ingin pecah bila memikirkan keselamatan Farah.

"JAHANAM!!"

Emil meneranjang lelaki yang sedang menindih tubuh Farah. Dia menyepak dan meneranjang lelaki yang sudah rebah diatas lantai. Lelaki tersebut cuba melarikan diri tetapi disekat oleh Emil.

"Jantan tak guna! Kau memang nak mampus dengan aku! Kau memang tak guna! Dasar binatang. Mati kau malam ni. MATI kau!! "

Emil terus menumbuk dan meneranjang lelaki yang cuba menondai tunangnya itu manakala Farah masih berbaring di atas lantai dengan esakan yang jelas kedengaran di telinga Emil. Emil semakin mengganas. Dia mengambil kaca yang berselerak di atas lantai lalu membenamkan kaca tersebut di perut lelaki tersebut. Dia tidak menghiraukan jeritan yang menunjukkan lelaki tersebut kesakitan malah dia terus menendang lelaki tersebut yang sudah terkulai layu di atas lantai. Emil terduduk. Perlahan-lahan dia memandang kearah Farah yang masih terbaring di atas lantai dengan hanya pakaian dalam yang menutup tubuh mulus tunangnya. Tanpa sedar air mata Emil mengalir melihat keadaan tunangnya itu. Dengan kakinya yang terasa lemah dia bangun dan berjalan menuju kearah Farah sambil membuka buntang kemeja yang dipakainya satu persatu. Dia melutut disebelah Farah dan perlahan-lahan dia menarik tubuh Farah supaya berada di posisi duduk lalu dia menyarungkan kemejanya ditubuh Farah.

"Emil..." tangis Farah. Dia malu. Malu dengan keadaannya itu. Dia malu pada Emil. Pada semua orang. Tangisan Farah semakin kendengaran.

"Shussh.. sayang jangan bimbang. Sayang dah selamat. Abang ada dekat sini sayang. Sayang selamat." Pujuk Emil perlahan. Dia memeluk tubuh Farah dengan lembut. Dapat dirasakan tubuh tunangnya yang sedang menggeletar saat itu. Perlahan-lahan air matanya jatuh kembali dipipinya. Dia tidak dapat membayangkan jika dia terlewat sedikit sebentar tadi. Mujurlah saat itu dia dalam perjalanan menuju kerumah Farah bila dia mendapat tahu bahawa Farah hanya berseorangan di rumah tatkala yang lain berada di rumah Pak Saad. Dia yang turut berada disana terus meminta diri dan menuju kerumah Farah. Dia bersyukur kerana dia sempat menyelamatkan tunangnya itu daripada lelaki durjana yang cuba menondai kekasih hatinya itu. Dia begitu bersyukur.


***

Heeee :3

Yakin Dengan CintaWhere stories live. Discover now