BAB 9

32 3 0
                                    

Sila2

~~


"Emil, kenapa awak minta perkahwinan kita dipercepatkan? Saya tak setuju. Awak janganlah buat saya macam ni, Emil. Sayakan masih belajar. Tunggulah saya habis belajar dulu."

Farah memandang Emil dengan wajah tidak puas hati. Emil tersenyum memandang Farah sambil memandu keretanya dengan tenang. Farah mendengus perlahan.

"Awak.. saya serius ni. Janganlah main-main!" bentak Farah geram.

Emil tersenggih.

"Bila masa pulak yang abang main-main dengan sayang. Kalau abang main-main, takkanlah abang nak kahwin dengan sayang. Abang tengah seriuslah ni sayang oi.." lembut sekali Emil membalas. Farah memandang kearah luar.

"Kenapa awak nak percepatkan perkahwinan kita Emil??"

"sayang, cepat ke lambat.. nanti kita akan kahwin jugak kan jadi abang rasa tak salah. Lagipun perkara yang baik tak baik dilambat-lambatkan tau!" balas Emil.

"Ish susah betulah nak bercakap dengan awak ni." Bentak Farah. Emil tergelak kecil.

"Walau apapun, saya tetap tak setuju."

"No. Sayang kena setuju jugak sebab persediaan dah dilakukan. Takkan sayang nak tengok semua tu dibatalkan semula? Kesian dekat ibu dengan mama tahu." Pujuk Emil. Farah menjeling.

"Lagipun sayang.. abang memang dah tak sabar ni nak jadi suami sayang. Barulah abang bebas nak buat apa pun kat sayang."

"Amboi, sejak bila jadi miang ni. Mengalahkan kucing jantan yang kemaruk nak berbini!" Emil tergelak mendengar bicara tunangnya itu.

"Kalau abang ni kucing, mesti abang kucing yang hot gila kan??" balas Emil mengusik.

"Eee.. susah betullah. Awak, saya tak nak kahwin lagi. Nanti apa pulak orang-orang kat sekolah cakap. Kita tangguhkanlah dulu eh? Bila saya habis STPM ni, saya tak kisah pun kalau nak kahwin sementara tunggu untuk masuk Universiti. Tapi, awak kena faham. Sekarang ni saya masih bergelar sebagai 'budak sekolah'. Faham tak??" Farah menolak tangan Emil yang cuba memegang tangannya itu. Emil tersenggih.

"Well, I don't mind about it. At least, you're not underage so I didn't think its wrong. You are already 19 years old."

"Apa maksud awak??" Elisya memandang Emil yang sudah tersenggih-senggih memandangnya.

"Tak ada apa-apa pun Lisya," balas Emil perlahan. Lama Farah merenung lelaki yang masih tenang memandu di sebelahnya itu sebelum mukanya rasa membahang bila dia mula faham apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Farah membuntangkan matanya tanda tidak suka apa yang dimaksudkan oleh Emil membuatkan Emil tergelak besar.

"Ooow otak tu kotor sangat kan!" Farah mencubit lengan kiri Emil sekuat hati sehingga lelaki itu menjerit kesakitan. Farah menjeling.

"Huh, padan muka! Otak kuning lagi."

"Ish sayang ni. Otak kuning apanya?? Abang bukan cakap apa-apa pun. Sayang abang fikirkan apa ni, hum?? Cuba citer sikit dekat abang apa yang ada di kepala sayang sampai sayang cop kepala abang ni otak kuning?? Eh, otak abang suci okay? Sayang tu yang pikir bukan-bukan," getus Emil sambil tersenyum-senyum memandang Farah di sebelah.

Farah memegang kepalanya. Memang akan sakit otaknya jika melayan lelaki itu. Suka sangat memutar belitkan ayatnya sampai akhirnya dia yang naik malu. Farah mengeluh, "awak jangan nak memutar belitkan ayat saya, ya??"

"Eh bila masa pulak abang putar belit ayat sayang?? Abang cuba menegak keadilan je!" balas Emil. Dia memberhentikan keretanya di parking yang kosong. Emil memandang Farah sebelum tersenyum lucu.

"Okay. Okay . Lisya jangan nak perah otak Lisya tu nak balas balik kata-kata abang, okay? Sekarang buka seatbealt Lisya. Kita keluar makan kejap. Abang lapar.

Farah memuncung. Dia geram bila dia tak mampu untuk melawan cakap lelaki itu. Dia mengeluh bila terpandangkan baju yang tersarung di badannya sekarang. Ish, Emil ni pun satu, tak boleh ke kalau bawak balik rumah lepas tu tukar baju biasa dulu baru bawak dia makan kat restorant ni?

"Hello my princess? Tak nak keluar ke??"

Farah memandang Emil disebalik cermin tingkap kereta BMW itu. Dia mencebik sambil menggelengkan kepalanya tanda memberontak.

"Kenapa ni Lisya?" soal Emil sambil mengangkat keningnya. Dia membuka pintu penumpang yang di duduki oleh Farah.

"Iah awak ni. Takkan saya nak masuk restorant kat sini dengan pakai baju ni kot?? Saya tak nak!" Farah memeluk tubuh sambil memandang kearah lain.

"Apa masalahnya? Abang rasa okay je. Tak ada berlubang kat mana-mana pun."

"Eee.. awak tak nampak ke yang saya ni pakai uniform sekolah? Takkan nak masuk kat restorant ni kot? Agak-agaklah.." balas Farah. Emil menggeleng-gelenggkan kepalanya. Dia tergelak kecil sebelum menarik tangan kiri Farah. Memaksa Farah keluar dari kereta.

"Tak nak!" Farah mengeraskan badannya. Emil mengeluh kuat. Dia berdiri tegak sambil menyilangkan tangannya itu sambil memandang Farah. Degil betul budak ni! Mengalahkan adik bongsunya si Emilia yang berada di UK tu. Ish, nampaknya kena selalu tahan sabarlah dia nak melayan tunangnya itu. Nasib baik dia dah jatuh sayang dan cinta bagai. Kalau tak, jangan diharapnya dia nak jadi penyabar macam ni.

"Okay. Lisya tak nak keluar, kan? Lisya nak degil dengan abang, kan? Jadi abang pun nak degil dengan Lisya. Sekarang abang bagi dua pilihan. Pertama, Lisya nak keluar sendiri dan yang kedua biar abang kendong sayang keluar dari kereta dan sampai ke dalam restorant tu abang kendong Lisya. Mana satu Lisya pilih? Uhm, but I think you more prefered with the second one, right? So, do you mind.." Emil merendahkan badannya sambil kedua-dua belah tangannya sudah bersedia untuk mengangkat badan Farah. Dia tersenggih bila Farah menolak tangannya dan dengan tergesa-gesa gadis itu keluar dari kereta mewah miliknya itu. Dia tergelak kecil.

"Uhm nampaknya abang dah jumpa cara untuk buat Lisya mengalah dengan abang," Emil tersenyum menang. Farah mendengus perlahan.

"Dia ni memang tau.."

"Dah-dah. Dari tadi lagi kita buat drama kat sini. Habis skrip dah abang nak melayan Lisya. Abang lapar. Jom teman abang makan dan abang tak nak dengar apa-apa lagi pasal pakaian sayang tu. You looked so cute with that unIform, babe. Trust me..."

Tanpa menunggu balasan dari Farah, dia terus mengenggam tangan kiri gadis itu lalu menariknya masuk ke restorant yang tersegam indah di hadapan mereka itu. Dia membalas senyuman seorang pelayan yang berada di bahagian penyambut tetamu.

"Welcome to our Raika's Restorant. Do you have reserved for the table, sir??"

"Ya. I'm Emil Dazrein. I have reserved the table yesterday for a couple," Emil membalas pelayan tersebut dengan mesra. Farah yang berada di sebelah Emil hanya memasang telinga perbualan mereka berdua sambil matanya sibuk memandang sekelilingnya. Betapa canggungnnya dia bila berada di situ.

Mereka menghabiskan masa mereka disitu hampir sejam lebih barulah mereka beredar. Farah melepaskan keluhan yang kuat sambil menhempaskan badannya atas katil. Dia memandang siling lama.

"Macam mana ni? Apa yang aku nak cakap kat budak-budak tu? Macam mana aku nak hadap cikgu-cikgu kat sekolah nanti?? Apa yang aku nak buat ni..??" bisik Farah perlahan. Dia bangun dari baringannya. Dia masih teringat perbualan dia dan Emil semasa berada di restorant petang tadi. Dia sudah tidak boleh membantah keputusan yang telah dibuat oleh mereka semua. Dia tidak mampu menolak bahawa dari masa sebulan lagi dia akan menjadi isteri lelaki itu. Dia resah. Dia gelisah. Dia masih belum pasti apa perasaannya untuk lelaki itu. Dia takut jika hatinya tersilap membuat andaian. Dia buntu untuk memikirkan hal tersebut. Dia sudah tidak mampu.

"Ya Allah.. dugaan apakah ini yang kau berikan pada hambaMu ini? Adakah aku mampu untuk hadapinya sehingga Engkau berikan dugaan seperti ini padaku. Kuatkah aku Ya Allah?? Adakah lelaki itu betul-betul jodoh yang telah kau berikan padaku??" bisik Farah perlahan. Sakit otaknya bila memikir semua yang berlaku dalam hidupnya beberapa bulan ini. Ianya berlaku dengan begitu pantas sehingga dirinya tidak berdaya untuk menolak semua itu. Dia sudah letih.


***

:3

Yakin Dengan CintaWhere stories live. Discover now