BAB 2

47 3 0
                                    

Thanks sebab sambung baca cerita ni. Hihiii..

~


Dia memandang kearah kertas-kertas kerja yang berselerak diatas mejanya itu sebelum

bangun daripada duduknya sebelum berjalan menuju kearah cermin yang menjadi dinding diantaranya dengan dunia luar. Dia melemparkan pandangannya ke bawah dan melihat kesibukan di jalan raya dengan kenderaan-kenderaan dan sebagainya. Dari tingkat lima puluh satu itu membuatkannya seperti melihat serangga-serangga kecil. Dia mengeluh sebelum kembali menuju kearah mejanya. Dia mencapai bingkai diatas meja kerjanya itu lalu memandang sebuah senyuman yang sudah menjadi idaman hatinya itu. Dia tersenyum. Well, at least an arranged married is not that bad. Malah, dia masih ingat pertemuan buat kali pertama dia dengan tunangnya itu. Dia tersenyum apabila teringatkan peristiwa yang berlaku sebulan yang lepas iaitu dihari pertunangannya itu. Walaupun dirinya memang tidak ingin menghadirkan diri di majlisnya itu tetapi keinginan hatinya itu tidak dapat dia tolak. Ternyata keinginan hatinya itulah telah memberikan satu sirna dalam hidupnya.

"Nur Farah Elisya...." Dia menyeru nama tunangnya itu dengan perlahan sebelum tersenyum. Kau memang dah buat aku gilalah!

"Woi Emil, tengah angau nampak!"

Emil tergamam dengan teguran tersebut. Dia terus meletakkan bingkai gambar tersebut sebelum memandang kearah suara yang menegurnya sebentar tadi. Dia membuat wajah serius apabila terpandangkan wajah adiknya itu.

"Hello my brother, can you knock the door before you're coming into my room? Didn't I had told you before about this, right?? Arey, ni office bukan di rumah and even kalau kat rumah pun, please!" tegas Emill. Dia melabuhkan duduknya di sofa yang telah disediakan di bilik pejabatnya itu. Nazreil mengangkat bahu sebelum turut melabuhkan duduknya di hadapan abangnya itu.

"Hello bro, aku dah ketuk okay pintu. Kau je yang tak dengar. Sibuk dengan angau pada fiancée kau tu. Memang teruk betullah kau ni! Aku bukan main ketuk siap dengan salam apa semua lagi. Kau tak dengar, aku pulak yang kena sembur. Unfair betul kau ni!" balas Nazreil sambil meletakkan document yang dibawanya sebentar tadi di atas meja kaca dihadapannya. Dia memandang kearah abangnya itu sebelum tersenggih.

"Hah. Tak payah nak buat muka kau macam tu. Muka kau yang sememangnya tak handsome tu makin menjadi-jadi tak handsome bila kau buat macam tu. Kau tak payah nak bersusah payah nak fikir nak balas apa yang aku cakap tadi. Jangan bimbang. Adik kau sorang ni memang lebih daripada tahu. Well, cinta pandang pertama katakan. Hah. Tak sangka aku. Wujud jugak eh cinta tu. Aku ingatkan dalam cerita je yang ada tapi tak sangka abang aku pun terkena." Nazreil semakin giat mengenakan abangnya itu. Dia hanya mengangkat bahu apabila melihat jelingan abangnya.

"Kau diam Arey. Jangan nak bercakap banyak. Yang kau datang sini, kau nak apa??" Soal Emil. Seboleh-bolehnya dia ingin menggelakkan diri daripada terkena dengan adiknya itu. Nazreil memang pandai dalam bab mengenakan orang. Memang bahaya kalau isi hatinya itu dapat dibaca oleh adiknya dengan banyak.

"Huhu, Nampak macam nak mengelak je, bro?" giat Nazreil.

"Tengku Elfian Nazreil. Shut up before I.."

"Okay. Okay. Tengku Emil Dazrein. Janganlah nak angin satu badan. Aku datang sini sebab aku nak bagi document ni kat kau. Wei, minggu depan aku dah habis praktikal aku kat sini so aku nak serahkan awal-awal kat kau document ni. Aku malas nak simpan lama-lamalah." Nazreil menyampuk sebelum Emil menghabiskan ayatnya itu. Emil hanya menggelengkan kepalanya sebelum mengambil document yang dimaksudkan oleh adiknya itu diatas meja lalu membelek untuk melihat isi-isinya. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda berpuas hati dengan kerja yang dilakukan oleh Nazreil. Salah satu kebolehannya yang terdapat pada Nazreil ialah kecekapan dan kekemasan yang dilakukan oleh Nazreil apabila kerja diberikan kepadanya walaupun dia terkenal sebagai 'playboy malaya' tetapi adiknya itu tahu masa-masa dia untuk serius dengan hidupnya. Sekali lagi dia menganggukan kepala sebelum meletak kembali fail document tersebut. Dia memandang kearah Nazreil yang ralit bermain handphonenya sambil tersenggih-senggih. Ni tak lain tak bukan bermesej dengan 'aweks'. Dasar playboy!

"Bukan kau patut bagi pada cik Sarifah ke??" soal Emil. Nazreil mengangkat bahu.

"Aku malaslah nak bagi kat dia. Bukan kau tak tahu yang aku ni kurang suka kat dia. Asyik nak mencari kesalahan aku jer." Luah Nazreil pada abangnya itu.

"Kau tak boleh sangat nak layan hati kau tu. Nanti, kau akan kerja kat sini jadi tolong ingat-ingat sikit. Jangan nak bermasam muka dengan pekerja kita. Kalau bukan merekalah, jangan harap perniagaan kita ni nak berjalan. Kau faham tak??" Balas Emil. Cuba menasihat adiknya itu.

"Alah kau ni bila membebel memang serupa terus dengan papalah. Ish, kau memang anak papa. Huh, aku memanglah tak nak bermasam muka dengan dia. Tapi dia yang mula dulu. Bukan main sedap dia jer nak menengking aku. Apa, dia ingat ni bapak dia punya syarikat ke nak tengking-tengking aku. Kalau ada alasan yang kuat, aku boleh terimalah tapi kalau setakat nak lepas perasaan kat orang bawahan janganlah wei. Mentang-mentang aku budak bawahan plus budak praktikal, senang-senang dia jer nak buat kita macam kuli dia. Entah-entah memang macam ni pun dia layan budak-budak praktikal yang pernah buat kat sini dulu. Yang tu aku tengok macam imun benar. Tak rasa bersalah langsung nak tengking orang sesuka hati. Sudahlah tak minta maaf bila sedar diri tu salah." Sekali lagi Nazreil meluahkan hatinya. Emil menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Budak ni, cakap aku ni suka membebel, diri sendiri tak sedar!

"Kau pun satu, yang kau memandai tak nak orang syarikat ni tahu kau tu anak papa, kenapa?" soal Emil tetiba. Dia pun pelik bila diberitahu oleh Nazreil bahawa dia tidak ingin pekerja-pekerja di syarikatnya tahu mengenai status hubungannya dengan papanya kecuali beberapa orang pekerja iaitu salah satunya setiausahanya.

"Aku tak naklah orang dalam syarikat ni layan aku special sangat. Aku tak selesalah. Lagipun, aku nak tengok dulu macam mana sikap pekerja-pekerja kat syarikat papa kita ni. Entah baik ke tidak. Lagipun, aku malaslah nak heboh-heboh. Nanti bila aku dah confirm kerja kat sini, kau bagitahulah kat dorang. Aku malas. Sudahlah Mil, aku nak keluar lunch. Kau tu jangan lupa nak lunch pulak. Aku tahulah kau dah kenyang merenung buah hati kau tu tapi bro, badan kau pun perlu tenaga jugak! Dah, aku blah dulu. Jumpa kau kat rumah!" Nazreil menghabiskan ayatnya sebelum bangun dan melangkah keluar dari bilik pejabat meninggalkan Emil yang tersenyum-senyum memandang langkah Nazreil. Dia menggelengkan kepala. Arey. Arey. Otak kau memang senggal!

"Oh, before aku terlupa bro. Lusa mama nak kita balik Terengganu. Jangan tanya aku kenapa. Kalau kau nak tahu, kau tanya mama. By the way, kau tak payah nak bersoal banyaklah. Aku tahu yang kau nak sangat balik ke Terengganu. Yelah, awek kau ada kat sana, kan!" Nazreil melepaskan ketawanya di muka pintu bilik Emil bila melihat abangnya itu mengetap bibir.

"Assalamualaikum bro!" Nazreil terus meninggalkan abangnya itu dan sempat menegur setiausaha abangnya sebelum beredar dari situ.

"Em, Terengganu??" bisik Emil dengan senyuman dibibir. Sayang, wait for me, okay!


*

Harap korang tak cringe sangatlah bila baca novel Daisy ni. Hehee sebab bila Daisy baca balik pun Daisy mengeliat satu badan! Hahaa

Yakin Dengan CintaWhere stories live. Discover now