BAB 3

63 4 0
                                    

Last update for tonight! Enjoy!

~


"Okay, kita jumpa esok dan jangan lupa soalan yang saya bagi sebentar tadi. Balik rumah, study silibus tu! Esok kita menjawab soalan!"

Pelajar-pelajar 6A2 mula mengeluh mendengar kata-kata cikgu sejarah mereka atau yang lebih mesra dipanggil Teacher Lee. Nabila meletakkan kepalanya diatas meja. Entah apa yang dia nak jawab esok!

"Weh, petang nanti kita stay nak?" Ajak Ashifa sambil memandang Syera, Eleeya dan Nabila yang duduk sebaris dengannya itu. Syera memuncung sambil berfikir manakala Nabila masih seperti tadi.

"Aku on jer," Sahut Eleeya.

"Kau nak stay tak Farah??" Tanya Eleeya pada Farah dihadapan itu yang sudah memusingkan badannya kebelakang memandang mereka. Farah berfikir sejenak sebelum menganggukkan kepala.

"Aku pun on jer,"

"Okay! Kalau macam tu petang ni kita stay!" Ashifa tersenyum senang.

"Eh aku tak kompen lagi aku nak stay ke tak petang ni! Aku banyak kerjalah kat rumah. Korang pun tahu macam mana keadaan family aku," sampuk Syera tiba-tiba.

"Ha'ah. Lupa! Em, kau pulak Nabil? Kau nak stay tak??" tanya Eleeya pada Nabila. Nabila mengangkat bahu dengan kepalanya masih atas meja. Farah menggelengkan kepala.

"Woi mak cik, boleh tak kau jangan protes sangat. Setiap kali teacher Lee nak buat test, mulalah tunjuk protes dia tu," Farah mengambil buku rujukan Sejarah diatas meja Eleeya lalu memukul bahu Nabila yang masih belum mengangkat kepalanya. Eleeya menggeleng.

"Sudah-sudah! Petang ni kau stay sekali. Jangan nak jadi pemalas!" Eleeya mula menunjukkan sikap memaksanya itu. Nabila terus mengangkat kepalanya lalu memandang Eleeya yang berada disebelah kiri. Eleeya tersenggih.

"Amboi sedap je kan kau nak panggil aku mak cik? Sejak bila pula aku kahwin dengan pak cik kau?? Lagipun, cik Eleeya Qaisya binti Mohd Khalid, aku tak cakap pun yang aku tak nak stay. Sesedap je kau nak panggil aku pemalas, kan? Kaulah yang pemalas! Bukan aku okay!" Balas Nabila. Dia mengangkat mukanya lalu menjeling Eleeya yang sudah tersenggih.

"Alolor.. janganlah nak sentap Nabil,"

"Okay! Kalau macam tu, tak kiralah siapa yang nak stay dan siapa yang tak nak stay. Yang penting aku nak stay. Kalau aku balik pun, bukannya aku ada nak buat apa-apa." Farah, Eleeya, Nabila dan Syera memandang kearah Ashifa dengan pandangan pelik.

"Aik sejak bila kau jadi rajin semacam ni??" Soal Farah.

"Entah. Mambang mana yang sampuk kau ni?" Sambung Syera. Eleeya dengan Nabila menganggukkan kepala mengiakan apa yang diperkatakan oleh temannya itu.

"Amboi, ayat korang ni buat aku nampak pemalas sangat kan sebelum ni??" Balas Ashifa.

"Memang pun!" sampung Eleeya pantas. Ashifa mencebik memandang Eleeya manakala yang lain hanya tersenyum.

"Ceh ayat! Okay okay. Aku tahulah aku ni pemalas. Kau kan rajin, baik, budak gila belajar dan sewaktunya. Aku ni apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kau,kan??"

Eleeya tersenggih.

"Cis ayat.. sendu aku mendengarnya!" sampuk Nabila. Farah menggelengkan kepalanya memandang telatah mereka yang seperti kebudak-budakkan.

"Woi mak mak datin sekalian, jangan nak buat drama hidustan kat sini!" Farah menghentikan perbualan mereka.

Mereka terus berbual kosong sambil menunggu cikgu subjek BM masuk ke kelas. Inilah aktiviti harian mereka jika menunggu cikgu masuk ke kelas. Lepak dan berbual kosong. Memang masing-masing tak 'sedar diri' exam dah nak dekat. Lima minit selepas itu, perbualan mereka terhenti apabila cikgu subjek Bahasa Melayu mereka, cikgu Fazimah, mula menunjukkan muka di muka pintu kelas.

Yakin Dengan CintaNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ