BAB 12

59 5 0
                                    

ADA APA ANTARA NAZREIL X ELEEYA NI... :3

~~~


"Oi, cemburu ke?"

Senyuman Eleeya mati dengan teguran yang datang dari sebelahnya. Dia mengeluh perlahan. Tahu sangat mamat senggal itu yang menegurnya. Memang dari tadi lagi dia menahan sabar dengan lelaki itu. Suka memandangnya dengan senyuman sinis dan gatal. Begitu juga semasa mereka berada di atas pelamin. Setiap kali pandangan mereka bertemu pasti lelaki itu memberikan senyuman yang sukar dimengertikan olehnya. Dia naik bingun sehingga membuatkan dirinya berasa panas dari kebiasaannya. Sebab itulah kipas yang sepatutnya digunakan untuk mengipas pengantin, dia gunakan untuk dirinya. Bila teringatkan semua itu membuatkan dia 'kesian'kan Farah yang menahan panas. Tapi, waktu itu dia lagi panas!

"Cemburu apa?" soalnya perlahan. Lelaki itu mengangkat tangannya lalu ditujukan kearah pegangan pasangan pengantin dihadapannya. Eleeya berkerut.

"Apa hal pulak saya nak cemburu dengan semua tu? Macamlah saya ni scandal abang Emil,"

Nazreil terangguk-angguk. Dia tersenyum sendiri dengan perlakuan gadis disebelahnya itu. Nampak seperti tidak menyukai dirinya tapi setiap soalan yang ditanya olehnya pasti mendapat sambutan. Kadang-kala dia bingung. Dia tidak boleh membaca apa yang terdapat dihati gadis itu sehingga setiap kali dia membuat tekaan, pasti tekaannya itu salah. Padahal, sebelum ini dia pandai untuk membaca hati seseorang itu hanya melihat reaksi di wajah mereka tapi gadis yang masih tidak diketahui nama di sebelahnya itu betul-betul menarik perhatiannya. Dia tidak boleh membaca apa dihati gadis itu dan dia terasa tercabar. Dia akan pastikan yang dia boleh membaca reaksi gadis itu nanti. Dia akan pastikan!

"Awak nak saya pegang tangan awak macam Emil buat dekat isteri dia tak?"

Eleeya meluaskan matanya memandang kearah lelaki itu. Inilah yang membuatkan dia betul-betul menyampah dengan lelaki itu. Langsung tidak menggunakan otak bila bercakap. Dia menjeling.

"Trylah kalau kau nak kena penampar aku!" balas Eleeya kasar sebelum meninggalkan Nazreil dan berjalan kearah Nabila dan kawan-kawannya yang lain yang sudah mengamit memanggil dia untuk makan bersama.

Nazreil tergaman. Inilah kali pertama gadis itu bercakap dengan kasar padanya padahal selama dia mengenali gadis itu, dia langsung tidak pernah mendengar gadis yang sudah menarik perhatiannya sedikit demi sedikit ber'aku' ber'kau' dengannya. Ceh ayat.. macam mereka dah berkenalan bertahun-tahun padahal baru jer beberapa jam mereka berjumpa. Itu pun dalam situasi yang 'tak normal'. Dia tersenyum bila teringatkan accident yang berlaku diantara mereka.

Waktu itu dia datang ke rumah isteri abangnya, Emil, untuk mengambil sesuatu yang diminta oleh mamanya. Pada mulanya, Emil menawarkan dirinya untuk mengambil barang tersebut tetapi telah ditenggah oleh mamanya. Kata mamanya, tidak manis pengantin lelaki pergi ke rumah pengantin perempuan sebelum majlis. Lagipun, abangnya itu sekarang berdarah manis. Takut pulak jika terjadi perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Bila dia sampai di rumah Farah, dia berjumpa dengan mak cik Ain, mertua Emil untuk mengambil barang tersebut. Dia diberitahu barang itu berada di dapur dan saat itulah dia berjumpa dengan gadis itu. Saat dia berlari menuju kearah dapur dia berlanggar dengan gadis itu yang ingin keluar dari dapur sehingga dan disebabkan badannya yang sasa itu telah menyebabkan gadis itu terjatuh lalu tertarik tangannya untuk mengelakkan dirinya dari tejatuh tetapi dalam keadaan dirinya yang juga tidak stabil turut menyebabkan dia turut sama terjatuh dan menindih tubuh gadis tersebut.

Selepas itu, hampir sepuluh minit mereka 'berperang mulut' siapa yang bersalah dalam hal itu. Dia tahu itu salahnya kerana berlari untuk ke dapur. Salahnya kerana dia terlanggar gadis itu tapi dia tak setuju bila gadis itu menyatakan bahawa dia sengaja mengambil kesempatan keatas dirinya. Dengan pantas dia menyangkal perkara tersebut dengan memberitahu bahawa gadis itu yang tertarik lengannya lalu dia jatuh dan menindihnya. Bila melihat gadis tersebut terdiam seperti memikirkan sesuatu, dia mula menggunakan kaedah lain iaitu mengusik gadis tersebut. Melihatkan wajah merah seperti menahan marah dan malu membuatkan dirinya seronok untuk mengusik. Sehingga sekarang, dia mengusik gadis itu bila mempunyai kesempatan dengan mengatakan gadis itu yang juga mengambil kesempatan keatas dirinya yang suci itu kerana menyukainya. Bila teringatkan semua itu dia pasti akan tergelak kecil.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 07, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Yakin Dengan CintaWhere stories live. Discover now