BAB 1

85 4 0
                                    

Welcome to the first chapter guys!

~


"Korang, aku ada something nak cakap kat koranglah."

Eleeya, Nabila, Syera dan Ashifa yang sedang rancak berbual melepaskan padangannya kearah Farah. Eleeya tersenyum memandang Farah cuba memberikan semangat. Dia tahu apa yang ingin diperkatakan oleh sahabatnya itu sementelah mereka sudah berbincang semalam di telefon mengenainya. Farah memberikan senyuman kepada sahabat-sahabat baik dihadapannya itu untuk menutup kegugupan yang sarat dihatinya.

"Apa?" soal Syera.

"Ye. Apa yang kau nak cakap ni Farah? Skema pulak aku tengok kau macam ni." Sampuk Nabila.

"kau nak.."

"Ish, korang ni, cuba korang dengar je apa yang cik kak kita ni nak cakap jangan nak menyampuk je." Tanpa sempat Ashifa ingin menghabiskan ayatnya, Eleeya terus menyampuk. Dia hanya memberikan senyuman manis kepada Ashifa yang sudah meluaskan matanya memandang Eleeya.

Farah diam sejenak sebelum melabuhkan duduknya disebelah Eleeya. Dia memandang satu persatu wajah temannya itu sebelum melepaskan keluhan. Akhir-akhir ini dia banyak melepaskan keluhan. Syera dan Nabila sudah memandang sesama sendiri dan mengangkat kening kemudian mereka memandang kepada Ashifa dan dia hanya mengangkat bahu. Eleeya tersenyum kemudian memegang tangan Farah supaya dia dapat memberi sedikit semangat kepada temannya itu yang sedang kelihatan gementar disebelahnya. Farah mengangkat muka kemudiannya memberi senyuman kepada Eleeya.

"Wait a second, don't tell us yang you guys terjebak dengan LGBT??! Farah? Kau ada hubungan istimewa ke dengan Leeya?? Oh my god!"

Sebelum sempat Farah membuka mulut, Nabila terlebih dahulu berkata. Mulut Farah sudah pun terbuka luas manakala Eleeya menjatuhkan kepalanya di atas meja. Ashifa dan Syera sudah menutup mulut mereka daripada melepaskan ketawa mereka. Farah menggelengkan kepala.

Aduhai, makcik ni sorang memang otak tak betul ke apa? Ada ke patut dia cop aku dengan Leeya termasuk dalam golongan LGBT? Senget betullah budak ni!

"Woi mak cik, sesedap mulut hang je nak habaq aku ni LGBT! Amboi, mulut tak dak insurans betui na!" Eleeya meleparkan pemadam yang berada di atas meja kepada Nabila yang sudah pun melepaskan ketawanya.

"Alah, aku gurau jelah! Yang kau sentap sangat ni, asal??" Jawab Nabila.

"Tak sentap kau cakap? Wei, kalau crush aku dengar kan tak pepasal saham aku turun. Kau nak bertanggungjawab??" balas Eleeya. Farah tersenyum.

Oo rupanya budak ni still nak kan dia rupanya. Huhuhu, siap kau Lee, adalah nanti aku nak jadikan bahan untuk usik kau! Hahaha..

"Eleh, siapa sangatlah crush kau tu. Ceh! Tak heranlah wei kalau setakat ustaz kau tu!" Nabila menjelirkan lidahnya. Eleeya menjeling.

"Hah! Nak kata orang, baik akulah ustaz daripada kau budak skema macam tu pun kau nak jadikan crush! Entah apa-apa!"

"Woi budak-budak! Aku nak dengar apa yang si Farah ni cakap. Tak habis-habis nak bergaduh korang berdua ni. Macam kucing dengan anjing! Berjumpa je terus bertekak. Haih, kenapalah orang macam korang ni wujud jugak, ya? Memeningkan kepala orang betullah," sampuk Syera. Nabila dan Eleeya memandang antara satu sama lain sebelum kedua-duanya tersenyum jahat.

"Amboi si kecik ni, pandai-pandai je nak nasihat kan orang ye. Budak kecik jangan nak masuk campurlah hal-hal orang besar eh. Duk diam-diam!"

Farah tersenyum kecil mendengar ayat Nabila. Syera memuncungkan mulut mendengarnya.

Yakin Dengan CintaWhere stories live. Discover now