BAB 6

26 3 0
                                    

Bab kali totally just moments antara Emil dan Farah and nothing more.

~~


"Kenapa Lisya tak call abang kelmarin??"

Soalan daripada Emil telah memecahkan suasana sunyi diantara mereka. Waktu itu, mereka berada di Bukit Kluang. Farah mengetap bibir. Entah macam mana lah dia boleh bersetuju dengan ajakan lelaki disebelahnya itu untuk keluar bersamanya.

"Lisya dengar tak apa yang abang cakap ni??"

"Hah? Err Lisya dengar." Farah menutup mulutnya apabila dia tersedar yang dia telah membahasakan dirinya dengan panggilan yang digunakan oleh Emil padanya. Emil yang mendengar tersenyum nipis.

"So, kenapa Lisya tak call abang?"

"Farah bukan.." belum sempat Farah menghabiskan ayatnya, Emil terlebih dahulu menyampuk.

"Lisya. Abang nak Lisya bahasakan diri Lisya dengan Lisya bukan Farah. Abang tak nak sama dengan orang lain. Abang nak special case sikit. Elisya hanya untuk abang je. Hanya abang yang berhak panggil Lisya dengan nama Elisya. Dan mulai hari ni, abang nak Lisya panggil abang dengan panggilan abang. Tak nak ber'awak' 'saya', okay sayang??"

"Ish, tak naklah panggil awak abang," balas Farah cepat. Emil memandang Farah.

"Kenapa? Tak salah pun kan??"

"Tak naklah. Saya tak biasa!"

Emil menggelengkan kepalanya perlahan. "Memanglah mula-mula tak biasa tapi lama-lama nanti Lisya biasalah. Lagipun, time nilah Lisya kena practice panggil abang dengan panggilan 'abang'. Barulah tak tergeliat lidah tu nak panggil abang bila kita kahwin nanti, sayang oi!" "Nanti kahwin saya panggilah awak dengan panggilan abang. But, sekarang saya still tak bolehlah."

"Lisya ni pelik betullah. Kalau practice sekarang kan senang nanti."

Farah memuncung. Geram dengan sikap lelaki di sebelahnya itu. "Kalau macam tu, apa kata kalau saya panggil awak abang Emil nak? Hah, nanti bila kahwin saya buanglah nama dibelakang tu. Tapi sekarang saya panggil awak abang Emil. Macam mana??" Farah memandang Emil dengan wajah berharap. Emil menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.

"Alah, kenapa pulak??"

"Kalau Lisya panggil abang dengan panggilan abang Emil, abang rasa macam yang Lisya ni adik abang. Abang tak nak. Kalau Lisya tak nak panggil abang dengan panggilan 'abang' tak apa. Lisya kata nak guna panggilan tu bila kahwin kan? Okay, abang setuju tapi walau apapun abang nak Lisya bahasakan diri Lisya dengan nama'Lisya' bukan 'Farah'. Baru nampak sikit special dalam hubungan kita ni."

Farah meleparkan padangan kearah pantai yang terbentang luas dihadapannya itu. Dia sebenarnya keliru dengan hubungan mereka sekarang. Ikatan yang berlaku antara mereka atas permintaan kedua-dua ibu bapa mereka. Bukannya atas kehendak mereka sendiri. Bukan kehendaknya malah dia tahu ikatan ini juga bukan atas kehendak Emil. Tetapi, sikap yang ditunjukkan oleh lelaki itu menyebabkan dia keliru. Adakah lelaki itu mencintainya ataupun hanya ingin menjalankan tanggungjawabnya? Tapi tanggungjawab apa yang perlu dia jalankan? Dia bukannya isteri lelaki itu. Dia hanya tunangnya. Farah melepaskan keluhan perlahan. Kalau betul lelaki itu mencintainya, bagaimana pula dengan dirinya. Adakah dia juga mencintai lelaki itu??

Emil memandang Farah yang kelihatan seperti memikirkan sesuatu. Dia tersenyum. "Lisya fikirkan apa??"

Farah tersentak. Dia memandang Emil yang semakin hampir dengannya itu. Dia hanya menggelengkan kepala. "Tak fikirkan apa-apa pun." Balasnya perlahan. Emil menarik nafas panjang. Dia menarik tangan Farah sehingga menyebabkan Farah terkaku.

"Jom kita pergi duduk. Takkan nak berdiri dekat sini je. Banyak benda yang perlu kita bincangkan mengenai kita, Lisya," ujar Emil sambil berjalan menuju kearah salah satu kerusi kayu yang terdapat berdekatan dengan mereka. Tangan mereka masih bersatu malah Farah juga tidak faham dengan dirinya itu. Dia yakin, dia akan merentap tangannya jika lelaki bukan mahramnya memimpin tangannya itu tetapi bila Emil memegang tangannya dia menjadi kaku. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan dan akhirnya dia hanya membiarkan pegangan tangan Emil pada tangan kirinya itu. Dia hanya menurut. Muka Farah berkerut. Takkan mamat ni dah bomohkan dia kot sampai dia tidak boleh menolak perlakuan lelaki itu.

"Okay, first of all, abang nak tahu kenapa Lisya tak call abang semalam? Lisya still tak jawab soalan abang tadi," soal Emil selepas mereka melabuhkan duduk di kerusi kayu tersebut. Emil memandang Farah sambil tangannya melepaskan pegangan pada tangan Farah perlahan.

"Faa..Err Lisya bukan tak nak call awak tapi Lisya terlupa. Lisya sibuk buat homework semalam sampai terlupa nak call awak. Lisya minta maaf." Jelas Farah perlahan. Dia mengangkat muka memandang Emil yang masih memandangnya itu. Emil tersenyum sambil menganggukan kepalanya tanda mengerti.

"Okay. Kalau macam tu abang nak nombor Lisya. Kali ni Lisya jangan nak banyak soal dengan abang," Emil menghulurkan tangannya meminta telefon milik Farah. Pada mulanya Farah serba salah ingin menyerahkan telefonnya pada Emil tetapi apabila Emil membesarkan matanya , Farah terus meletakkan telefonnya itu di telapak tangan Emil. Emil tersenyum puas hati. Emil mendailkan nombor telefonnya dan sesaat itu kedengaran deringan lagu 'Percaya Padaku' dari telefonnya. Farah hanya memandang gelagat Emil yang sibuk bermain telefonnya itu.

"Awak jangan bukak folder picture sebab ada picture Lisya dengan kawan-kawan saya yang lain tak pakai tudung. Please, kali ni Lisya mintak sangat dengan awak." Tiba-tiba Farah bersuara bila dia melihat Emil mula membuka gallery telefonnya. Emil yang mendengar serta merta memberhentikan tangannya daripada menekan 'open'. Dia menganggukan kepalanya. "Okay. Sorry abang tak tahu.." Balas Emil lalu menyerahkan telefon kepada tunangnya kembali.

"Jom kita bergambar bersama,"

Farah tercengang mendengar arahan lelaki itu. Emil tersenggih dan tanpa menghiraukan Farah, dia membuka camera telefonnya lalu mendekatkan dirinya dengan Farah. Farah menjarakkan dirinya. "Alah tak naklah." Tolak Farah perlahan. Emil memandang Farah.

"Please. Kali ni je. Abang janji. Abang nak buat kenangan jer. Bolehlah Lisya," pujuk Emil sambil menayangkan wajah kesian kepada Farah. Farah mula serba salah.

"Please. Please. Please."

"Okay. Okay. Tapi sekali je tau." Akhirnya Farah mengalah. See, dia langsung tidak boleh katakana 'tidak' pada lelaki itu. Farah memandang Emil yang sedang tersenyum lebar memandangnya tanda puas hati. Emil mendekatkan dirinya kembali pada Farah. Kedudukan mereka yang jauh itu menjadi dekat sehingga menemukan bahu Farah di lengan sasa milik Emil. Tanpa persediaan daripada Farah, Emil mengangkat tangannya lalu memeluk bahu Farah dan membelokkan sedikit kepalanya kearah kepala Farah. Farah terkaku. Dia tidak pernah berada di situasi seperti sekarang. Jantungnya berdegup kencang seperti sedang berlari daripada dikejar anjing. Dia kaku.

"Sayang senyum. Jangan kaku. Nanti tak perfect picture kita. Kalau tak, abang nak kita ambil semula sampailah abang puas hati. Baik Lisya senyum. Lisya relax okay." Ujar Emil perlahan. Perlahan-lahan Farah tersenyum malu memandang kearah camera dihadapannya yang diangkat tinggi sedikit. Dia tidak mahu mengambil gambar buat kali kedua dengan Emil jadi dia hanya menurut. Akhirnya gambar mereka diambil. Emil menjarakkan kepalanya daripada kepala Farah tapi tangannya masih di bahu tunangnya itu malah kedudukan mereka masih dekat sepeti tadi. Emil tersenyum puas hati melihat hasil gambar mereka berdua. Perfect! Walaupun tunangnya itu tersenyum malu-malu dalam gambar tersebut tapi dia tetap berpuas hati. Tunangnya itu memang comel!

"Okay tak?" tanya Farah perlahan. Dia menjenguk sedikit kepalanya untuk melihat hasil gambar tersebut. Emil menunjukkan gambar tersebut kepada Farah dengan senyuman yang mekar dibibir. Farah mengetap bibir memandang gambar tersebut. Kenapa mereka nampak mesra sangat sedangkan mereka tidak mempunyai perasaan di antara satu sama lain? Tapi betul ke yang mereka tidak mempunyai perasaan itu dalam diri mereka??


***


Just a simple moments. :3

Yakin Dengan CintaWhere stories live. Discover now