- T W O -

1.8K 257 104
                                    

When I think of you
Even if you’re in a place
Where I can’t touch you
I can feel you

. . .

Hena menggulingkan matanya ke atas apabila orang yang sama datang dan chat dia. Dia menekan ruangan chat itu dan membacanya dengan penuh meyampah.

Jaehyun

Hena..
I rindu..
jangan bluetick pleasee

blah kau
jangan kacau hidup aku dah
mana gerlpren kau tu?

Girlfriend?
I manada girlfriend selain you

taik kau
sarang burung pipit kau tu la bengap

sarang takde
Hena je ada

tanggal 10 haribulan 5 pada pukul 10:06 malam, kita breakup wahai Jung YoonOh.


Tanpa menunggu Jaehyun membalas mesej itu, Hena cepat-cepat menekan butang block.

"haih dia ni gila ke apa meroyan tak tentu pasal kat aku" keluh Hena.

"gila talak" Hena meletakkan telefonnya lalu berjalan keluar ke balkoni biliknya.

"aku kena cari pengganti Jaehyun cepat-cepat supaya aku boleh lari dari Jaehyun and takkan fall kat dia dah" kata Hena sambil merenung rumah Jaehyun yang berada di hujung simpang rumahnya. Ya, mereka berjiran.

1 bulan kemudian..

[di sekolah]

Hena berjalan ke kantin seperti biasa diikuti kawan-kawannya iaitu Aera, Yerin dan Hyerin.

"Aera, pinjam duit boleh? aku lupa bawak duit aku la" kata Hena.

"ishh nah, pelupa teruk kau ni" kata Aera lalu menghulur duit kepada Hena.

"thank youuu, nanti aku ganti eh"

Hena pun beratur dan menunggu giliran untuk membeli makanan. Sedang dia menunggu gilirannya, dia sedar yang dia berdiri betul-betul di belakang 'budak comel' kesayangannya.

"budak comel tu lah!" kata Hena dengan perlahan. Hena menjengket sedikit untuk melihat muka pelajar itu.

Tiba-tiba budak comel itu pusing ke belakang dan sempat melihat Hena yang menggelabah semacam. Hena terus kaku seperti patung, nasib baik dia tak sedar yang Hena sedang berusaha nak usya muka dia.

Budak comel itu berlalu pergi dengan senyuman senget di bibir tetapi tidak disedari Hena. Muka Hena mula membahang lalu tersedar apabila seseorang menolaknya.

Selepas habis membeli makanan, mereka pun pulang ke kelas dan makan di dalam kelas dengan gembira.

Semasa Hena menikmati makanannya tiba-tiba muncul geng Johnny Suh. Hena perhati dan mencari-cari kelibat seseorang. Gadis itu tersenyum kambing apabila dia telah jumpa pelajar yang dicarinya.

"weh korang nak tau tak siapa crush baru aku?" soal Hena.

"siapa?"

"budak comel"

"budak comel? siapa? gosh kau jangan cakap kau suka Jungwoo aku" kata Aera.

"tu haa yang tengah-tengah antara Johnny dengan Lucas, comelkan?"

"aku dah lama usya dia, aku pernah cakap kat Yerin yang dia ni comel" tambah Hena, Yerin mengangguk tanda setuju.

Flashback

[C] You | Kim DoYoungWhere stories live. Discover now