- F I F T Y N I N E -

1.5K 190 180
                                    

"S-sayang.." Doyoung mula membaca surat dari Hena itu.

Dear...sayang saya >3

Sayang buat apa tuuuu? Kemas beg? Nak pergi mana? Duduk dengan NCT? Hehe. Saja je main tulis tulis surat, best pulak. Kesayangan Hena ni sihat tak? Jangan sakit sakit tau hm? Kalau rajin baca, teruskan. Banyak saya nak cakap dengan awak melalui surat ni. Kalau Doyo dah jumpa surat ni, maknanya Hena kesayangan awak dah takde di sisi awak. Jangan menangis sayang. Macam mana saya tau?

Kim dongyoung.. saya dah lama tau benda ni akan terjadi. Hyerin dah bagitau segala rancangan jahat YeEun. Jangan marah Hyerin, dia dah pesan dekat saya suruh bagitau awak. Tapi saya taknak awak stress, risau sebab saya :) janganla awak marah Jaehyun pulak. Bukan backup ye sayang, cemburu pulak nanti. Jaehyun tak terlibat, memang Jaehyun komplot dengan YeEun tapi rancangan bunuh membunuh ni bukan Jaehyun, hanya YeEun.

Sayang.. saya tau awak tak kuat langsung hadap benda ni, saya mintak maaf sebab mungkir janji. Tapi sayang mintak sangat awak kuatkan semangat demi anak kita. Oh ye, anak kita sihat? Alolo mama nak sangat jumpa Nayoung. Hehe saya tau awak akan bagi nama dia Nayoung. Terima kasih sayang ! Sebab segalanya yang awak berikan kat saya. Jaga anak kita elok elok, jangan tinggal dia sorang sorang, selalu ada dengan dia susah senang. Ingat, dia dah takde saya, awaklah yang akan ganti saya. Saya percayakan awak Doyoung. Selamat tinggal kekasih sehidup sematiku.

Kim Hena.

Doyoung cuba menahan dirinya daripada menangis. Dia melipat kertas itu dengan kemas dan menyimpannya di dalam dompetnya. Dia menarik nafas yang dalam dan mengambil beberapa keping gambar tadi.

Gambarnya bersama Hena waktu di sekolah, di universiti, majlis perkahwinan mereka dan gambar ultrasound Nayoung.

Doyoung tersenyum lemah, berlegar legar bayangan Hena di dalam mimpinya haritu berpesan supaya tidak menangis. Dia mengambil botol susu yang berada di dalam beg dan berlari turun ke bawah mendapatkan anaknya.

"Eh Doyoung, dah pack ke?"

"Kejap!" Kata Doyoung yang berlari ke dapur membasuh botol susu. Kemudian dia membancuh susu untuk anaknya.

"Nayoung mana Nayoung?" Tanya Doyoung kepada Taeyong.

"Dekat Mark, Mark tengah main dengan Nayoung" Doyoung pun masuk ke dalam bilik diikuti Johnny dan Taeyong.

"Uuuuucak!" Mark sedang bermain bersama Nayoung yang masih kecil.

"Alaaa kenapa dia tak gelak, bang?" Tanya Mark sedih.

"Dia kecik lagila, umur macam dia tau tidur je" kata Doyoung lalu mengangkat anaknya perlahan.

"John, snap gambar aku dengan Nayoung boleh? Ni botol susu Hena beli, aku jumpa dalam bilik" kata Doyoung sambil menghulurkan telefonnya. Johnny mengangguk.

"satu.. dua.. tiga!"

[Skip]

"Aiguuu tak sabarnya tunggu Nayoung besar, nanti bolehla aku bawak dia jalan jalan" kata Taeyong gembira sambil memandu.

"Eh aku la yang bawak, nanti besar mesti dia pilih aku as pakcik terbaik" kata Johnny bangga.

"Kau tu bini mengandung kan? Haa jaga anak kau tu je, anak orang lain takyah sibuk" balas Taeyong, Johnny terdiam.

[C] You | Kim DoYoungWo Geschichten leben. Entdecke jetzt