- T H I R T Y F O U R -

1.1K 163 71
                                    

Oh yeah,
I won't wake up.

-Timeless, NCT127

Dah masuk 3 bulan Hena mengandung, kini perutnya semakin berkembang maju ke hadapan AYUH MARA PERUT MARA.

Selama sebulan tu juga Hena dan Doyoung sudah berhenti gaduh atas benda yang sama. Tapi kadang kadang Doyoung akan ungkit jugak.

"Malasnya nak pergi kerja" kata Hena seorang diri sambil memakai bedak di mukanya dengan lemah longlai.

"Malas nak pergi kerja? Mana boleh macam tu, sayang. Nak saya hantarkan?" Hena terus menoleh melihat Doyoung lalu tersenyum.

"BOLEH!"

"Hah cepat siap" Hena pun cepat cepat bersolek sambil tersengih sengih. Tak sabar dia nak pergi kerja dengan Doyoung

"Tapi jangan lupa ambik saya tepat pukul 6:30 petang tau" pesan Hena. Doyoung mengangguk.

Selepas bersiap, Hena dan Doyoung pun pergi ke kerja bersama sama. Sampai saja di depan pejabat Hena, Hena keluar dari perut kereta dan masuk ke pejabatnya. Sempat dia menghadiahi flying kiss kepada suaminya.

Doyoung tersenyum hingga menampakkan giginya lalu membalas flying kiss Hena tadi. Selepas Hena hilang dari pandangan, Doyoung pun bertolak pergi ke pejabatnya.

[Skip]

Semasa Doyoung khusyuk membuat kerjanya, seseorang mengetuk pintu bilik nya.

"Masuk" kata Doyoung yang masih lagi khusyuk membuat kerjanya.

"Boss, ada someone nak jumpa"

"Kan saya cakap, harini saya taknak jumpa sesiapa" kata Doyoung. Dia masih lagi khusyuk membuat kerjanya.

"Saya dah halang boss. Tapi dia tetap nak masuk, katanya dia girlfriend boss. Tapi bukan ke boss dah kahwin?" Tanya pekerja itu. Doyoung melangut pelik.

"Yela saya dah kahwin, girlfriend saya isteri saya je, awak pun kenal kan. Siapa dia senang senang je nak gelar diri dia girlfriend saya? Mana dia?" Tanya Doyoung dingin. Pantang ada orang cuba nak ambik alih tempat isteri kesayangan dia.

"Ni dia" kata pekerja itu. Seorang perempuan melangkah masuk ke dalam bilik Doyoung.

Doyoung melihat perempuan itu sekilas lalu terus membuat kerjanya. Perempuan itu berpakaian tidak cukup kain. Berbaju kuning yang menampakkan bahu serta atas dadanya dan memakai skirt putih sehingga paras atas lutut.

 Berbaju kuning yang menampakkan bahu serta atas dadanya dan memakai skirt putih sehingga paras atas lutut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sakit mata Doyoung melihat perempuan yang berpakaian begitu. Dia sudah selesa dengan style isterinya yang berpakaian biasa tapi tetap cantik.

"Nak apa?" Tanya Doyoung dingin. Kalau nak ambil jadi pekerjanya memang ditolak mentah mentah hanya kerana cara pemakaiannya.

[C] You | Kim DoYoungWhere stories live. Discover now