- F I F T Y E I G H T -

1.2K 172 218
                                    

"Doyoung!" Doyoung terus membuka matanya secara mengejut dan air matanya mengalir jatuh.

"Doyoung, bangun nak, tengok isteri kamu" kata Datin Jung teresak esak menangis. Perlahan lahan Doyoung bangun dari tidurnya.

Terlihat semua orang sedang tertunduk. Doyoung cuba membetulkan posisinya sambil memegang kepalanya yang masih lagi sakit.

Dia teringat mimpi yang baru saja datang berlayar ke kepalanya. Dia menarik nafas yang dalam dan melihat Datin Jung yang menangis sambil menutup muka.

"Mama" panggil Doyoung perlahan.

"DOYOUNG!" Semua orang melihat Doyoung kalut.

"Hena mana ma? Doyoung nak tengok Hena" tanya Doyoung, Datin Jung tidak menjawab.

"John, berapa lama aku pengsan?"

"Baru sejam. Tapi Doyoung.."

"Hena tak keluar lagi, doctor tengah struggle nak selamatkan nyawa baby kau dengan Hena"

"K-kenapa lama sangat?"

"Kau tau kan, Hena mengandung. Kereta dia kena langgar on point kat tempat pemandu. Hena hilang banyak darah and nyawa Hena dengan baby pun 50/50 je" sambung Hyerin pula.

"Kemungkinan doctor tak dapat selamatkan salah sorang, tapi disebabkan doctor kesian kat kau. Dia cuba sedaya upaya"

Doyoung terkelu dan terduduk kembali, dia meraup mukanya dan sekali lagi menangis.

"Kau okay Doyoung? Apa kata kau makan sikit, kau pengsan tadi sebab tak makan" kata Johnny. Doyoung menggeleng perlahan. Tiada selera dia nak makan dalam keadaan macam ni.

"Sayang, sayang dah janji. Kenapa sayang buat macam ni" kata Doyoung seorang diri.

Tiba-tiba seseorang menerjah masuk ke dalam ward. Terlihat muka Hoseok tampak cemas.

"Doyoung! doctor panggil"

Doyoung berlari ke bilik di mana Hena dibedah, terlihat seorang doctor lelaki sedang berdiri di hadapan pintu bilik bedah.

"Doctor, macam mana isteri saya dengan anak saya?" Tanya Doyoung kalut. Doctor tersenyum.

"Tahniah encik" Doyoung mula tersenyum gembira apabila doctor mengucapkan tahniah.

"Bayi perempuan encik selamat dilahirkan" Doyoung tersenyum gembira apabila mendengar kata kata doctor itu.

"Boleh saya tengok isteri saya?" Tanya Doyoung. Senyuman di bibir doktor tadi semakin pudar.

"Encik, kami bertungkus lumus cuba menyelamatkan kedua dua anak dan isteri encik. Tapi encik kena kuat demi anak encik"

"K-kenapa doc?"

"Maaf, kami tak dapat selamatkan dia"

"Isteri encik luka parah, disebabkan dia kemalangan kereta semasa dia mengandung. Dia kehilangan banyak darah.

Kehilangan banyak darah sangat merbahaya kepada wanita mengandung. Kami mintak maaf, tapi kami dah cuba sedaya upaya"

"Terima kasih doc" kata Johnny. Doyoung terduduk mendengar kata kata yang keluar dari mulut doctor itu.

"Oh ye, isteri encik ada kata kata akhir. Dia bagitau dekat nurse tadi"

"A-apadia doc" tanya Johnny bagi pihak Doyoung.

"Isteri encik suruh beritahu encik yang dia sayangkan encik sangat. Itu sahaja" kata doctor itu kemudian menunduk 90 darjah dan berlalu pergi.

"Hena, anak mama" kata Datin Jung lalu terduduk lemah di atas kerusi.

[C] You | Kim DoYoungWhere stories live. Discover now