- T H I R T Y N I N E -

1K 164 47
                                    

Without a sound
You enter into me
And I’m being pulled by you

~

Doyoung membuka matanya perlahan, dia memegang kepalanya. Sakit. Dia melihat sekelilingnya, nampaknya dia bukan di rumah.

Dia melihat di tepinya. Hena sedang tertidur sambil memegang tangannya. Dia tak ingat apa yang berlaku sehingga membuatkan dia berada di sini.

Dia melihat wayar di tangannya.

"Hospital?" Kata Doyoung perlahan, dia cuba bangun perlahan lahan supaya tidak mengejutkan Hena.

"Srrt!" Kepalanya tiba-tiba berdenyut sakit. Dia memegang kepalanya. Akhirnya Hena terjaga juga.

"Eh Doyoung, dah bangun ke? Kejap nak panggil doktor" kata Hena, tapi tangan Hena ditarik oleh Doyoung.

Doyoung menggeleng perlahan. Hena melihat Doyoung lama.

"Kau sakit, biar aku panggil doktor" kata Hena lalu meninggalkan Doyoung terpinga pinga.

"K-kau?" Doyoung terkejut apabila Hena memakai aku kau sebagai ganti nama seperti dahulu.

Akhirnya doktor datang ke arahnya bersama Hena di belakang. Dia hanya memerhati Hena lama sambil doktor sedang memeriksa badannya.

"Alhamdulillah, suami puan dah sedar sepenuhnya, cuma kena rehat sikit lagi"

"Ahh, okay. Bila boleh keluar wad ye?"

"Esok mungkin dah boleh keluar" kata doktor, Hena mengangguk dan menunduk hormat.

Hena kembali duduk di kerusinya, dia tidak mempedulikan suaminya. Sebaliknya dia ralit bermain telefon. Doyoung perhati Hena lama.

"Sayang, kenapa saya ada kat sini?" Tanya Doyoung lembut. Hena melihat suaminya lama.

"Kau lupa ke?" Tanya Hena dingin.

"Kenapa panggil saya macam tu?" Tanya Doyoung.

"Ikut aku la nak panggil apa pun, asalkan aku tak panggil kau babi" sakit hati Doyoung apabila Hena berkata begitu kepadanya.

"By the way, aku dah pesan sebelum ni jangan tipu aku. Tapi tetap jugak tipu, lain kali cakap je la kat aku siapa PA kau. Kan dah menyusahkan aku nak kena jaga kau kat sini" bebel Hena. Doyoung tersenyum paksa.

Tiba-tiba dia mula teringat sesuatu apabila Hena menyebut perkataan 'PA'.

Yang dia ingat hanyalah dia memarahi makcik cleaner kerana menuduh Yeeun meletakkan serbuk pelik di dalam kopinya. Dan akhirnya dia minum kopi itu dan sejak itu dia mula tidak sedar.

"Y-Yeeun buat apa kat saya?" Tanya Doyoung gelabah. Hena berdecit.

"Dah ingat? dia tak buat apa, cuma hampir rogol kau" Doyoung terkejut dengan kata kata Hena, dia tak patut mempercayai Yeeun itu walaupun 0.01%.

"Macam mana aw-"

"Aku upah Aera dengan Taehyung tengokkan kau. Tapi dorang terlepas pandang, so aku sendiri pergi settlekan PA kau tu" jelas Hena.

"Aw-"

KREKKK

Doyoung dan Hena serentak memandang ke arah pintu. Hena bangun dan menunduk hormat sambil tersenyum manis.

"oh, hai Donghyun" sapa Hena.

"haii~ Doyoung mana?" Tanya Donghyun.

"Ahh ni ada, dah sedar. Abang nak teman dia ke?" Tanya Hena. Donghyun mengangguk.

[C] You | Kim DoYoungWhere stories live. Discover now