- S E V E N T E E N -

1.2K 204 62
                                    

I try to hold out my hand to touch you
But I can’t

~

Hena POV

Aku meneliti pergerakan Doyoung dari dalam rumah sambil mengunyah keropok moni. Selepas Doyoung naik ke dalam teksi aku tersenyum lebar.

"fuhh aman hidup aku harini" kata aku dengan gembira lalu sambung menonton kartun kesukaan aku.

Sedang aku menonton televisyen, baru aku teringat. Kenapa Doyoung tak pakai kereta dia? Aku melihat kereta yang berada di luar rumah.

"asal dia tak naik kereta sendiri? habis minyak ke apa?" tanya aku pelik.

Aku bangun dari sofa dan mencapai kunci kereta yang elok tergantung lalu keluar dan berjalan ke arah kereta yang elok terparkir di dalam perkarangan rumah.

Aku kemudian mencucuk kunci kereta lalu menghidupkan enjin kereta. Hm elok je kereta ni hidup. Minyak kereta pun full je.

"pelik betul mamat ni"

Aku mematikan enjin kereta. Lalu keluar dari kereta. Tahtah dia naik teksi sebab ingat aku nak guna kereta. Pelik dia ni, aku mana pandai bawak kereta, lesen pun belum ada.

"tatak!" tegur seseorang. Aku mencari suara tersebut. Hantu mana pulak dah yang berani tegur katak pagi-pagi ni dahla suara comel.

"tini tini!" aku melihat di tepi tembok rumah aku. Seorang budak lelaki kecil sedang melambai kepada aku.

Aku tersenyum lalu melambainya kembali. Comel, jangan sampai aku gomol kang dah la kecik je mata pun bulat.

"tatak! Tatak!" panggil budak itu dengan menggunakan isyarat tangan, aku pun berjalan ke arahnya sambil tersenyum. Kecik lagi budak ni, tapi pandai bercakap walaupun sedikit pelat. Budak itu mendongak melihat aku.

 Budak itu mendongak melihat aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"haiii"

"eyy Woonie-ah buat apa tu, sayang" kata seseorang. Aku syak mesti mak dia.

"eh hai" tegur mak budak tu apabila melihat aku sedang bermain bersama anaknya.

"hehe hai kak"

"eh, baru masuk rumah ke?" tanya akak tu. Aku mengangguk.

"haah, baru masuk semalam je kak"

"ahh eh, nama akak Lee Yoori" kata unnie itu.

"Jun- Kim Hena, umur saya 17"

"ohh muda lagi"

"mak dengan ayah ada kat dalam ke? boleh akak nak kenal-kenal" tanya akak Yoori. Terus kecut aku bila dia tanya macam tu.

"t-takde, saya duduk sorang je dengan abang saya" kata aku, ahh tipu je la. Kalau cakap dah kahwin mau ternganga akak tu. Akak itu hanya mengangguk tanda paham.

[C] You | Kim DoYoungWhere stories live. Discover now