- T H I R T Y F I V E -

1K 153 18
                                    

I see you even when I close my eyes
I hear you even when I cover my ears

~

Doyoung menghantar Hena sehingga hadapan pintu pejabat Hena. Katanya nak lepas rindu. Amboi gedik eh kau.

Doyoung yang baru turun dan keluar dari lif terus bersembunyi di celah pokok bunga melur tanam tepi kolam apabila melihat seseorang yang amat dikenalinya.

"Apa yang mamat ni buat kat sini lagi!?" Bisik Doyoung seorang diri.

Doyoung memerhati pergerakan lelaki itu. Lelaki itu berjalan ke kaunter pertanyaan. Doyoung pun siap memasang telinganya dengan lebih dekat.

"Hena ada?"

"Ada, encik ni siapa? Ada apa apa urusan dengan Puan Hena ke?"

"Saya klien dia, Jung Jaehyun. Saya nak ajak dia lunch"

"oh minta maaf, tapi Puan Hena baru je balik dari lunch dengan suami dia"

Doyoung tersenyum bangga di belakang pokok bunga itu. Dia menumbuk dadanya dengan bangga.

"Tch, nasib baik aku laju, padan muka!" Bisik Doyoung.

"Ah it's okay, saya nak pergi bincang pasal design ni kejap"

"okay baiklah, encik "

"WHAT!?" Kata Doyoung perlahan, geram betul dengan Jaehyun sampai ambik daun pokok pastu makan.

Maka Jaehyun pun berjalan ke arah lif. Doyoung mengecilkan badannya lagi supaya Jaehyun tidak perasan kewujudan dirinya.

Selepas Jaehyun masuk ke dalam lif. Doyoung cepat cepat keluar dari belakang pasu bunga itu. Terkejut staff di situ apabila melihat seseorang menerjah keluar dari pasu bunga.

Doyoung menyapu nyapu bajunya seperti tiada apa yang berlaku dan kalut menekan nekan butang lif.

Baru saja Hena melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tiba-tiba seseorang menerjah masuk ke dalam bilik Hena.

"Hena!" Jerit Jaehyun. Membulat mata Hena apabila Jaehyun tiba-tiba muncul di dalam biliknya. Lagi sekali.

"apa benda kau ni? Tak pandai ketuk pintu ke apa?"

"Hena, saya datang pasal desig-"

"Aku taknak ambik kau la jantan garik. Lepas apa yang kau dah buat, baik kau keluar" halau Hena dengan tenang.

"Taknak, kalau awak nak saya pergi cari orang lain, keluar makan dengan saya dulu. Jom?" Ajak Jaehyun. Hena menenung Jaehyun lama.

"Kau nak makan? Jom"

"betul ke? Jom!" Ajak Jaehyun teruja.

"Makan penumbuk aku" kata Hena lalu acah ingin menumbuk Jaehyun. Jaehyun menutup matanya.

"JANGAN KAT MUKA!"

Jaehyun membuka matanya perlahan apabila tidak merasa sakit dimana mana tubuh badannya malah di muka. Terkejut dia apabila Hena sudah hilang dari pandangannya.

 Terkejut dia apabila Hena sudah hilang dari pandangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] You | Kim DoYoungWhere stories live. Discover now