- T W E N T Y F I V E -

1.2K 187 39
                                    

I endlessly told myself
Let’s stop this now

~

Hyerin POV

Harini aku datang sekolah dengan niat nak tengok Doyoung pakai gelang aku. Aku tau walaupun masa aku nak bagi tu dia macam tak suka tapi aku tetap menaruh harapan.

Harini aku nak ajak Hena usya tangan Doyoung. Mana tau dia pakai gelamg tu, nanti boleh aku bersorak dengan Hena. Hena je yang boleh bawak bersorak, nak harapkan Aera dengan Yerin sampai mati takkan dapat.

Aku mengambil tempat duduk di tepi Hena. Hena melihat aku pelik manakala aku tersenyum dengan seribu satu rancangan di kepala.

Sabar sekejap je Jung Hena, harini aku masih nak uji kau lagi. Nak tengok kalau kali ni kau dapat bertahan lagi atau tak. Sampai hati dia berahsia dengan aku.

"Hena, jom tengok Doyoung" ajak aku. Hena melihat aku atas bawah.

"Nak buat apa? Alah kau ni janganlah kacau dia sangat nanti dia rimas" kata Hena.

"Alaa aku nak usya dari jauh je, aku nak tengok tangan dia"

"Buat apa tengok tangan dia? Kau minat tangan dia pulak ke?" aku menggulingkan mata.

"no lah, aku nak tengok dia pakai ke tak gelang aku semalam" kata aku lalu terus menarik Hena keluar dari kelas tanoa menunggu jawapan dia.

Dengan sekilas pandang, aku perasan yang Hena memakai gelang yang aku berikan, tetapi yang tertera ialah nama Doyoung. Aku tersenyum sinis dalam diam.

"Mana dia?" Tanya Hena.

"Hah tu!" Kata aku lalu menunding jari ke arah Doyoung yang baru sampai ke sekolah. Aku perhati kedua dua belah tangan milik Doyoung tetapi kosong, hanya ada jam sahaja.

"Dia tak pakai la" kata Hena dengan nada sedih. Pandai betul kau berlakon Hena.

"Dia tak pakai, kau nak tau sebab apa?"

"Sebab apa?" Tanya Hena, keliru.

Harini jugak aku akan beritahu perkara sebenar kepada dia. Aku dah tak mampu nak uji Hena sampai macam ni. Lama lama, meletup juga cemburu dia.

"Sebab bini dia pakai.." kata aku. Hena menjadi sedikit menggelabah.

"B-bini dia? E-eh kau ni, dia kan still students, kenapa ada bini pulak" kata Hena sambil ketawa kekok. Haih Jung Hena, aku kenal kau. Kau kalau gelabah, dah tak pandai menipu.

"Sebab dia dah kahwin la dia ada bini"

"ish kau ni, main tuduh je dia dah kahwin. Kau tau mana?" Tanya Hena dengan yakin, dia ingat aku tak boleh jawab soalan dia la tu.

"Sebab bini dia kawan aku sendiri yang aku dah lama sangat kenal" kata aku sambil tersenyum sinis lalu mencapai tangan Hena, maka terserlah gelang yang tertera nama Doyoung. Hena terkelu.

"Kau tak pandai tipu aku Jung Hena. Cukup dengan semua lakonan kau" kata aku lagi. Hena masih tercengang dengan kebenaran ini.

"M-macam mana kau tau!? Aera bagitau ke?!" Tanya Hena tak percaya. Sabar Hena sabar, jom balik kelas dulu kita duduk bincangkan hal perkara ini. Aku tak larat berdiri ni.

"Jom balik kelas dulu, aku tak larat nak berdiri sini buat drama tengah jalan" ajak aku lalu menarik Hena masuk ke dalam kelas. Kesian Hena asyik kena tarik dengan aku je hm.

End Hyerin POV

































[C] You | Kim DoYoungWhere stories live. Discover now