- S I X T E E N -

1.2K 193 59
                                    

I should definitely tell you today
But I can’t make a sound

~

Doyoung membuka sliding door di belakang rumah mereka, maka terpampanglah sebuah kolam yang bersaiz sederhana. Doyoung tersenyum lebar.

"finally ada kolam!" kata Doyoung dengan gembira. Sudah lama dia mahukan rumahnya mempunyai sebuah kolam renang.

Dah bertahun dia cuba memujuk mamanya untuk membuat kolam renang di belakang rumah tapi yang mamanya berikan ialah kolam renang untuk ikan!

"nak mandi ke taknak eh?" kata Doyoung seorang diri. Lalu dia kembali masuk ke dalam rumah dan memanjat tangga rumah.

Dia melihat Hena yang masih terbongkang di atas katil dengan baju pengantin. Doyoung perlahan mengangkat Hena untuk membetulkan cara tidur Hena dengan berhati-hati supaya tidak mengejut Hena.

Setelah itu, Doyoung ikut baring sambil mata tidak lepas daripada melihat gadis yang baru saja menjadi isterinya hari ini.

"love me back" kata Doyoung sambil mencucuk pipi milik Hena. Lalu mereka berdua pun tertidur dengan baju pengantin mereka.

. . .

Hena menggosok matanya apabila telah sejam dia tertidur di atas katil dengan baju kahwinnya yang masih terpakai. Dia menggeliat dan pusing ke kanannya. Matanya terbeliak apabila melihat susuk tubuh yang masih terbuai mimpi di sebelahnya.

Susuk tubuh lelaki yang baru sahaja dikahwini beberapa jam yang lalu. Dia melihat Doyoung yang juga turut tertidur dengan tuxedo yang dipakai semasa majlis tadi.

Hena mengumpul segala kekuatannya lalu menolak tubuh badan Doyoung ke tepi dengan kuat. Jijik.

"dia ingat dah kahwin ni boleh peluk peluk aku terus ke apa? tampar kang, lepas ni aku nak jugak tidur asing" dengus Hena lalu bangun dari katil dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

- 10 minit kemudian -

Hena keluar dari bilik air dengan baju t-shirt yang selesa. Dia menggosok gosok rambutnya yang basah.

"sayang!" sapa Doyoung yang muncul entah dari mana.

"WARGHHHH" jerit Hena akibat terkejut. Doyoung ketawa terkekeh-kekeh apabila melihat muka terkejut Hena tadi.

"pikir lawak ke, mangkuk?" marah Hena lalu keluar dari bilik meninggalkan Doyoung seorang diri.

"uih garang" kata Doyoung. Dia membuntuti Hena dari belakang sehingga ke dapur.

"sayang.. Merajuk ke? Sorryla hm?" pujuk Doyoung.

"takde masa la aku nak merajuk" kata Hena sambil mencapai segelas air kosong lalu diteguknya.

"sayang" panggil Doyoung tapi tidak dihirau oleh Hena.

"sayang!" panggil Doyoung lagi.

"Hena!" Hena menoleh ke arah Doyoung.

"nak apa? sikit sikit panggil" marah Hena, rimas.

"kenapa layan aku macam ni?" tanya Doyoung. Hena tidak terkejut apabila Doyoung mula membahasakan dirinya kau aku.

Sebaliknya, dia suka. Takdela nak semak tiap hari panggil sayang sayang sayang. Bukan apa, geli tahu? Cringe.

"ikut aku la nak layan kau macam mana" jawab Hena.

"sebelum ni tak macam ni pun? Bukan kau suka aku ke?" tanya Doyoung. Hena melihat Doyoung lama.

"haah, tapi tu dulu. Sekarang tak dah"

[C] You | Kim DoYoungNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ