Bab 3

2.6K 321 76
                                    

"AKAUN pening siot. Aku tak faham satu apa pun," kata Nyot sambil terkumat-kamit mengunyah biskut di dalam mulut. Habis bersepah kertas-kertas akaunnya yang berada di hadapan mata.

          "Itulah pasal. Aku tak faham satu apa pun yang cikgu ajar." Ariana pula berbicara. Biskut yang berada di tangan Nyot diambil sekeping lalu disuap ke dalam mulut. Kemudian, helaian kertas akaunnya diselak satu-persatu. Fuh. Stressnya tak boleh dibawa bincang.

Memandangkan hari ini cuti sekolah, jadi mereka semua hanya mengambil keputusan untuk mengulang kaji subjek akaun bersama-sama di dalam dorm. Maklumlah, senang sikit nak tanya ataupun berbincang kalau tak faham apa-apa.

          "Nilai skrap tu apa Yun?" tanya Nyot tiba-tiba. Tak faham. Berkerut habis mukanya meminta penjelasan.

          "Nilai skrap? Senang jelah. Nilai skrap tu nilai baki bagi sesuatu aset tetap," terang Yun dengan ringkas sambil memandang tepat wajah Nyot yang lagi kebingungan.

          "Habis tu pelabelan aset tu apa pulak?" Faqeqa pula menyampuk. Pening kepala otak dia nak ingat teori akaun ni. Ergh!

          "Pelabelan aset tu untuk membezakan tahun, tarikh belian aset dengan jenis aset. Supaya nanti senanglah nak kendalikan tentang aset."

          "Ohh..." Faqeqa mula mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham apabila mendengar penerangan daripada Zaty itu.

Ariana yang sedari tadi mendengar, terkebil-kebil memandang kawan-kawannya. Dia bengang. Apa yang diterangkan oleh Yun dan Zaty tadi pun tidak difahaminya. Tiba-tiba pula dia rasa mengantuk. Kemudian, lantas fail-fail akaunnya ditutup lalu diletakkan di dalam locker. Seterusnya, katil dituju lalu menghempaskan badan di situ. Tidak lama kemudian, Ariana tertidur.

𖧷 𖧷 𖧷

"HAA... haa..." Ariana tiba-tiba terbangun dari tidurnya. Dia terduduk tegak sambil memegang dada yang sedang berdegup kencang. Dadanya turun naik mengambil nafas sehingga berpeluh-peluh habis wajah dan lehernya.

          "Ariana, kau okey tak?" tanya Firah yang sedang berbaring elok disebelah Ariana. Terhenti perbualannya dengan Mimi apabila melihat Ariana terbangun secara mengejut.

Ariana hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja.

Seram betul mimpi dia tadi. Ada ke patut asrama sekolah ni boleh diserang zombie. Lepastu, boleh pula zombie tu ceroboh masuk dorm dan kejar Ariana macam orang berkaki tempang. Terkejut dia dibuatnya. Dah la muka zombie tu menyeramkan. Err. Kalau handsome takpelah juga.

          "Allahu akbar allahu akbar..."

Ariana tersentak tatkala azan zuhur mula berkumandang. Dia terkedu apabila mendengar suara orang yang melaungkan azan tersebut. Serupa seperti laungan azan arwah ayahnya. Tiba-tiba peristiwa hitam yang pernah berlaku suatu ketika dahulu menerjah kembali di kotak fikirannya.

Buru-buru Sahril berlari-lari anak sambil mengangkat tubuh isterinya yang sedang terkulai lemah. Kemudian, tubuh itu diletakkan di atas permukaan lapang yang jauh dari rumah.

          "Bang... anak kita bang. Ariana..."

Sayup-sayup kedengaran suara Aida, isterinya di telinga Sahril. Rumahnya yang semakin dijilat api itu dipandang resah. Kemudian, kepala si isteri diusap lalu dikucup lembut. Dia mengambil nafas seketika lalu berbisik perlahan di telinga isteri yang tercinta.

Mu'azzin Paling AnnoyingWhere stories live. Discover now