Bab 12

2K 222 21
                                    

JAM tangan G-shock di pergelangan tangan, Ariana kerling sekali lagi. Dah naik bosan dia menunggu kehadiran Fasha dan Cikgu Batiah. Jarum jam pun dah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Dan setakat ini, baru ada kelibat Ariana dan Naim yang terpacak di hadapan pagar sekolah.

Mereka berdua hanya mengenakan pakaian casual untuk bertolak ke Selangor. Masing-masing hanya membawa sebuah beg galas sebagai bekalan. Itu pun dah lebih dari cukup untuk tiga hari dua malam.

Tidak lama selepas itu, batang hidung Fasha mula terlihat. Terbuntang biji mata Ariana dan Naim tatkala melihat minah acah diva tersebut. Dengan luggage, beg galas dan teddy bear bagai nak ke mana? Siap pakai headphone bulu-bulu lagi dekat kepala.

          "Kita pergi Selangor tiga hari dua malam je. Yang kau bawak barang macam nak duduk setahun dah kenapa?" perli Naim lalu menayang senyuman mengejek.

          "Eii... tak baiklah you ni Naim. I perempuan kan. Biasalah macam ni," ujar Fasha lalu memuncungkan bibirnya tanda protes.

          "Huh. Perempuan konon. Habis aku yang just bawak beg galas ni apa? Sajat?"

Fasha mendecit. Wajah Ariana laju dijelingnya. Menyampah betul dia tengok muka perempuan gatal tu.

Pon! Pon!

Bunyi hon kereta yang kedengaran itu menghentikan aksi jeling-menjeling antara Ariana dan Fasha. Terus punca bunyi itu dipandang laju. Lega hati Naim apabila melihat Cikgu Batiah di dalam kereta tersebut.

          "Barang-barang semua letak dekat belakang ya. Cikgu dah bukakan but."

Dengar saja arahan yang diberi oleh Cikgu Batiah itu, serta-merta Ariana dan Naim bertindak meletakkan beg galas mereka ke dalam but kereta. Tinggal Fasha saja yang masih statik tidak bergerak.

          "Naim... boleh tolong I angkatkan luggage ni tak? Berat lah." Fasha tayang muka simpati. Sengaja bibirnya dicebik manja.

          "Angkatlah sendiri. Siapa suruh kau bawak beg berat-berat. Senang cerita pindah jelah dekat Selangor tu. Aman hidup aku."

          "Itulah pasal. Aku rasa baik kau check balik luggage tu. Mana tahu terisi anak gajah ke. Sebab tu berat semacam," tambah Ariana pula. Sengaja menyakitkan hati gadis itu.

Merah padam muka Fasha mendengar sindiran yang diberi oleh Ariana. Giginya diketap geram. Setakat Naim tu bolehlah dia terima lagi. Perempuan tu memang taklah.

          "Hei perempuan gatal! You diam boleh tak. Jaga sikit mulut sampah you tu. I tahulah you tak mampu nak beli barang banyak-banyak macam I. Huh." Fasha mencerlungkan matanya kepada Ariana. Sakit hatinya dengan kata-kata yang dihamburkan tadi.

          "Bukan tak mampu. Tapi, aku tak naklah amalkan amalan syaitan."

          "Ariana! How dare you?"

          "Haih... apa lagi bising-bising ni? Cikgu suruh awak semua letak beg je. Bukan buat beg."

Cikgu Batiah mula muncul. Kepalanya dipicit-picit melihat perbalahan mulut antara anak muridnya itu. Akhirnya, dia sendiri yang membantu Fasha meletakkan luggagenya ke dalam but kereta.

𖧷 𖧷 𖧷

TENGAH syok Ariana mendengar lagu 'Imagination' nyanyian Shawn Mendes, tiba-tiba earphone sebelah kanannya direntap kasar oleh Naim. Terus wajah lelaki itu dipandang tajam. Bukan main sedap mamat tu pakai earphone Ariana.

          "Kau layan Shawn Mendes? Aku ingatkan kau spesies yang layan BTS joget-joget tu," perli Naim lalu ketawa sendiri. 

          "What? Suka hati kau je cop aku macam tu. Setiap orang minatnya lain-lain okey. Tak semestinya minat BTS je." Ariana memutarkan bola matanya ke atas. Kolot betul pemikiran Naim. Dia ingat semua perempuan minat k-pop ke.

          "I guess so." Pandangan Naim kemudiannya dibuang ke luar tingkap.

Wajah lelaki itu diperhati saja oleh Ariana. Tiba-tiba terdetik di hatinya mengatakan Naim comel. Tanpa sedar, senyuman manis mula terukir di seulas bibirnya.

          "Yang kau ni dah kenapa? Tersengih-sengih macam monyet kena strok. Kalau cantik tu takpelah jugak." Fasha yang berada di sebelah kiri Ariana pula bersuara.

          "Suka hati akulah. Ada kacau hidup kau ke?"

          "Whatever."

Daripada terus melayan Fasha, Ariana mula melelapkan matanya. Kalau dia tahu jadi macam ni, dari awal lagi dia takkan duduk tengah-tengah. Terseksa betul duduk antara dua makhluk Allah ni.

𖧷 𖧷 𖧷

NAIM yang masih lagi mendengar lagu menggunakan earphone Ariana mula menghendap gadis di sebelahnya tatkala tiada suara pun yang keluar dari mulut gadis itu. Melihatkan Ariana yang sudah ketiduran buat Naim tersenyum sinis.

Kepala Ariana yang sudah tersengguk-sengguk itu mengganggu mata Naim yang sedang melihat. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap ke depan. Sampai terhantuk-hantuk kepalanya dengan seat hadapan. Namun, Naim malas nak ambil kisah. Dia hanya buat bodoh sahaja.

          "Hish! Sanalah perempuan."

Tersentak Naim yang sedang memandang ke luar tingkap. Terus wajah Fasha itu dipandang laju. Tergeleng-geleng kepalanya saat melihat Fasha menolak kepala Ariana. Malas nak ambil tahu lagi, Naim mula melelapkan matanya.

Klik!

Naim terjaga kembali. Dengan curiga dia pandang wajah Fasha. Tapi, melihatkan kepala Ariana yang sudah landing atas bahunya, dia abaikan saja bunyi pelik tadi. Seterusnya, kepala Ariana itu diangkat sedikit untuk dilapik dengan bantal yang sedia ada di dalam kereta.

          "Ariana... Ariana... kenapa kau makin comel ni," ujar Naim di dalam hati. Wajah Ariana ditenung lama.

Teringat saja tentang earphone yang dipakai olehnya dan Ariana terus dia alihkan pandangan. Telefon milik gadis itu pantas dibuka untuk menutup lagu yang masih terpasang.

Lockscreen wallpaper yang terpapar di skrin telefon tersebut menarik minat Naim untuk menatapnya lebih lama. Dia tersenyum melihat sebuah gambar keluarga. Tubuh kecil Ariana yang diletakkan di leher ayahnya buat Naim makin lebar tersenyum. Mak Ariana pula ada disebelah ayahnya. Mereka bertiga tampak gembira di funfair dengan memakai cekak arnab.

Mu'azzin Paling AnnoyingWhere stories live. Discover now