01🍀

7.8K 359 25
                                    

"Sayang, bogosipda" ujar Jungkook sayu sambil jarinya mengusap gambar mendiang isterinya berkali-kali.

Wajah isterinya tersenyum manis dalam gambar itu diamatinya dengan rindu. Tidak terkata rindunya pada isterinya, tiap malam gambar itu mesti ada dalam pelukkannya.

Sudah setahun berlalu. Anaknya Jeon Hara sudah membesar dalam keadaan yang sihat dan semakin comel.

Air mata yang ditahannya akhirnya mengalir. Gambar isterinya lalu dibawa ke dalam dakapannya. Dalam fikirannya teringat pesanan isterinya sebelum dia meninggal. Tak sangka disebalik ayat yang ditutur isterinya itu benar.

"Kalau saya tiada nanti, tolong jaga anak kita baik-baik, yeobo. Jaga dia dengan penuh kasih sayang sebab saya tak tahu saya dapat bertahan atau tak—"

"Hey, kenapa cakap macam ni sayang?"

Jungkook mengengam tangan isterinya erat. Entah kenapa isterinya boleh berfikir jauh ke situ.

"Kook, saya tak tahu kenapa. Sebab naluri saya kata, mungkin lepas saya lahirkan anak kita saya terus—"

Percakapan isterinya terus dicantas oleh sang suami. Jungkook mengeluh berat, tiap kali ayat itu diujar membuat hati lelakinya sakit.

"Please don't say weird things again, sayang. I am not willing to lose you. I begging you"

Jungkook mencium tangan isterinya berkali-kali. Hatinya makin tak keruan mendengar ayat keluar dari mulut isterinya sendiri.

Dia tidak mahu kehilangan satu-satunya permata hidupnya.

"Mianhae yeobo"

Jungkook mengeleng laju lalu mengelus rambut isterinya lembut. Dahi gadis tu terus dikucup dengan lama. Tidak sedar air matanya turut mengalir tapi sempat disekanya.

"Jangan risau pasal itu, saya selalu ada disisi awak, teman awak untuk melahirkan anak kita comel ni nanti. Tak sabar pula saya nak tengok muka dia ikut siapa? tah-tah ikut muka awak auww"

Jungkook cuba untuk menenangkan keadaan tadi jadi riang. Dia tak nak terjadi apa-apa dekat isteri dan anaknya.

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now