02🍀

4.2K 281 59
                                    

Sampainya Jungkook di syarikatnya, terus dia keluar dari kereta dan mengorak langkah masuk ke dalam syarikat miliknya.

Staf-staf di sini menunduk hormat ke arahnya memandangkan dia memegang jawatan sebagai CEO JEON'S HOLDINGS.

Jungkook hanya menayangkan muka seirus sepanjang perjalannya ke pejabatnya. Sesampainya berada tingkat atas pejabatnya, terus langkahnya terhenti apabila sampai di meja milk personal assistant lalu meja gadis tu diketuknya pelan.

Terkejut gadis itu dibuatnya. Terus dia berdiri tegak dan menunduk ke arah majikannya. Dia tak perasan jejaka ni sudah sampai.

"Selamat pagi tuan"

"Park Heera, ada appointment tak petang ni?" kata Jungkook sambil anak mata hitamnya masih merenung gadis itu. Tergopoh-gapah gadis tu mengambil tablet dimejanya lalu melihat jadual kerja Jungkook.

"T-takde tuan, esok ada. Tuan ada meeting dengan Syarikat Kim's pasal projek pembangunan di Jepun nanti" jawab Heera tergagap sikit tapi sempat juga dia cover manatau Jungkook ada tengking dia nanti. Mati nyawa dia dekat sini nanti dengar suara bosnya garang macam singa.

Jungkook hanya mengangguk sahaja terus dia berlalu pergi, masuk ke dalam pejabatnya. Sempat lagi secretary-nya menarik nafas sekejap.

Boleh gila aku macam ni desis hati si Heera lalu dia menyambung kerjanya tadi.

Jungkook lalu merehatkan punggungnya di kerusi lalu melonggarkan tali lehernya sedikit. Bingkai gambar wajah isterinya bersebelahan dengan laptop dipandang dengan sepi.

Sepanjang hidup tanpa isteri berada disisinya membuatkan dirinya kosong.

Dia tak dapat terima yang isterinya telah meninggalkannya. Belum sempat gadis tu nak lihat muka anaknya itu lalu dia menghembus nafasnya buat kali terakhir di depan Jungkook sendiri.

Jungkook masa itu tak tahu nak buat apa hanya dengan air mata yang bersamanya, menangis di depan isterinya. Dia tekad dia akan menjaga anak mereka dengan tangannya sendiri.

Hanya isterinya, Park Chaeyoung terukir di hatinya selalu. Dia takkan cari perempuan lain selain isterinya. Dia sanggup hidup tua dan menjalankan kehidupannya dengan anaknya sendiri.

"Gomawo sayang, telah melahirkan anak perempuan kita dengan baik. Rupa, hidung dan mulut dia sama macam awak. Hanya giginya ikut saya. Perangainya persis macam awak. Suka sangat minta cium. Tapi awak lain saya suka sangat bibir awak tu tapi sekarang saya tak dapat cium awak seperti dulu" hujung ayat itu buatkan Jungkook tak dapat menahan rindunya pada isterinya. Air mata jantannya ditahan dulu. Dia sudah janji dirinya takkan nangis depan gambar isterinya.

Terus Jungkook angkat punggung dari kerusi lalu melihat permandangan Seoul sibuk di pagi hari. Nasib juga dia awal pergi kalau tidak terpaksa dia ikut sesak di situ.

Jungkook mengeluh berat lalu dahinya terlekap di kaca kerjanya. Banyak dugaan yang dilaluinya.

°°°°

"Yah Rachel! bangun lagi aduh anak ni. Kau dah lambat nak minta kerja nanti!"

"Sekejap mama, give me 5 minutes"

"Kalau bagi 5 minit bukan minit lagi sampai berjam kau tidur. Dah bangun lagi!!" suara lantang Puan Park membuat gadis tu dengan pasrah dia bangun dari katil. Selimut mandi terus dicapai lalu dengan langkahnya longlai dia menuju ke bilik mandi.

Puan Park hanya mengeleng kepala melihat anak daranya suka sangat bangun lambat.

Selesai menyiapkan dirinya, dengan pakaian kemas kerana hasratnya nak minta kerja memandangkan dia baru sahaja graduate dari Universiti Seoul.

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now