18🍀

2.7K 227 16
                                    

Setelah dia tutup pintu tersebut, lalu Rachel menyandar badannya di pintu. Dia menghela nafas kecil.

'Mianhae'

Rachel terdengar rintihan suara lelaki itu di depan pintunya. Hatinya ingin maafkan lelaki itu semula namun dia tetap keras hatinya untuk tidak maafkan lelaki itu.

Rachel mengorak langkah pergi ke katilnya. Lalu dia melabuhkan punggungnya di katil empuk itu. Beg bagasi di sebelahnya itu ditariknya.

Zip beg itu dibukanya, pakaiannya diambil. Baru sahaja dia menutup beg tersebut lalu hadiah dibalutkan dengan gambar sekuntum rose itu jatuh.

Rachel lalu mengambil hadiah tersebut dengan kerutan di dahinya. Hadiah untuk aku ke?

"Jaga diri ye dekat negara orang nanti,ok sayang. Hah dalam bagasi kamu tu mama sudah sediakan hadiah untuk hari jadi kamu esok. Ingat jangan buka dulu sampai genap birthday kamu esok arra?"

Rachel menepuk dahinya. Kenapa dia boleh terlupa hari ini hari jadinya.

Jarinya mula membuka balutan hadiah itu dengan perlahan. Tak sabar dia nak lihat apa isi di dalam hadiah ni.

"Hah, kenapa ada dua kotak?" Rachel pelik dengan kandungan hadiah ni. Dia ingat satu sahaja hadiah dalam balutan ni rupanya ada dua. Satu kotak kecil, satu kotak sederhana besar.

Lalu dia membuka kotak kecil itu dahulu. Terkejut dia lihat isi dalam kotak tersebut. Terus dia menutup mulutnya. Tak sangka mama sanggup belikan rantai semahal ini untuknya sorang.

 Tak sangka mama sanggup belikan rantai semahal ini untuknya sorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kertas dilekat atas kotak itu diambilnya lalu dibaca dalam hati. Bibirnya mula senyum bila dia baca setiap ayat mama dia tulis.

"Mesti kamu suka kan dengan hadiah mama beri ni hehe. Pakai tau rantai ini, sesuai sangat dengan kamu. Jangan lupa jaga baik-baik rantai ni ok sayang"

From your beloved mama❤


"Cantik rantai ni" dia memuji rantai dibeli mamanya sendiri. Rantai berbentuk hati memang kesukaan dia. Matanya lalu menjeling ke arah kotak disebelahnya. Lalu kotak sederhana besar itu diambilnya. Nota dilekat atas itu dibacanya.

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now