06🍀

2.9K 253 1
                                    

"Ehh tunggu" Rachel menahan lif itu dari tertutup. Dia terus masuk dan bersempit dengan pekerja di situ. Rachel menarik nafasnya berkali-kali, penat sangat berlari dari tadi. Badannya semakin kebelakang dan belakang menyebabkan pergerakannya terhenti.

'Eh ada orang kat belakang aku ke?' getus hatinya tatkala itu kepalanya mula berpaling ke belakang melihat orang yang berada dibelakangnya. Selepas dia berpaling terus tangannya menekup mulutnya dari terjerit.

Taehyung dengan muka dinginnya melihat gadis didepannya ini. Tersengih sinis dia melihat muka cuak Rachel itu. Lalu dia mendekatkan mukanya di telinga gadis itu lalu dia berbisik.

"Kau lambat dari aku, sepatutnya kau sudah ada di meja kerja kau sekarang ni" bisik dia di telinga gadis itu. Rachel hanya terdiam mengengam tangannya erat. Air liur ditelannya perit. Suara Taehyung sangat mengodanya membuatkan bulu romanya menegak.

Ting!

Satu per satu pekerja situ mula keluar dari lif hanya tinggal Taehyung dan Rachel saja. Baru sahaja Rachel hendak melarikan diri dari bosnya itu lalu pergelangan tangan ditarik terus terdorongnya ke belakang. Tangan Taehyung mula mengunci pergerakan dengan kedua-dua tangannya diletakkan sebelahan muka gadis itu. Rachel hanya mampu berdiam diri, dalam hatinya sangat berdebar berhadapan dengan muka Taehyung.

"Aku tak suka pekerja aku lambat dariku" katannya dingin sambil matanya merenung iris hazel milik Rachel. Rachel buntu nak cakap sebab mulut dia sekarang memang terkunci. Muka dia dengan Taehyung hanya beberapa inci saja.

"M-mianhae bos, s-saya tak sengaja nak lewat sebab skuter milik oppa saya rosak tengah jalan sebab tu saya lambat"

"Tch, alasan" Rachel mula menjengilkan matanya memandang bosnya ni. Dia cakap betul-betul tapi alasannya tak diterima, ee rasa nak hempuk saja bosnya ni. Taehyung mula menjarakkan badannya lalu kedua belah tangannya masuk dalam kocek seluarnya. Kening sebelahnya dijungkit.

"Belum nak masuk lagi ke? nak aku teman herm?" kata Taehyung dengan sengihan sinis di bibirnya. Rachel mula tergopah-gopah berjalan meninggalkan Taehyung di situ. Taehyung hanya memerhatikan perlakuan Rachel macam kena marah dengan mak terus lari macam tu.

Terus Taehyung mengorak langkah masuk pejabatnya. Pekerja di sini mula berdiri dan menunduk sedikit dan beri salam dengannya. Taehyung hanya mengangguk saja. Mata Taehyung lalu melihat Rachel sedang menyusun segala di atas mejanya dengan hati-hati.

Mata Rachel terus terpandang bosnya sedang menuju ke pejabatnya. Kerja diaturnya itu tadi dihentikan seketika. Terus dia berdiri di sebelah bucu mejanya dan terus menunduk ke arah Taehyung.

"Good morning, Tuan"

Taehyung hanya menjeling gadis itu sekilas dan membuka pintu pejabatnya dan masuk ke dalam. Rachel di situ hanya mengurut dadanya perlahan. Kepalanya mula pusing melihat Taehyung membuka kotnya lalu disangkutnya di penyakut baju sebelahan mejanya. Rachel terus dengan kerjanya tadi.

°°°°

"Heera, dah siap ke kerja aku beri tu?" tanya Jungkook dengan muka dingin. Tak pernah dia nak senyum depan orang. Heera lalu berdiri dan memberi file itu kepada bosnya.

"Nah, dah siap bos"

"Bagus, nanti kita aturkan meeting dengan syarikat Kim's tu"

"Baik bos"

Terus Jungkook masuk ke dalam pejabat lalu dia mengrehatkan badannya. Dia mendegus nafas kasar apabila dia teringatkan wajah gadis itu kemarin. Tangannya mula mengempal penumbuk. Ditumbuknya meja itu dengan geram. Nafasnya turun naik turun naik saja dia tahan geram.

"Aish jinja!"

Heera di luar pejabat itu memandang sekilas saja melihat perlakuan bosnya tadi. Terasa sejuk saja tangannya lihat tadi. Bukan sekali dua dia lihat bosnya macam tu sudah berkali-kali.

Sejak kematian isterinya, Jungkook mula agresif dan suka panas baran. Dulu ceria saja dia lepastu mula aktif dengan mendiamkan diri dan suka pendam perasaan marahnya. Pekerja di Jeon's Holding ni suka sangat tingkah laku Jungkook yang dulu sekarang semua mereka takut dengan CEO ni.

Kalau dulu Jungkook suka sangat sapa pekerja di sini sampai buat majlis apa entah. Sekarang ni tau nak cakap lagi. Keadaan sudah lain. Masing-masing buat kerja sendiri.

Tet!

Lamunan Jungkook terhenti apabila telefon office dia berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Lalu ditekannya butang on.

"Bos, nanti Tuan Taehyung nak datang. Nak saya sediakan apa-apa ke dalam bilik meeting nanti?" tanya Heera dalam pesanan situ.

"Ye sediakan saja" terus dia meng-off-kan saja pesanan itu. Terus dia menegakkan badannya dan meregangkan kepalanya. File dibuat PA nya itu di check takut ada salah nanti memang susah sebab projek ni sampai berjuta-juta kosnya.

°°°°

"Kau ikut aku sekarang" arah Taehyung melihat Rachel sekilas lalu beredar dari situ. Tanganny mula mengambil barang yang patut dibawa nanti dan terus mengekori bosnya dari belakang.

Dalam lif, Taehyung dan Rachel hanya mendiamkan diri. Taehyung dengan muka ketatnya memandang ke depan manakala Rachel pula hanya memegang buku itu dengan erat. Fikirannya melayang memikirkan hal tadi dengan bosnya di dalam lif ni. Hatinya sering berdebar-debar kalau dia berada di sebelah Taehyung.

Ting!

Taehyung memulakan perjalanannya dan meninggalkan Rachel di belakang. Terkedek-kedek dia berlari mengekori Taehyung dari belakang. Macam mana Rachel nak lari pantas kalau high heelsnya berbunyi macam beketak-ketuk, terpaksa berlari selangkah saja.

Driver si Taehyung, Taehyun mula membuka pintu untuk tuannya masuk ke dalam. Rachel hanya menunduk sedikit ke arah drivernya dan masuk ke dalam. Taehyun hanya menanyangkan senyum manis kepada PA baru bosnya. Taehyung di situ hanya tayang riak muka ketat melihat drivernya dari tadi tak lepas pandang PA nya, tahulah cantik.

"Ehem" terus lamunan Taehyun terhenti lalu dia tersengih ke arah bosnya. Berlari si Taehyun ke arah keretanya dan meluncur pergi menuju syarikat Jungkook.

"Dekat syarikat orang nanti kau hanya tumpukan apa tuan syarikat itu cakap, Paham?" Taehyung memulakan perbualannya tanpa melihat Rachel. Rachel memasangkan telinganya saja mendengar ayat bosnya bercakap.

"Nae"

"Satu lagi, kau jangan terasa hati kalau empunya syarikat itu ada kasar sikit bahasanya sebab perangainya memang begitu sejak kematian isterinya" kata Taehyung memberi nasihat dekat Rachel. Dia sudah tahu macam mana perangai hanat Jungkook tu.

Dulu macam budak ribena saja dia tapi sekarang macam syaitan. Sayang sangat dengan isterinya sampai dia takkan cari perempuan jadi peneman hidupnya.

"Isterinya mati sebab apa bos?" tanya Rachel memandang muka putih Taehyung dari sebelah. Taehyung lalu memusingkan kepalanya menghadap ke arah Rachel. Dingin saja aura dari Taehyung menyebabkan badan Rachel semacam sejuk je.

"Mati mengandung anak pertama mereka. Dah jangan sibuk hal peribadi orang" seraya itu lalu Taheyung memandang ke arah luar kereta. Rachel lalu mencebik dan mengulingkan matanya ke atas.

'Tadi bukan dia yang buka cerita pasal tu, last-last aku kena marah aishh!'

Rachel dengan muka monyok berpaling ke arah luar melihat suasana Korea waktu pagi begini. Masing-masing berdiam diri. Hanya tunggu saja mereka tiba di Jeon's Holdings.

-tbc-

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now