14🍀

2.5K 202 3
                                    

Merasa badannya berasa tak selesa nak bergerak ke sana sini lalu perlahan matanya membuka. Masih dalam keadaan mamai dia tegakkan tubuhnya. Rachel lalu menoleh sisinya sambil menguap. Jungkook yang masih lena itu dipandang dengan senyuman kecil.

Terus dia mengalih pandangan memandang ke luar melihat awam putih yang cukup mempersonakan serta permandangan yang indah membuatkan Rachel riang seorang diri.

Terus dia mengalih pandangan memandang ke luar melihat awam putih yang cukup mempersonakan serta permandangan yang indah membuatkan Rachel riang seorang diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Wah, yeppueda (cantik)" katanya sendirian.

Setelah lama dia memandang ke luar lalu dia mengalih pandangan ke arah Jungkook yang masih tidur lena sambil mulut terbuka sedikit, Rachel tergelak kecil melihat kecomelan lelaki ini. Dingin mana pun lelaki itu tetapi dia suka ambil berat tentang Rachel.

Lalu dia dekatkan mukanya lalu menatap lelaki itu dengan lama. Dari matanya turun ke hidung mancungnya lepas tu turun bibir milik lelaki itu.

Perfect!

"Jal-saeng gyeosseoyo (hensem) " ujar dia perlahan tanpa lelaki itu dengar.

Rachel perlahan bangkit berdiri dan mula mengesot ke tepi tapi tak dapat kerana kaki lelaki tu panjang sangat terpaksa dia membangun lelaki itu.

"Jungkook?" dia mengoncangkan kaki lelaki itu berkali-kali membuatkan badan lelaki tu mula tergerak lalu mata belah kanan dia terbuka sikit lalu memandang gadis di depannya.

"Apa?" serak suaranya menutur lalu matanya terpejam semula.

"Kaki awak, boleh tak ke tepi sikit saya nak lalu?"

"Em"

Lalu Jungkook mengalihkan kakinya ke kiri memberi ruang gadis itu keluar. Rachel terus keluar dari tempat itu dan menuju ke tandas.

°°°°

Pesawat mereka sudah selamat mendarat di Lapangan Terbang Jepun.  Banyak mereka di dalam mula mengambil bagasi masing-masing.

Jungkook bangkit berdiri dan mengambil beg dia dan bagasi milik gadis itu. Nak harapkan gadis itu ambil sendiri sampai bila-bila dia takkan dapat ambil.

"Nah" lalu dia meletakkan bagasi gadis itu perlahan. Rachel lalu mencapai pemegang itu lalu ditariknya.

"Gomawo" ayat gadis itu lalu diendah oleh Jungkook. Beg milik dia diambil dan berlalu pergi dari situ. Rachel lalu mengeluh kecil.

Dia sudah masak sangat dengan perangai lelaki ini. Kalau dia hendak berkata sesuatu mesti takkan layan.

Taehyung yang berada di belakang Rachel yang masih berdiri menghalangnya untuk lalu. Taehyung hanya berdehem kecil membuatkan gadis itu menoleh ke belakang.

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now