24🌱

2.5K 188 14
                                    

"Jadi kau sekarang kerja apa? " tanya Jungkook lalu menyisip secawan air kopi yang masih panas dengan perlahan. Namjoon tersenyum lalu meletakkan gelas americano atas meja.

Lepas Namjoon bertemu dengannya  tadi, Jungkook terus membawa kawannya ni berbual di Cafe bawah syarikatnya.

"Aku sekarang jadi pensyarah dekat Universiti Seoul" ujar dia lalu bersandar di kerusi. Jungkook hanya mengangguk.

"Oh jadi kenapa baru sekarang kau nak bertemu dengan aku walaupun dah 4 tahun kita lost contact?" tanya Jungkook dengan riak datar merenung muka sahabatnya.

"Alah aku baru je pindah dekat Seoul beberapa hari lepas habis sahaja penamatan kerja aku dekat London, sebabtu aku pergi sini nak bertemu dengan kau"

"Dan satu kenapa aku lama tak call kau lagi kan? sebab telefon aku masatu kena curi, kau tahulah aku ni pelupa orangnya sebabtu hilang" sambungnya lagi lalu tertawa kecil.

Jungkook terdiam mendengar penjelasan kawannya. Dia sangka yang Namjoon tidak kesah dengan persahabatan mereka lagi rupanya sangkaan dia salah.

Dia masih ingat lagi masatu Namjoon ada menghantar pesanan bahawa dia nak berangkat ke London sebab diterima menjadi pensyarah dekat situ.

Jungkook pun tumpang gembira dengar berita baik kawannya tu dan tak sangka pula cita-citanya tercapai.

"Oh" ringkas sahaja Jungkook menjawap. Terus suasana diam kembali.

Namjoon lalu menatap muka Jungkook dengan penuh hairan melihat sikap Jungkook sudah lain.

Dulu bukan main periang orangnya sekarang berubah jadi pendiam. Dia tak tahu apa yang telah terjadi dalam kehidupan dia sejak mereka lost contact.

"Kook? Are you okey?" tanya Namjoon seraya mengetuk pelan meja lalu menyentak lamunannya.

"A-ah oh aku okey je" kata Jungkook separuh sedar. Terus dia ketawa kecil, masa ni pula dia sempat termenung.

"Kau tipu kook, tengok dari reaksi muka kau pun aku dah tahu" Jungkook mengeluh kecil. Bibirnya tersenyum nipis. Air kopi berada di depannya dicapai.

"Ah tak payah risaulah aku okey je" habis dia berkata lalu diteguknya air kopi itu sampai habis.

Namjoon hanya mampu mengangguk saja. Kalau ditanya mesti jawapan yang sama diberi si Jungkook ni.

Puas kepalanya memikir idea macam mana teruskan perbualan dia dengan Jungkook. Selalunya kawannya ni banyak bercakap tapi dia sekarang yang patut banyakkan bercakap memandang mereka lama tidak berjumpa.

Baru dia teringat sesuatu! Anak Jungkook. Si comel Hara.

"Eh kook, macam mana dengan anak kau sekarang dah besar ke? rindu pula nak jumpa dengan dia. Dulu dia masih kecil aku tengok sekarang ni tak tahu macam mana rupa dia sekarang" ujarnya teruja. Sudah lama dia tak pegang pipi gebu anak gadis comel tu. Rasa nak terkam pula tapi takut Jungkook marah dia nanti.

Kata-kata Namjoon tadi membuatkan Jungkook terus mengerling ke arah jam di pergelangan tangannya sudah terlebih waktu untuk mengambil anaknya dari tadika.

Dahinya terus ditepuk. Kenapa dia boleh terlupa nak ambil Hara, nasib baik Namjoon ada sebut pasal anaknya kalau tak habis dia kena bebel dengan eomma dia.

"Eh kau kenapa kook?" terkejut juga dia tengok Jungkook tertiba memukul dahinya. Terus anak matanya menatap Namjoon.

"Weh hyung aku dah terlambat nak ambil anak aku" ujar Jungkook seraya menyimpan telefon dan dompet ke dalam poket seluarnya.

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now