13🍀

2.6K 215 7
                                    

"Jaga diri ye dekat negara orang nanti, ok sayang. Hah dalam bagasi kamu tu mama sudah sediakan hadiah untuk hari jadi kamu esok. Ingat jangan buka dulu sampai genap birthday kamu esok arra?" kata Puan Park mengelus rambut panjang anaknya. Rachel hanya tersenyum manis lalu memeluk mama dia dengan erat. Puan Park turut membalasnya.

"Gomawo Mama, saya ingat mama tak ingat birthday Chel tapi sangkaan saya lain hehehe. Love you so much mama" katanya sambil memeluk sampai digoncangnya tubuh Puan Park kerana teruja.

Puan Park hanya tergelak dengan sikap manja anak daranya. Dari kecil sampai besar tak berubah perangai, macam kanak-kanak.

"Ingat, jangan lupa beli oleh-oleh dekat Jepun nanti ye" Jimin mencelah. Mulut Rachel lalu mencebik. Dahlah tak beri hadiah ada hati nak suruh orang bagai. Nasib kau abang aku.

"Em, lihatlah kalau aku rajin nak beli"

Pin pin!

Kepala Rachel lalu menoleh ke belakang di mana kereta Taehyung sudah parking di sebelah pagar rumahnya. Taehyung sudah menghantar pesanan ke Rachel bahawa dia sendiri akan mengambil gadis itu nanti. Rachel hanya akur lalu setuju dengan perintah tuan dia.

"Annyeong Mama, Oppa. Saya gerak dulu" Rachel terus mencium kedua-dua pipi Puan Park berkali kali. Lalu bergerak ke arah Jimin dan mengkusutkan rambutnya memandangkan Jimin belum mandi. Jimin hanya tersengih suka.

"Jangan lupa tau telefon Mama kalau sudah sampai dekat Jepun nanti"

"Nae"

Rachel terus menarik bagasinya lalu menuju ke belakang kereta Taehyung. Automatik bonet kereta terbuka sendiri, bagasi lalu disumbatnya ke dalam. Selesai dia simpan bagasinya lalu dia melambai ke arah Puan Park dan Jimin. Mereka turut membalas lambaian Rachel.

Rachel terus masuk ke dalam perut kereta. Taehyung hanya memandang sekilas saja lalu dia memulakan perjalanan mereka ke Incheon Airport.

°°°°

Welcome To The Incheon International Airport.

Rachel dan Taehyung berjalan bersama-sama masuk ke dalam. Taehyung lalu menoleh ke kiri melihat Rachel masih memandang sekeliling kawasan sini.

"Ada bawa tak ticket dan pasport kau?"

"Ada, Tuan. Jangan risau"

Taehyung hanya mengangguk lalu dia melabuh punggungnya di kerusi panjang yang telah disediakan. Rachel lalu menjeling sekilas Taehyung  di sebelahnya. Hatinya tertanya kenapa Tuan Taehyung tak masuk-masuk tapi nampak dia macam menunggu seseorang je.

"Tuan, ada orang ke selain kita berdua pergi ke Jepun?" soal Rachel memandang Taehyung yang masih ralit bermain telefon dia. Taehyung lalu mendongak memandang gadis di depannya dan mengangguk kepalanya saja. Rachel lalu mengerut dahinya tanda tak paham. Taehyung lalu menyambung bermain game dalam telefonnya.

"Siapa Tuan?"

"Jeon Jungkook" jawap dia selamba tanpa memandang Rachel. Matanya masih tertumpu dengan game di downloadnya kemarin COD (Call Of Duty)

"Ohh dia tu— hah?!" terkejut Taehyung dengan jerkahan dari Rachel. Taehyung lalu menikam tajam ke arah gadis itu. Rachel hanya berbuat riak muka biasa saja.

"Kenapa kau ni!"

"Mianhae, tapi biar betul, Tuan?"

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now