12🍀

2.6K 212 2
                                    

"Eh, Puan Park" Puan Park yang tengah memilih ayam itu lalu tergendala. Dia lalu menoleh ke belakang dan memandang gerangan yang memanggilnya.

"Puan Jeon?!" kata Puan Park dengan sedikit terkejut. Dah lama dia tak berjumpa dengan kawan dia ni semenjak kematian mendiang suaminya, sejak itu Puan Jeon mendiamkan diri dan taknak berjumpa dengan orang. Ayam itu lalu dia diletakkan ketepi.

Puan Jeon hanya ketawa kecil sambil menyelit rambut pendeknya. Beg jinjingnya masih dipegangnya.

"Aigoo Puan Park ni, suka sangat terkejut" ujar Puan Jeon ketawa kecil.

"Lama saya dah tak jumpa dengan kamu, Puan Jeon. Kamu macam mana sekarang? sihat?"

"Ye sihat je . Nampak, saya masih berdiri ni" dengan kata Puan Jeon membuatkan Puan Park ketawa kecil.

Puan Jeon dan Puan Park di situ lalu leka berbual, maklumlah dah 2 tahun tak jumpa.

"Halmonie!!" jerit Hara memanggil Puan Jeon. Terhenti perbualan Puan Jeon dengan Puan Park. Hara berlari tekedek-kedek sambil memegang patung Tata yang diambilnya dari kedai BT21. Puan Jeon lalu menoleh dan mendepa tangannya, Puan Park situ sekadar memandang gadis kecil berlari ke arah Puan Jeon.

"Halmonie, tengok ni Hara dapat jumpa patung kesukaan Hara~" kata Hara sambil menunjuk patung Tata ke arah Puan Jeon. Puan Jeon hanya ketawa kecil lalu mengelus rambut Hara dengan lembut.

"Cucu kamu ke, Puan Jeon?" tanya Puan Park. Puan Jeon hanya mengangguk dan memegang tangan kecil milik Hara.

"Ye cucu saya, anak kepada Jeon Jungkook" kata Puan Jeon. Puan Park hanya mengangguk paham. Hara perasan ada seseorang yang bersama dengan neneknya lalu matanya menoleh ke arah ahjumma itu.

"Annyeonghaseyo" ujar Hara lalu menunduk sedikit lalu dia tersenyum. Puan Park hanya membalas dengan senyuman lalu kakinya turun dan menghadap muka gadis kecil ni.

"Aigoo comel betul kamu ni" kata Puan Park lalu memicit sikit pipi gebu Hara. Puan Jeon hanya tertawa kecil melihat Hara merengek sikit.

Hara hanya ketawa suka, patung Tata masih dipeluknya.

"Kamu sorang je ke, Puan Park?" tanya Puan Jeon.

"Em sorang je, anak saya pun sibuk berkerja jadi saya ke sini pun nak beli barang dapur memandang barang dah habis" ujar Puan Park. Troli disebelahnya ditariknya sedikit. Puan Jeon hanya mengangguk pelan.

"Memandangkan kita dah berjumpa dekat sini, marilah kita pergi restoren tak jauh dari sini dapat berborak kosong" cadang Puan Jeon. Puan Park hanya ketawa kecil lalu bersetuju dengan ajakkan kawan lamanya.

"Kamu berdua tunggu saya di luar sekejap ye, saya nak bayar barang ni dulu" pamit Puan Park mengundur trolinya ke depan sikit. Puan Jeon hanya mengangguk lalu membawa Hara pergi ke kaunter nak bayar patung dipilih cucunya.

°°°°

"Rachel"

"Nae, Tuan" ujar Rachel lalu mendongak memandang Taehyung yang memanggilnya tadi.

"Ikut aku" habis berkata lalu Taehyung beredar dari tempat kerja gadis itu. Rachel di situ terkebil-kebil memandang Taehyung yang semakin jauh, terus tergopah-gapah dia keluar dari situ dan beg tangannya sekali dibawa.

Ting!

"Ish, cepat betul dia ni jalan" rungut Rachel terus keluar dari lif dengan pasrah lalu melangkah keluar dari syarikat tapi pergerakannya lalu terhenti.

[𝐂]𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧! | 𝑱𝑱𝑲 Where stories live. Discover now