Bab 2 - Langkah Pertama

88 4 0
                                    

"KENAPA kau datang sini? Kan aku ada kelas. Nasib baik dah habis. Mana Suffian?" Qhalif dihujani dengan soalan.

Zandra sekadar mendengar sahaja perbualan mereka berdua ketika dia sedang menghidangkan air untuk mereka.

"Abang ni pun satu. Dah tahu kawan nak datang, jumpalah kat luar. Menyusahkan!"

Dia hanya mampu membebel dan memprotes dalam hati sahaja. Setelah Zandra menuangkan air, dia terus memecut ke dapur untuk meletakkan dulang dan naik ke atas. Sedikit pun dia tak pandang wajah lelaki itu. Walaupun lelaki itu mendakwa pernah nampak dirinya tetapi Zandra menidakkan hal itu.

"Aku tak pernah nampak dia pun kat taman. Huh!"

"Dia dah balik. Aku just nak tanya pasal marathon universiti je. Marathon tu sebelum pengambilan siswa ke selepas?"

"Aku rasa selepas. Kalau sebelum pengambilan, siswa baru tak dapat nak join."

Qhalif hanya mengangguk sambil melarikan pandangan ke tangga. Kalau boleh terkeluar mata tu, memang nak dikeluarkan agaknya. Radzuan memukul bahu Qhalif perlahan sambil menaik-naikkan keningnya.

"Kau cari siapa?"

Sekarang tiba masanya dia mula merapatkan punggungnya dengan punggung Radzuan. Sikit lagi mahu diseligi oleh Radzuan. Namun terbantut apa bila mendengar soalan Qhalif.

"Yang buat air tu tadi adik kau ke?"

Kepalanya menoleh ke arah laluan ke dapur.

"Kalau ye, kau nak apa? Hah! Betul ke kau nampak dia kat taman tadi? Beria kau mengaku tadi."

"Buat apa aku nak menipu. Come onlah. By the way, adik kau sambung belajar kat mana?" soalnya lagi seperti murai tercabut ekornya. Bersemangat pulak dia nak bercakap hari ni. Selalunya macam ada emas dalam mulut tu.

"Yang kau beria nak tahu ni kenapa?"

Qhalif hanya tersenyum-senyum malu sambil bermain dengan lututnya. Radzuan pulak yang segan bila ada kawan macam ni. Qhalif memandang Radzuan dengan penuh pengharapan agar dia diberi satu peluang untuk mendapatkan hati adiknya.

Seketika kemudian, Radzuan hanya menghelakan nafasnya.

"Aku dah daftarkan dia dekat MSU. Function, supaya senang sikit aku nak tengok-tengokkan dia. Tapi, aku tak pernah berharap untuk kau try dia." kata Radzuan yang nadanya lebih kepada memberi amaran.

Dah tahu dah apa yang Qhalif akan utarakan nanti. Pandangannya dilemparkan kepada Qhalif yang sudah tersenyum miang.

"Ramai yang nak try dia kat sekolah dulu. Tapi, ramai jugaklah yang patah hati sebab kena reject. Aku tak nak kau jadi manusia seterusnya yang patah hati."

Nada perbicaraan Radzuan mengendur sambil menghirup air yang dibuat oleh Zandra tadi. Selepas kematian Zain, Zandra berubah 100 peratus. Terus berubah daripada perangainya yang macam budak-budak itu.

"Tak cuba tak tahu. Kalau aku nak try boleh ke?", soal Qhalif seperti cuba untuk meraih kepercayaan Radzuan.

"Suka hati kau. Tapi, aku tak jamin sama ada adik aku boleh terima kau atau pun tak. Hati dia tu keras sikit. Bukan macam perempuan-perempuan yang kau pernah try dulu." kata Radzuan dengan nada yang sedikit menyindir.

"Aku dah berubah ok. Don't jugde the book by its cover."

Radzuan menjemput Qhalif minum air yang dihidangkan oleh adiknya. Sempat lagi Qhalif menikmati air itu dengan penuh perasaan. Meluat Radzuan melihatnya.

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now