Bab 4 - Langkah kedua

53 4 2
                                    

ZANDRA membuka loker untuk mengambil begnya yang telah ditinggalkan sebelum masuk kelas tadi.

Eh?

Zandra tersenyum sinis. Clićhe. Dia mengeluarkan sejambak bunga yang bersaiz kecil yang muat-muat dalam loker itu dan sebungkus coklat. Dia menggelengkan kepalanya sendiri. Tak dapat dinafikan yang Zandra memang sukakan coklat. Kalau bunga? Dia perlu buang kot.

Tong sampah yang berada disebelah peti-peti loker itu dituju oleh Zandra. Dia mencampakkan dengan senang hati. Puas!

"Kenapa buang bunga tu?"

"Eh, Najwa? Bila sampai? Tak nampak pun."

"Baru je sampai. Tiba-tiba nampak awak buang bunga tu. Kenapa dibuang? Kan sayang?"

Najwa mengambil semula bunga yang telah dibuang. Zandra berkerut seribu. Nasib baik tong sampah tu masih kosong daripada sampah yang lain. Najwa memandang Zandra dengan riak yang sedih.

"Saya tahu yang Qhalif sukakan awak. Mesti bunga ni pemberian daripada dia. Kanapa awak buang?"

Zandra tersengeh. Dia lupa yang Najwa belum kenal dirinya lagi. Dia belum tahu tentang masa lalu Zandra. Lagi satu, mana dia tahu lelaki yang suka aku tu ialah Qhalif?

"Saya tahu apa yang terjadi pada awak. Mungkin, orang lain gagal untuk buka pintu hati awak. Tapi sekurang-kurangnya, bagilah peluang pada Qhalif untuk kembalikan keceriaan hidup awak yang dah lama hilang."

"Macam mana awak boleh tahu?"

Zandra memandang mata Najwa yang tiba-tiba dilarikan. Dia menolak jambakan bunga itu kepada Zandra.

"Saya boleh baca daripada mata awak yang awak dah lama kena tinggal. Kesedihan awak tu tak boleh nak disorokkan. Zandra, percayalah pada saya. Tak semua yang datang pada kita akan sama dengan yang dulu. Orang yang sekarang ialah orang yang akan menyempurnakan orang yang dahulu."

Zandra terus terpaku dengan hujahan Najwa.

"Saya tahu yang Qhalif mampu bahagiakan awak."

Zandra menjatuhkan pandangannya pada bunga ros merah yang berada dalam genggamannya.

"Tapi say.."

Zandra memandang semua sisi. Namun tidak menjumpai susuk tubuh Najwa yang comel lote itu. Zandra menghelakan nafasnya sambil memandang semua bunga ros itu. Separuh hatinya berkata tidak, separuh lagi mengiyakan cadangan Najwa. Dia buntu!

Hatinya diuji saat ini.

Langkahnya membawanya ke cafe. Duduknya dilabuhkan pada salah satu kerusi yang kosong di situ bersama bunganya. Lantas bunga itu diletakkan di kerusi sebelah. Dia tak berminat untuk merenung bunga itu.

Setelah memesan air, dia menunggu Radzuan. Katanya nak jumpa sebentar. Nasib baik jadual Zandra pada hari Selasa tidak begitu padat. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Nombor tanpa nama itu ditenung seketika sebelum diangkat.

"Hello?"

Si pemanggil itu senyap?

"Hello, ni siapa?" tanyanya sekali lagi dengan nada yang sedikit meninggi.

Panggilannya terputus begitu sahaja. Zandra memandang skrin itu dengan wajah yang blur. "Siapa yang main call-call aku ni?" Dalam fikirannya sudah tergambar figura lelaki yang cuba untuk mengayatnya, Qhalif.

Kalau betul yang telefon itu Qhalif, sudah pasti lekuk kepala Qhalif dibuat oleh Zandra.

"Hah! Sorry lambat!" sapa Radzuan sambil menepuk bahu Zandra.

"Dah biasa dah menunggu." balasnya dengan memuncungkan mulutnya.

"Janganlah nak merajuk. Dah order ke?" Zandra hanya menggumam perlahan. "Dah orderlah tu."

"Cepatlah! Nak jumpa ni kenapa? Nanti ada yang jeles pulak." balas Zandra dengan sinis.

Teringat dia pada perempuan yang suka pada abangnya pada suatu masa dulu. Sampai dikurung Zandra dalam blik kosong olehnya. Nasib baiklah tak jumpa dia lagi. Kalau tak jangankan bilik kosong, lubang kubur pun dia boleh buat. Huishh Seram!

"Siapa?"

"Eleh! Buat tak mengaku pulak? Nasib baik kawan-kawan abang tu pandai cover. Kalau tak.. siap abang!" katanya dengan kuat sehinggakan Radzuan menutup mulutnya.

"Abang panggil adik ni, bukannya nak cakap pasal tu. Pasal benda lain."

Zandra kembali tenang seperti sedia kala.

Radzuan mengeluarkan kertas seperti borang yang berwarna putih.

"Apa benda ni?"

"Tulah yang adik tak tahu. Biar abang explain. Setiap tahun, U ni akan mengadakan marathon dengan pelajar sem 1 yang baru masuk macam adiklah. So, tahun ni batch abang akan handle marathon ni. Maklumlah sekejap lagi nak tinggalkan U ni. Abang harap, adik akan join."

Zandra memandang borang kosong itu.

"So, minggu ni, korang akan join U Marathon 5.5 km."

"5.5 km? Jauhnya! Tak laratlah. Abang pun tahu kan Zandra macam mana? Kalau Zandra tertinggal kat belakang macam mana? Abang nak tanggung ke?" rungutnya.

"Jangan risau, kalau adik tertinggal kat belakang, Qhalif boleh temankan."

Ikutkan hati Zandra, mahu sahaja dicarut-carutnya abangnya itu. Eii! Selisih amit-amit! Tak kuasa Zandra nak melayan abangnya dan kawan sekufu dengannya itu.

"Zandra tak kira, Zandra tak nak ikut." Lidahnya dijelirkan dan membuka langkah untuk meninggalkan Radzuan.

"Degil betullah kau ni, dik! Kalau ada Zain, mesti kau akan ikut je. Haih!" keluh Radzuan sendirian.

KERETA yang dipandu oleh Zandra terhenti apabila Qhalif tiba-tiba menghadang hadapan keretanya. Zandra membuat brek emergency. Nasib baik tak ada nyawa yang melayang. Tangannya mengentak pada stereng tanda protes. Dia keluar daripada kereta dengan wajahnya yang marah.

"Awak ni memang tak sayang nyawa ke?! Dah puas sangat ke hidup?" tengkingnya kepada Qhalif.

"Kalau pun saya terpaksa mempertaruhkan nyawa saya demi awak, saya sanggup. Lagipun, risau juga awak pada saya." balasnya sambil mengangkat keningnya.

"No! Saya tak pernah risau pun pasal awak. Saya tak nak masuk penjara disebabkan kesalahan orang lain. Apa yang awak nak ni? Boleh tepi sikit tak, saya nak balik rumah ni." ucapnya.

Otak Zandra hanya memikirkan satu, katil!

Dengan apa yang terjadi pada hari ini membuatkan dia sakit kepala.

"Tunggulah! Saya nak tanya, kenapa awak tak nak masuk marathon tu? Abang awak cakap yang awak ni dulu atlet sekolah. Kenapa tak nak serlahkan lagi bakat awak?" katanya seolah-olah memujuk Zandra.

Zandra yang baru membuka pintu kereta kembali menutup dan membalikkan badannya untuk memandang Qhalif yang berdiri di balakang. Dengan tangan yang bersilang di dada, mahu sahaja dia mendebik lelaki yang berada di hadapannya.

"Kalau saya kata tak nak masuk, ada kena mengena dengan awak ke? Lagi satu, takkan abang saya tak ada bagi tahu awak pasal saya yang ada Hyperventilation?"

"Hah?!"

Zandra menggelengkan kepalanya kerana menyampah. Dia masuk ke dalam kereta. Sempat dia menghon pada Qhalif sebelum bergerak.

"Hyperventilation? How she get..?"

Qhalif juga hairan. Kalau Zandra atlet sekolah, pasti dia bebas daripada sebarang penyakit. Tapi ni..? Lain pulak jadinya.

DARIPADA kejauhan, seorang lelaki sedang melihat situasi Zandra bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Dia menggenggam tangannya lalu menumbuk pada dinding disebelahnya.

"Siapa kau ni sebenarnya, jantan?!" ucapnya dengan penuh rasa geram.

Dia terus berlalu pergi sebelum sempat melihat sehinga habis.

Siapakah dia?

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now