Bab 6 - Kemunculan

63 4 0
                                    

LELAKI yang lengkap berpakaian serba hitam bebas berkeliaran di luar bangunan universiti. Perwatakannya tidak ubah seperti seorang mafia. Berseluar jeans, bertopi dan berjaket kulit hitam. Setiap hari, pasti dia akan datang dan menunggu sehingga seorang perempuan pulang daripada situ.

Jika tidak dirinya, pasti akan ada orang lain.

Dia ialah Edin Syah.

Seperti biasa, dia akan mencari seorang perempuan yang sudah lama menjadi targetnya.

Kehidupannya sebelum ini amat teruk. Dia telah dipalaukan oleh keluarga sendiri. Namun, ada seorang kawannya yang bernama Isaac yang sanggup membantunya dari segi kewangan untuk melanjutkan pelajaran. Mereka dapat menghabiskan pelajarannya pada tahun lepas.

Namun, kecemerlangannya telah membawanya ke satu lembah kegelapan yang tidak ubah seperti zaman jahiliyyah pada suatu ketika dahulu. Arak, judi dan zina hanya permainan hariannya. Dia juga tidak dapat membezakan mana halal dan yang mana haram.

Pada awalnya, Isaac juga berbuih mulut untuk menasihati dan berpesan pada Edin, namun bagai mencurah air di daun keladi. Tak lut dan takkan masuk pun dalam pendengaran Edin.

Sehinggakan, Isaac terpaksa mengikuti jejak Edin untuk mengetahui aktiviti Edin. Dia telah mengorbankan seluruh hidupnya hanya untuk kawan yang tak berguna seperti Edin. Dia sayangkan Edin seperti adiknya. Dia tak sanggup untuk meninggalkan Edin.

Edin pula menggunakan peluang ini untuk menukar personaliti Isaac yang alim-alim kucing itu kepada sepenuhya seperti Syatonirrojim! Isaac pula hanya mengikuti sahaja apa yang dipinta oleh Edin.

Sehinggalah suatu hari, Edin terjumpa dengan seorang perempuan yang benar-benar bererti baginya. Dia sering menunggu perempuan itu daripada datang sehingga pulang.

Perempuan itu membawa petanda bahawa dendamnya akan diteruskan.

ZANDRA meneguk air di cafe. Sudah hampir sebulan dia belajar disitu, dia masih belum mempunyai kawan. Yang ada hanyalah Najwa. Itu pun dia tak selalu berjumpa.

Mengingat pengakuan Qhalif tadi pagi membuatkan Zandra terfikir, siapakah yang menelefonnya? Dia mengeluarkan telefonnya dan memeriksa bahagian senarai 'calls'.

"Dua nombor yang berbeza?"

Zandra yakin bahawa panggilan daripada nombor yang sama itu ialah orang yang dia tuduh sebagai Qhalif. Tetapi sebenarnya, Qhalif baru menelefon pada panggilan yang terakhir. Dia menatap nombor telefon itu seperti ada yang tak beres. Hatinya berteriak ingin tahu. Dia rasa sangat familiar dengan nombor itu dahulu.

"Patutkah aku telefon semula?"

"Hai Zandra!"

Zandra memandang wajah lelaki yang berada di hadapannya. Qhalif dengan wajah seposennya itu duduk berhadapan dengan Zandra.

"Awak dah tahu siapa yang telefon awak tu?" soalnya dengan prihatin.

Soalan Qhalif dibiarkan kerana Zandra memerhati Qhalif. Lalu, Zandra menyandarkan badannya ke belakang. Wajahnya berubah. Tiada senyuman yang terukir.

"Kenapa awak selalu cari saya? Kan ramai lagi perempuan yang cantik. Kenapa saya juga yang awak pilih?"

Qhalif tersenyum.

"Sebab awak istimewa. Pada pandangan mata saya, awak seorang perempuan yang sempurna untuk melengkapi hati saya. Selama ni, saya pernah bercinta. Tapi disebabkan khianat, perempuan tu meninggal di kolej ni. Saya tak sempat nak jelaskan apa-apa pada dia. Rancangan untuk mengahwini dia selepas habis belajar musnah." Dihujung ceritanya, dia tersenyum sinis.

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now