Bab 13 - Edin

49 5 0
                                    

Edin masuk ke dalam mansionnya dengan angkuhnya. Isaac dan Jimmy mengikut di belakang Edin. Wajah putihnya seperti menghiasi kegelapan segenap ruang dalam mansion itu.

Dia melabuhkan duduknya dan menyandarkan badannya pada sofa kulit. Harini, seharian penuh dia sibuk dengan urusannya. Dia bekerjasama dengan kumpulan lain untuk mendapatkan senjata haram untuk anak buahnya dapat beroperasi.

Matanya sedikit lagi terpejam, terjaga semula kerana jeritan manusia.

Itu sudah membuatkan dia berangin.

"Isaac! Kau tengok apa yang betina tu buat? Tak tenang aku. Agak-agak kalau dia melawan, kau pengsan kan dia. Lepas tu bagi sedikit 'perasa' pada dia."

"Baik tuan." Isaac menurut perintah.

Perlahan-lahan dia berjalan. Berat hatinya nak melakukan 'itu'.

Edin mengeluarkan telefon bimbitnya. Oh Gosh! Banyak sangat yang menelefonnya tadi. Pasti mereka tak sabar nak bersama dengan sekuntum bunga yang berada di atas. Dia menelefon salah seorang pelanggannya untuk datang ke mansionnya.

"What's up Mr. Fong? Do you remember me?"

"Mana wa boleh lupa sama lu. Wa kan lu punya customer. Ada apa lu call wa?"

"Takkan Mr. Fong lupa malam ni malam apa."

"Haiya! Mana boleh lupa. Sekejap lagi wa sampai."

Edin tergelak suka. Sedikit demi sedikit dia sudah menghancurkan perempuan itu. Ubat haram, dadah dan ubat perangsang semuanya telah meresap masuk ke dalam tubuh perempuan itu. Tubuh perempuan itu dijadikan bahan ujikaji untuk ujian ubat haram yang dihasilkan.

Dia mahu perempuan itu merasa apa yang dia rasa dahulu. Mungkin lebih tersiksa daripada dirinya. Tiada belas kasihan dalam diri Edin.

Isaac menuruni tangga dengan pantas untuk menghantar laporan.

"Semuanya terkawal."

"Jimmy, kau tunggu Mr. Fong kat luar. Isaac, kau jaga depan pintu. Jangan kau masuk pula. Aku tak nak tanggung nanti." katanya dengan penuh seringaian yang menakutkan.

Isaac dan Jimmy hanya menurut, memandangkan mereka berdua ialah orang kanan Edin.

Setelah beberapa minit, Mr. Fong datang dengan pakaian tidurnya. Jimmy mengiringi Mr. Fong sehingga masuk ke dalam rumah. Edin hanya tersenyum melihat Mr. Fong.

Badannya dibongkokkan tanda hormat.

"As usual, Mr. Fong."

Mr. Fong terus bersemangat melangkahkan kakinya untuk menuju ke dalam kamar yang disediakan. Isaac yang berada di muka pintu turut memberi kerjasama yang baik.

Setelah Mr. Fong masuk, Isaac yang berada di atas perlahan-lahan melangkah untuk turun semula. Tapi, hatinya seakan berat untuk meninggalkan perempuan itu. Hatinya semakin sakit melihat perempuan yang berada di dalam itu tersiksa dan merana.

Dia tahu apa yang disuntik ke dalam tubuh perempuan itu tadi. Hatinya memberontak untuk mengikut arahan tuannya. Berbulan dia menjadi doktor kepada perempuan yang tidak dikenalinya itu. Rasa kasihan semakin menebal dalam dirinya. Entah kenapa, dia tak dapat untuk melawan tuannya sendiri.

Gila ke kalau nak lawan Tuan sendiri?

Tapi..

Isaac menuruni tangga. Dia menarik bahu Edin dan sebiji penumbuk dilayangkan. Terjatuh batang tubuh Edin.

Darah yang mengalir daripada tepi bibir dikesat oleh ibu jari. Edin tertawa sinis.

"Kau sukakan dia?" tekanya.

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now