Bab 5 - Percaya

51 3 0
                                    

"ZANDRA." panggil daddnya di muka pintu biliknya.

Zandra membetulkan duduknya seraya menjemput daddynya masuk. Lama dia tak berborak dengan daddynya. Kerja yang ada di laptop itu dibiarkan seketika.

Dia tak mahu momen-momen ketika bersama daddynya dilepaskan begitu sahaja. Dia tak mahu perkara yang terjadi pada arwah mummynya terjadi semula kepada daddynya pula.

"Ada apa, daddy?"

"Banyak ke kerja tu?" soalnya berbasa basi.

"Kalau nak cakap pasal kerja, memang tak pernah habis. Daddy ada nak apa-apa ke?"

Daddynya tersenyum menunjukkan deretan giginya yang putih. Zandra hanya menunggu ayat yang bakal terkeluar daripada mulut daddynya. Tapi, Zandra nampak yang daddynya macam tak bercakap apa-apa.

"Daddy nak cakap apa sebenarnya pada Zandra? Daripada tadi terdiam?"

"Daddy nak cakap yang daddy nak buat umrah." Zandra terkejut mendengarnya. "Daddy dah tua. Tapi daddy tak tahu bila nyawa daddy ni diambil. Daddy sempurna, masih sihat, dan berkemampuan. Daddy dah sedia."

Zandra menguntumkan senyuman indah. Tangannya menyentuh lembut tangan daddynya.

"Zandra suka bila daddy cakap yang daddy nak buat umrah. Zandra tak ada masalah. Bila daddy pergi?"

"Dua minggu lagi."

ZANDRA duduk dibalkoni rumahnya. Angin malam. Sejuk. Terasa pipinya ditampar lembut oleh sang bayu. Fikirannya melayang ketika zaman persekolahan dulu. Dia tersenyum memikirkan hal itu.

Kalau dahulu, ada sahaja idea jahatnya untuk mengenakan.. Zain. Kalau Zain tak cari pasal pun dikacaunya. Sengaja.

Zandra menutupkan matanya dan merasakan semua angin sejuk itu dengan tenang.

Tiba-tiba, matanya terbuka semula kerana terpikirkan mengenai seseorang yang pernah menghancurkan hidupnya.

"Kenapa aku mesti fikirkan dia? Dia tu lelaki tak guna!"

Zandra melangkah untuk turun ke ruang tamu. Ketika itu, telefonnya berdering memanggilnya. Sekilas telefonnya yang berada di atas katil dipandang. Lantas, telefonnya diambil sebelum di angkat.

"Hello?"

Pemanggil di sana hanya membisukan diri. Zandra berasa geram kerana sudah dua kali terjadinya seperti ini. Dia terus mematikan call tersebut.

"Siapalah yang main-main ni?!"

Sekali lagi telefon itu berdering. Kemarahan Zandra membuak-buak untuk memarahi si pemanggil.

"Lain kali jangan telefon kalau nak terdiam je."

"Zandra? It's you?"

Wajah Zandra nampak terkejut. Dia menepuk dahinya sendiri kerana kegopohannya. Ingatkan si bisu itu, rupanya orang lain. Zandra berdehem seketika.

"Ya, saya. Ni siapa?"

"Qhalif."

"Oh, selama ni awaklah yang call saya lepas tu senyap tu?" tuduh Zandra tanpa usul periksa.

Qhalif yang sedang berbaring di ruang tamunya kembali terduduk apabila Zandra melemparkan tuduhan tersebut.

"Sejak bila pulak aku call dia? Aku baru je dapat nombor telefon dia."

"Zandra, listen to me. Saya tak.."

"Awak ingat saya akan sukakan awak ke kalau awak buat macam ni? Jangan harap!"

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now