Bab 16 - Isaac

42 4 0
                                    

Malam ini, Isaac tidak pulang ke mansion Edin. Lantaklah apa yang Edin nak menyumpah seranahnya, dia tetap untuk tinggal dirumahnya. Malam ini di terasa sepi sikit. Mungkin faktor telefon kot.

Ya! Telefonnya selamat dihempas ke lantai. Dah macam orang bergusti bila tengok Isaac memijak-mijak handhonenya sendiri. Telefon itu terpaksa dihapuskan memandangkan sudah terpasang dengan private GPS oleh? Edin, of course! Dah berkali Isaac cuba untuk uninstalled. Tapi, gagal.

Private GPS itu seperti sudah dipasang dengan parmenent dalam telefon itu.

Padanlah Edin beria-ia memberikannya telefon itu pada awal tahun itu hari. Sejak daripada itu, setiap kali ada benda yang tak settle, pasti Edin sudah tahu terlebih dahulu. Seperti kes kecurian dadah yang diimport daripada Thailand. Jutaan ringgit lesap macam tu je. Belum sempat Isaac melaporkan, Edin terlebih dahulu menghantar orangnya untuk mencari dalang.

Ini rupanya kerja Edin.

Malam ini, Isaac ingin melihat perkembangan perempuan itu dari semasa ke semasa. Kak Jane yang sedang menyiapkan makan malam didapur didatangi oleh Isaac.

"Makan malam dah nak siap, tuan." kata Kak Jane dengan penuh sopan.

"Apa yang Kak Jane berbual dengan perempuan tu pagi tadi?"

"Kami berborak kosong je. Erm.." Suara keraguan Kak Jane membuatkan Isaac tertanya.

"Kak Jane ada benda nak cakap ke?"

"Siapa perempuan tu sebenarnya? Banyak kali dia cakap Tuan Edin tu adik dia. Kak Jane tak pasti sama ada nak percaya ataupun tak."

Isaac menghelakan nafasnya. Mungkin betullah apa yang diperkatakan oleh perempuan itu tadi. Kalau betullah perempuan tu ialah kakak Edin, kenapa Edin sanggup menjual kakaknya sendiri?

"Dia ada cakap tak nama dia?"

"Tak ada. Dia selalu mengelak bila akak tanya nama dia."

"Makan malam dah siap belum? Biar saya bawa ke dalam bilik." pinta Isaac.

Ini sahaja yang mampu Isaac lakukan. Mungkin, dia akan membantu banyak lagi untuk perempuan itu kalau dia setuju untuk berkahwin dengan Isaac. Mungkin, banglo ni akan jadi milik perempuan itu.

Isaac menatang dulang yang berisi semangkuk bubur, sayur sawi masak bening dan telur dadar ke dalam bilik perempuan itu. Dia nampak perempuan itu masih lagi hanyut dalam lamunannya di atas katil.

Sampaikan Isaac masuk pun dia tak perasan.

"Ros, aku ada bawa makanan. Daripada petang tadi kau tak makan." pujuk Isaac dengan lembut.

Suara Isaac memecahkan kesunyian dalam bilik itu. Perempuan itu menoleh wajah Isaac yang berusaha untuk menjaganya. Dia nampak effortnya itu. Jelingan mata perempuan itu membuatkan Isaac tidak berbicara.

"Aku tak lapar. Kalau kau nak makan, kau makanlah sendiri."

"Kalau kau tak nak makan, macam mana kau nak hidup? Makanlah sikit." Isaac berusaha memujuk lagi.

"Buat apa lagi aku nak hidup? Dunia ni terlalu kejam untuk aku. Lebih baik aku mati je!" Perempuan itu mengamuk.

Isaac mendesah dan meletakkan dulang itu di atas meja yang ada di situ. Lebih baik letak kat tempat yang strategik daripada dulang tu diterbalikkan sekejap lagi.

"Tolong jangan berputus harap. Aku tahu kau kuat. Kita cuba harungi sama-sama eh? Kita hadap semua ni bersama." Dihujung ayat Isaac terselit motivasi buat perempuan yang dinamakan Ros itu. Senyuman Isaac tak lekang daripada bibirnya.

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now