Bab 20 - Penjara

96 3 0
                                    

Isaac dipindahkan ke bilik penjara yang lebih proper berbanding semalam. Bilik itu sangatlah serupa dengan penjara. Hanya ada singki dan katil batu. Isaac duduk menyandar untuk merehatkan badannya. Nak baring pun, sakit jugak. Lebih baik dia duduk. Matanya terpejam.

Seketika kemudian, bunyi pintu gril penjara itu terbuka dan letukan high heels kedengaran. Bau wangian yang menusuk hidung amat familiar dengan rongga hidung Isaac. Matanya terbuka sedikit.

"Helena." panggilnya perlahan.

Helena buat tak tahu sahaja bila namanya dipanggil. Kotak perubatannya dibuka dan dipenuhi dengan ubat-ubatan. Segala kelengkapan juga ada.

Dia dikenali sebagai Doktor Helena dalam kumpulan Edin. Kehadiran Isaac ialah untuk membantu Helena dalam melakukan pembedahan, merawat luka dan beberapa lagi projek haram yang dipantau oleh Edin. Isaac ialah orang terpenting dalam melakukan projek haram mengenai mengubahsuaian ubat. Helena pula lebih pada kegiatan pembedahan.

Kedatangan Isaac membuatkan Helena berasa sangat selesa dengannya. Semua yang dilakukan oleh Isaac amat menenangkan hatinya. Sehinggakan dia tak sedar bahawa dia sudah terjatuh dalam permainan cinta Isaac.

"Edin cakap, you cari pasal dengan dia?" soal Helena sambil tangannya menuangkan antiseptik pada kapas.

"I dah lama bersabar dengan dialah. Lagipun, dia sendiri yang cakap yang I boleh selamatkan perempuan tu. Yang dia nak memekak tu dah kenapa? Aduh! Pelan lah sikit." adunya.

Sensasi sejuk pada hujung bibirnya bercampur dengan rasa pedih. Suup! Keatas.

"Kalau dah tahu tak berapa nak kebal, janganlah lawan dia."

Isaac melihat wajah Helena. Tak ada senyuman yang terukir pada perempuan itu. Dah kenapa? Selalunya, dialah yang paling hyper. Pantang nampak ruang, mesti nak terkinja-kinja. Nasib baiklah Edin tak bunuh dia sebab perangainya.

"Dia yang cabar I untuk selamatkan perempuan tu. Salahkanlah dia sebab mulut dia tu lancang sangat. Membabi buta je nak keluarkan arahan. Lepastu nak melenting! Gila punya tuan." makinya kepada Helena.

Helena yang tidak react apa-apa mengundang rasa hairan pada Isaac. Dia sibuk dengan kerjanya. Selalunya, dia akan melayan kerenah Isaac walaupun dia sibuk. Matanya memandang wajah Helena.

Beberapa tempat luka di wajah Isaac sudah dicuci.

"Kenapa ni? I ada buat salah ke? Diam semacam je?" soal Isaac.

"You nak kahwin dengan dia?" Helena membalas soalan Isaac dengan soalan.

Ah sudah! Dia suka aku ke?

Isaac mengetap bibirnya kerana takut tersalah cakap. Dia menelan beberapa kali air liurnya sebelum menyuarakan jawapan.

"Kalau ada jodoh, I kahwinlah dengan dia. Kenapa?" balasnya.

Tangan Helena lincah menarik bandage dan menampalkan dibeberapa tempat di wajah Isaac.

"You suka I?" teka Isaac.

Sebab jarang sangat tengok Helena diam macam ni.

Pergerakan tangan Helena berhenti serta merta. Dia memandang wajah Isaac dengan pandangan yang sedih. Hampir bergenang airmatanya.

"Apa yang I boleh buat kalau you sendiri cakap yang you dah suka orang lain? Apa yang I boleh buat kalau you cakap yang you nak berkahwin dengan dia? I can't do anything, Isaac." balasnya yang menahan airmata daripada tertumpah.

Isaac terkedu. Ini kenyataan yang mengejut untuknya. Dia tak pernah menganggap Helena lebih daripada seorang kawan yang rapat. Mungkin salahnya kerana terlalu memberi harapan kepada Helena.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now