Bab 7 - Peristiwa

52 4 0
                                    

Malam menjengah apabila siang melabuhkan tirainya. Zandra yang baru sahaja mandi, sedang mengeringkan rambutnya. Setelah itu, dia menyikat rambutnya dengan rapi. Komputer di atas meja belajarnya dihidupkan. Terkejut apabila dia mendapati bahawa Amirah menghantar e-mel kepadanya.

Lama dia tak bersua muka. Katanya, dia telah berpindah ke Melaka kerana bapanya ada sebuah kilang yang perlu diuruskan di sana. Selain dia merindui Zain, dia juga rindu pada Amirah.

From: meamirah03@yahoo.com

To: afezandra_23@yahoo.com

Assalamualaikum! Oi, makcik Zandra! Kau sihat ke tak? Aku harap kau sihat selalulah. Lama kan kita tak jumpa? Dah nak 2 tahun lebih kut aku rasa. Kan? Tak kisahlah! Apa yang aku nak cakap ni penting. Aku akan datang ke KL! Tunggu aku tau! Buat sementara nanti, aku akan tinggal dengan sepupu aku. Ok, bye! ❤

Zandra membeliakkan matanya. Mahu terjerit di kerana terlalu gembira. Hatinya seperti berbunga semula. Ada banyak benda yang Zandra nak luahkan pada Amirah sementelah dia sampai di KL nanti. Tak sabar!

Zandra mengambil masa untuk membalas e-mel Amirah. Setelah itu, dia turun ke bawah untuk makan malam.

"Daddy! Daddy!" jeritnya dengan kuat.

Daddynya yang berada di meja makan hanya menggelengkan kepala melihat keadaan anak perempuannya. Saling tak tumpah seperti budak kecil. Budak kecil? Daddy memandang keletah Zandra.

Zandra mengambil tempat di hadapan abangnya, Radzuan.

"Kenapa jerit-jerit? Nanti jiran-jiran ingatkan ada orang gila pulak dalam rumah ni." balas daddy.

"Jiran kat taman kita ni semuanya guna dinding kedap bunyi. Lagipun, diorang dah tahu yang dalam rumah ni ada bekas orang gila. Tak payahlah daddy nak risau."

Daddynya hanya ketawa. Zandra nampak yang Radzuan langsung tidak mengangkat kepalanya. Mungkin, dia masih rasa serba-salah dengan kejadian semalam. Zandra mengenepikan Radzuan buat seketika dan fokus pada daddynya.

"Kenapa?"

"Amirah nak datang KL!"

Daddynya yang sedang menceduk lauk terhenti seketika, kemudian menyambung semula mencenduk lauk.

"Oh, baguslah tu. Boleh dia temankan Zandra sementara daddy pergi umrah nanti." balas daddynya. Zandra menundukkan mukanya.

"Dia tinggal kat rumah sepupu dia untuk sementara. Kalau tak, memang Zandra nak dia duduk kat sini. Daddy tak kisahkan?"

Daddynya menggeleng. Pandangan Zandra tertumpu pula pada Radzuan. Inilah masanya untuk menyakat abang kesayangannya  itu.

"Abang pula macam mana? Tak kisah ke? Yelah, takut-takut girlfriend abang nanti jealous."

Radzuan memandang Zandra dan daddy secara berselang-seli. Merah wajahnya kerana menahan malu. Zandra pula menahan ketawa.

"Radzuan dah ada calon ke? Kenapa tak cakap?"

"Mana ada. Adik ni memandai je." katanya dengan kekok disela dengan ketawa yang amat berpura-pura.

"Kalau dah ada calon tu baguslah. Daddy ni dah tua. Bila bila-bila je Allah boleh jemput daddy. Kalau nak bercinta tu, jagalah batas. Daddy tak nak anak-anak daddy buat perkara yang tak senonoh. Ingat Allah. Tolong halalkan ikatan yang haram."

"Baik daddy."

Telefon Qhalif berdering. Dia yang berada di dapur terus berlari untuk mendapatkan telefonnya sambil membawa secawan air koko panas. Air koko ialah kegemarannya. Semua masalah akan hilang bila dia minum air itu.

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now