Bab 9 - Perkenalan

58 4 0
                                    

Beberapa hari bertapak dalam rumah Qhalif, Amirah mengambil kesempatannya untuk keluar daripada rumah itu. Bosan. Pakciknya pergi ke Negeri Sembilan kerana menghadiri mesyuarat. Makciknya pula sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan yang dihandle oleh butiknya.

Qhalif?

Pergi kelas.

"Zandra, kita jumpa jom?" soalnya dicorong telefon.

"Petang sikitlah. Aku sekarang ni ada kelas."

Jam menunjukkan pukul 3 setengah petang. Zandra keluar daripada perkarangan MSU dengan keretanya untuk berjumpa dengan Amirah. Hatinya berbunga kerana dapat bertemu semula dengan kawan baiknya. Sudah lebih 2 tahun dia tidak bersemuka dengan Amirah. Dengan berhati-hati, Zandra memandu keretanya untuk ke restoran yang berdekatan.

Qhalif dan Amirah baru sahaja sampai di kedai yang menjadi pertemuan Amirah dengan kawannya. Qhalif juga kurang pasti siapa kawan yang sering diperkatakan oleh Amirah. Yang Amirah selalu cakap ialah perempuan itu akan merubah hidup Qhalif.

Walaupun Qhalif kurang percaya kerana dia sendiri sudah ada pengganti dalam dirinya, dia tetap menemani Amirah. Kata sepupu.

"Mana kawan kau ni, Mirah? Lama sangat ni! Ni yang aku geram. Tak pantual langsung!" bebel Qhalif kepada Amirah.

Air sudah dihidang, 15 minit sudah berlalu, tetapi kawan Amirah ni masih belum tiba lagi.

"Kau ni kenapa? Rilekslah. Sekejap lagi dia sampailah tu." kata Amirah yang separa memujuk. Pandangannya dilarikan ke sana ke sini untuk mencari kelibat kedatangan Zandra. "Hah! Tu pun."

Dengan senyuman yang melebar, Amirah bingkas bangun untuk menyambut kedatangan Zandra. Manakala Qhalif pula melemparkan pandangan jauh. Kalau boleh tak nak pandang perempuan yang datang lambat.

"Sorry Mira, lambat. Jalan sesak tadi sebab ada accident tadi."

Suara itu membuatkan Qhalif tersentak. Hatinya berbicara seperti menidakkan.

"No it's ok. Aku pun baru sampai." balas Amirah. Walhal hampir setengah jam menunggu."Eh, aku nak kenalkan dengan sepupu aku. Nama dia Tengku Syed Qhalif Wildan."

"Tengku Syed Qhalif Wildan?"

Qhalif mengamati suara itu seperti Zandra. Tapi, dia tidaklah mengharap bahawa itu ialah Zandra. Hatinya bertambah berdebar tatkala Amirah menyebutkan pangkatnya sekali dalam nama. Perlahan-lahan dia memandang wajah perempuan itu.

Senyuman kelat dilemparkan oleh Qhalif.

Benar! Itu Zandra.

Zandra duduk berhadapan dengan Amirah dan Qhalif. Pandangan mata Zandra tak lepas daripada menatap wajah Qhalif.

"Oh, so inilah sepupu kau?" soal Zandra, berpura-pura tak kenal.

"Ya. Kau mesti terkejut kan bila dia ada gelaran 'Tengku Syed' sedangkan aku tidak? Actually, makcik belah mak aku kahwin dengan anak tengku. Tu yang menurun. So, kalau kau nak anak kau ada gelaran 'Tengku', kahwinlah dengan dia." seloroh Amirah.

Zandra tersenyum sinis. Qhalif sudah mengagak apa yang akan berlaku. Baru sahaja dia mahu berbaik dan menjalinkan hubungan dengan Zandra. Amirah dah merosakkan semua rancangannya.

"So, apa perkembangan kau? Kenapa kau tak nak stay je kat rumah aku? Macam tak biasa."

"So far, aku masih menguruskan kilang bapak Qhalif ni kat Melaka. So, untuk minggu ni aku break sekejap semata-mata nak jumpa dengan kau tahu! Appericiate sikit!"

Kilang bapak Qhalif? Means bapa Qhalif ni kaya? Oh gosh, berapa banyak lagi yang dia tipu aku?, bisiknya dalam hati.

Qhalif mengeluh beberapa kali. Kalau boleh, mahu sahaja dia menampal mulut Amirah ni dengan double sided tape. Tapi, apa boleh buat? Dia dah nampak bayangan yang dia akan ditolak oleh Zandra lagi.

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now